Sunday, June 16, 2013

Al Quran Kareem: Hanya melihatnya saja sudah dapat pahala!




Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Sekadar perkongsian dan renungan serta peringatan terutama untuk diri ini dan perkongsian buat sahabat-sahabat sekelian...

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. - Surah al-Imran: 185

SEMENJAK di lohmahfuz lagi, kematian kita telah direncanakan oleh ALLAH S.W.T. Walaupun mati itu pasti, namun tiada seorang pun mengetahui bila dan di mana Izrail akan menjemput kita menghadap ILAHI.


Petikan dari talkin yang biasa dibacakan...

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan solat 5 waktu
,

Sahabatku sekelian, itulah petikan talkin yang biasa dibacakan dalam majlis pengkebumian umat Islam. Salah satu yang dititikberatkan adalah Kitab Suci Al-Quran Kareem. Sejujurnya cuba ditanya di dalam diri kita, apa kita sudah menguasai bacaan Al-Quran Kereem?. Alhamdulillah jika kita dapat membacanya dengan baik. Bagaimana pula yang 'buta' Al-Quran Kareem?

Pepatah juga ada mengatakan:

“Kerjakanlah amal ibadah seolah-olah kamu mati pada keesokan harinya dan tuntulah ilmu tu seolah kamu hidup seribu tahun lagi”.

Makna yang boleh dimaksudkan, bahawa tiada sekatan umur dalam menuntut ilmu. Kerana ilmu itu apabila dicari, semakin banyak yang tidak kita ketahui.

Apatah lagi, hatta tiada sesiapapun yang dapat menandingi ilmu ALLAH.  Betapa luasnya ilmu ALLAH itu seperti dalam sebuah hadish pernah mengatakan bahawa ilmu ALLAH itu jika hendak dibandingkan dengan ilmu semua manusia hanyalah titik di penghujung jari apabila dicelupkan pada lautan. Umpama air yang melekat di hujung jari itu adalah ilmu yang kita kuasai dan lautan yang saujana mata memandang itulah ilmu ALLAH! Subhanallah.

Jika bersungguh untuk mempelajari Al-Quran Kareem, apakata dicuba Belajar Teknik membaca Al-Quran Kareem secara teknik Al-Baghdadi selama 30 minit. Dikhabarkan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta. Ada juga yang (terang hati) boleh menguasainya dalam masa 2 minggu sahaja. Malah ada kanak-kanak berumur  5 tahun yang  boleh membaca Al-Quran Kareem dengan baik setelah belajar memalui teknik ini.  Jika berminat boleh saja Lawat laman web mereka disiniIni bukan promosi... hatta tidak dibayar walau 1 sen pun. Niat aku adalah hanya untuk berkongsi!

Ibubapa mana yang tidak berasa terkesan di hati apabila milihat anaknya yakni zuriatnya sendiri mendirikan solat tanpa disuruh dan apatah lagi mendengarkan suara nyaring lagi merdu mereka mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran Kareem di dalam rumahnya sendiri yang mungkin tidak ‘sempat’ dilakukan oleh kedua ibu bapanya sendiri sebelum ini.

Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam mendidik anak-anak mereka.Jika baik tarbiyahnya maka solehlah anak tersebut namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri mereka sendiri.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:

"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya".

Apabila disapa Malaikat Izrail nanti, maka wang yang bertimbun berbilon banyaknya, rumah 4 tingkat yang besar dan gah, BMW 5 siries  10 biji dan 4 isteri yang cantik lagi seksi pun tidak dapat membantu lagi. Itulah hakikatnya!

Inilah aset yang paling,  paling bernilai sebenarnya. Moga mereka menjadi seorang anak yang soleh/solihin.  Kerana doa mereka ini tidak pernah terputus sehingga hari kiamat. Malah Nabi SAW pernah mengatakan:



Ini pula apa cerita?

Suami liat solat, gurau melampau

Saya ingin bertanya beberapa pandangan daripada Dr mengenai masalah dihadapi iaitu mengenai suami yang sering meninggalkan solat Subuh dan bila dikejutkan dia cakap ‘kejap-kejap’.

Apabila saya mengejutnya banyak kali, mulalah dia marah. Jadi, saya biarkan walaupun hati sangat sedih dengan tindakannya.

Selain itu, mengenai gurauannya yang agak melampau seperti kadang-kadang disuruh mencium kakinya kerana katanya syurga isteri di bawah kakinya. Walaupun hanya gurauan, tapi saya rasa macam dihina.

Malah, dia juga apabila ditegur mengenai kesalahannya mulalah mencarut kepada saya dan buat saya seperti tiada perasaan. Saya bercadang selepas bersalin ingin duduk berasingan dengan suami. Saya betul-betul tidak tahan dengan perlakuannya.


Isteri keliru
Kelantan


Meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa besar. Ini kerana solat adalah tanggungjawab yang Allah wajibkan ke atas setiap orang Islam apabila mencapai umur baligh.

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Solat itu tiang agama.” Tentu saja kealpaan terhadap tanggungjawab itu mempengaruhi perangai dan tingkah laku seseorang.

Firman Allah bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu daripada al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar...” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Selain itu, perbuatan keji suami seperti melakukan gurauan yang menghina isteri serta mengeluarkan perkataan mencarut dan sebagainya adalah bertentangan dengan akhlak Islam.

Seorang suami sepatutnya melayan isteri dengan baik. Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan wanita adalah orang mulia dan orang menghina wanita adalah orang tidak tahu budi.”

Bagaimanapun, cadangan untuk berpisah atau tinggal berasingan bukan cara yang terbaik dalam hal ini. Ini kerana puan perlu memahami setiap manusia ada kelemahannya. Begitu juga dengan suami puan.

Pada pandangan saya, puan perlu banyak bersabar buat masa sekarang. Minta pertolongan daripada Allah dalam berusaha mengubah keadaan rumah tangga dan perangai suami. Mudah-mudahan semuanya mendatangkan anugerah pahala daripada Allah.

Seterusnya Islam mengajar supaya suami dan isteri perlu berdamai dengan hubungan antara mereka.

Ini jelas apabila Allah berfirman dengan maksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya nusyuz atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang sifat bakhil itu memang tabiat semula jadi manusia. Dan jika kamu berlaku baik dan mencegah diri (daripada kezaliman), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.” (Surah an-Nisa, ayat 128)

Pada pandangan saya, puan perlu melakukan sebaik-baik cara yang dibenarkan syariah dalam mengekal rumah tangga yang ada. Perceraian adalah jalan terakhir dalam menyelesaikan konflik antara suami isteri.

Wallahu a’lam.

Lihat sesuatu sini juga..



No comments:

Post a Comment