Tuesday, June 25, 2013

Umat Islam Sedang Tertindas dan Menderita: SRI LANGKA


PENINDASAN KE ATAS UMAT ISLAM MINORITI SELURUH DUNIA





SRI LANKA, Terorisme yang Ditujukan Terhadap Umat Islam

Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi yang memiliki umat Islam seramai kira-kira 2.6 juta orang. Pihak gerila Tamil yang melancarkan peperangan menentang pemerintahan kadang-kala turut menyerang perkampungan Islam dan membunuh penduduk yang tidak bersalah.

Dalam satu pembunuhan beramai-ramai terbaru yang berlaku di perkampungan Mawanella, ia telah dimusnahkan sama sekali pada 3 Mei 2001. Umat Islam Sri Lanka telah membina sebuah laman web bagi membolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan di dalamnya mereka cuba menggambarkan penderitaan yang sedang mereka alami seperti berikut:

...Kami umat Islam, secara asasnya, adalah sebuah masyarakat yang menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan, dengan perkembangan terkini kami menceburkan diri dalam pelbagai lapangan profesional. Sumbangan kami terhadap pembangunan dan perkembangan Sri Lanka adalah sentiasa positif dan kami semenjak dahulu lagi telah membentuk pehubungan yang mesra dan rapat dengan semua komuniti yang tinggal bersama-sama kami.


Isu kumpulan pemisah Harimau Tamil telah mendatangkan kepayahan dan azab kepada ramai umat Islam yang tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas di bahagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil masyarakat Sinhalese turut mengangkat senjata bagi menentang umat Islam, menyerang perniagaan kami, masjid-masjid dan juga kehidupan peribadi kami

"Kami adalah masyarakat minoriti yang mencari kehidupan dan mahukan kewujudan keamanan dalam setiap lapisan masyarakat, memastikan kami dibenarkan untuk hidup dengan agama kami dan mengekalkan pendirian sosial yang sudah dilakukan sejak dahulu lagi... Kami bukannya sebuah masyarakat yang sukakan perpecahan dan keganasan seperti Tamil.


Kami tidak suka menentang dan menunjukkan permusuhan terhadap masyarakat-masyarakat yang lain... Apa yang kami cari ialah kehidupan penuh sopan supaya kami dapat hidup aman dan selesa, meneruskan penyembahan kami terhadap Yang Maha Besar, menjalankan perniagaan dan profesion kami, dan mendidik serta membesarkan anak kami dengan cara yang mulia."

Petikan di atas adalah bersumberkan kesedaran umat Islam Sri Lanka. Namun selama bertahun-tahun mereka masih gagal mencapai keamanan dan keselamatan yang dicari-cari.

Dalam serangan terbaru sebagai contoh, kumpulan yang bersifat perkauman Budda Sri Lanka telah mengumpulkan al-Quran dan buku-buku Islam lain, termasuklah koleksi yang sukar dicari, teks yang berabad-abad lamanya, dan membakar kesemuanya di hadapan sebuah masjid. Dua buah masjid telah dibakar hangus dan lebih dari 90 peratus bangunan milik umat Islam telah dimusnahkan.

Umat Islam Sri Lanka sering diserang, didera dan dirompak setiap hari. Di dalam laman web yang mereka bina bagi membolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, mereka mengatakan apa yang mereka mahu ialah kebebasan untuk hidup berlandaskan agama, membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan beriman, dan juga sebuah kehidupan yang aman dan selamat. Namun demikian, siri-siri serangan semakin menjadi perkara rutin dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Kejadian Tragis

Pada jam 7.20 malam, seluruh pekan Katankudi bergelap. Jemaah meneruskan solat dalam gelap. Tidak lama kemudian muncul kenderaan Hiace putih, van rasmi LTTE dengan anggota bersenjata. Mereka masuk menembak secara membuta babi, malah kesan peluru turut tertanam di dinding masjid.

Pada 3 Ogos, sekitar 30 pemberontak Tamil bersenjata memasuki bandar Kattankudi. Mereka memasuki Meer Jumma, Husseinia, Majid-Jul-Noor dan Masjid Fowzie. Ketika itu ratusan umat Islam sedang solat Isyak. Pemberontak LTTE menyamar sebagai umat Islam bagi mengelakkan sebarang syak wasangka.

Sedang orang Islam sedang sujud, pemberontak Tamil menembak dengan senjata automatik dan melemparkan bom-bom tangan. Kebanyakan mangsa ditembak di belakang atau di sisi. Pemberontak itu meninggalkan bukti-bukti seperti dilakukan oleh askar-askar Sri Lanka.


Laporan awal menyatakan jumlah kematian sekitar 100 orang tetapi meningkat kepada 147 orang. Seorang saksi mata bernama Mohammed Ibrahim, peniaga berumur 40 tahun memberitahu New York Times mereka ditembak selama 15 minit. Mohammed Arif (17) melihat pemberontak Tamil mengacu muncung senapang ke mulut seorang budak lelaki Islam.

Pembunuhan beramai-ramai pada 3 Ogos 1990 tersebut menyaksikan kesyahidan Akram (6 tahun), Ajimeel, Jaroon dan Rizwan (10 tahun), Asroof 11 (tahun), Dalhan Haris, Fauser Hassan, Arip, M. Ajimal, Makeen, Kamaldeen dan Imtiaz (semua berusia 12 tahun), Anas, Faizal, dan M.B.Jawad (13 tahun), Sameeen, Jaufer, Samath, Mohammed Fauzer, Safar, M. S. M. Jaufer (14 tahun), dan Fazlan (15 tahun).

Anak-anak ini dari sebuah sekolah yang sama dan dikatakan ke masjid pada hari tersebut untuk belajar membaca al-Quran. Pembunuhan ini berlaku ketika mereka sedang sujud sedang mereka bukanlah tentera atau bersenjata.

Foto-foto mengejutkan ini dirakam oleh Martin Klejnowski dan Madeleine Leeson, dua orang jurnalis Reuters yang berjaya menyusup masuk ke dalam wilayah penguasaan LTTE pada waktu itu. Leeson melaporkan terdapat mayat ditemui tersandar di dinding masjid berhampiran jendela menunjukkan mangsa cuba melarikan diri tetapi tidak dilepaskan

Ali Sahir Moulana, seorang ahli parlimen pembangkang yang beragama Islam memberitahu bahawa 3 buah masjid, 60 buah rumah, 80 buah kedai dan 2 stesen minyak milik umat Islam telah dibakar oleh kumpulan perusuh. Beliau turut mendakwa bahawa serangan-serangan tersebut dilakukan bertujuan untuk memusnahkan ekonomi umat Islam di Mawanella.


Anda Mungkin Juga Meminati:


No comments:

Post a Comment