Y.K. Gajehindran, J.T.Malvin dan P. Aravinthiran dibawa
keluar
dari mahkamah selepas didapati bersalah merogol seorang
ibu
kepada tujuh anak di Mahkamah Sesyen Klang
|
Dunia sudah semakin bahaya. Sudah tidak ada yang tempat
yang benar-benar dirasakan selamat. Jenayah ada dimana-mana, malah tidak
memilih mangsa. Seorang ibu yang telah melahirkan 7 anak juga menjadi mangsa.
Masih bergetah kah dia atau atas alasan dendam kesumat?
Dia diculik!! Itu membayangkan jenayah ini telah
dirancang. Sengaja untuk mengaibkan mangsanya, bukan saja dirogol, dilakukan diluar
tabii juga. Tidak cukup dengan itu, kemaluannya dirodok pula dengan kayu!
Itulah penderitaan yang terpaksa diterima oleh seorang ibu kepada 7 orang
anak...
Atas dosa apakah dia diperlakukan sedemikian? Hanya
binatang-binatang itu yang ada jawapannya...
Kes Rogol: Tiga dijel 28 tahun, sebatan rogol ibu 7 anak
Seorang
ibu tujuh anak dirogol di dalam semak, dipaksa melakukan hubungan seks luar
tabii dan kemaluannya ditusuk dengan kayu ketika dalam perjalanan menuju ke
kilang tempatnya mencari rezeki, tiga tahun lalu.
Hari
ini, tiga lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam dan tidak
berperikemanusiaan itu menerima balasan apabila dihukum penjara 28 tahun dan
sebatan antara 14 dan 20 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim
Ahmad Fairuz Mohd. Puzi menjatuhkan hukuman itu terhadap eksekutif akaun, Y.K.
Gajehindran, 26; penghantar surat, J.T. Malvin Isaac, 24; dan pelajar kolej, P.
Aravinthiran, 22, selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan itu.
Menurut
hakim tersebut, mahkamah mendapati kesemua tertuduh gagal menimbulkan keraguan
munasabah terhadap pertuduhan berkenaan kerana pembelaan mereka bersifat
penafian semata-mata.
Beliau
berkata, tertuduh keempat kes itu telah mengaku bersalah pada 2010 bagi tuduhan
melakukan seks luar tabii terhadap mangsa dan selepas itu dijadikan saksi
pendakwaan.
''Keterangan
daripada tertuduh keempat selari dengan keterangan mangsa dan mahkamah tiada
alasan untuk tidak mempercayai keterangan mereka,'' ujar Ahmad Fairuz.
Bagi
tuduhan merogol mangsa yang berusia 38 tahun itu, ketiga-tiga mereka dipenjara
28 tahun dan sebatan lima kali setiap seorang.
Gajehindran
dan Aravinthiran yang didakwa memaksa mangsa melakukan seks luar tabii
dipenjara 18 tahun dan sebatan 14 kali manakala Malvin dipenjara 10 tahun dan
sebatan dua kali bagi tuduhan cuba melakukan perbuatan sama.
Malvin
juga dihukum penjara 20 tahun dan sebatan 10 kali atas kesalahan memasukkan
sebatang kayu ke dalam kemaluan mangsa sehingga wanita itu terpaksa menerima 10
jahitan.
Kesemua
lelaki terbabit turut dihukum penjara 15 tahun dan sebatan lima kali bagi
tuduhan mendatangkan cedera parah kepada mangsa menggunakan ranting kayu.
Kesemua
kesalahan itu dilakukan mereka di kawasan semak berdekatan Jalan Kebun Nenas
2H/KS7, Bandar Putera Klang di Klang pada pukul 6.45 pagi, 11 Februari 2010.
Mereka
turut dihukum penjara tujuh tahun bagi kesalahan menculik dan melarikan wanita
itu pada waktu sama di ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di sini.
Kesemua
hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak.
Secara
keseluruhan, mereka dipenjara 28 tahun sementara bagi hukuman sebatan,
Gajehindran dan Aravinthiran, masing-masing disebat 14 kali dan Malvin 20 kali.
Ahmad
Fairuz turut tidak membenarkan permohonan peguam bela V. Ramavelu yang mewakili
kesemua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman kerana tiada keadaan
istimewa dalam kes itu.
Pendakwaan
dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azilah Mat dan Siti
Noorbaya Jamil.
Mangsa
yang hadir ke mahkamah bagi membacakan kenyataan impak kesalahan terhadap
mangsa (VIS) berkata, selepas kejadian ngeri itu, dia tidak keluar dari
rumahnya selama setahun setengah kerana mengalami trauma yang teruk.
''Saya
malu untuk keluar dari rumah, bibir saya terkoyak kerana dibelasah, saya
terpaksa minum menggunakan straw selama dua minggu dan mengalami kesukaran
untuk makan.
''Apa
dosa saya pada mereka sehingga mereka sanggup memperlakukan saya seperti
binatang?'' katanya sambil menangis.
Mangsa
juga mendakwa mengalami masalah untuk melakukan hubungan intim dengan suaminya.
Dalam
perbicaraan, mahkamah diberitahu, mangsa ternampak kereta dengan bonet terbuka
dan seorang lelaki berdiri di sebelah kereta seperti sedang membaikinya.
Lelaki
terbabit kemudian berlari ke arah mangsa lalu mengheretnya masuk ke dalam
kereta yang ada tiga lelaki lain di dalamnya.
Kesemua
lelaki tersebut mengoyak pakaiannya, memaksa dia melakukan seks luar tabii dan
merampas beg tangannya.
Selepas
itu, dua daripada lelaki itu pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
untuk mengeluarkan wang milik mangsa manakala dua lagi mengawalnya.
Mangsa
kemudian dibawa ke dalam semak dan dipaksa melakukan seks luar tabii serta
kemaluannya ditusuk dengan kayu sebelum ditinggalkan di situ.
-Utusan
Melayu
No comments:
Post a Comment