Isteri perdana menteri
Rosmah Mansor menggungguli senarai "10 Wanita Paling Berkuasa di
Malaysia" yang dimuatkan di the Star hari ini.
Dalam senarai yang tidak
dinyatakan dikeluarkan oleh pihak mana itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti
Akhbar Aziz mengikuti rapat di tempat kedua.
Tiga pemimpin Pakatan
Rakyat turut termasuk dalam senarai itu, iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah
Anwar (kedudukan kelima), anggota Parlimen Subang Jaya Hannah Yeoh (keenam) dan
anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (ketujuh).
Muncul di halaman 5 akhbar
milik MCA itu, senarai itu yang disiarkan penuh satu muka, tidak menyatakan
dengan jelas sama ada ia berbentuk advertorial atau sebahagian daripada
kandungan redaksi.
Menurut keterangannya,
senarai itu dipilih daripada 1,000 calon merangkumi tujuh kategori iaitu
kekayaan, perniagaan, gaya hidup, NGO dan kesukarelaan, politik serta
teknologi.
"Untuk menentukan
kedudukan antara setiap kategori, dan kedudukan keseluruhan dalam senarai 10
teratas, kami menggunakan tiga kayu ukur: wang, kemunculan di media dan
impaknya," menurut keterangannya.
No comments:
Post a Comment