Rasulullah SAW bersabda: 'Bila seseorang lelaki itu mati
dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul
kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara
kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2
malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak
ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah
kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu
ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya
sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal
dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang
dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur
untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari
sutera yang dipenuhi bauan kasturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam)
bersabda: 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik
darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
No comments:
Post a Comment