Friday, June 7, 2013

Kisah Pembunuh Bersiri: Very Idham Henyansyah aka Ryan (The Singing Serial Killer)



Posting kali ini adalah untuk sama-sama kita hayati satu kisah yang menyayat hati. Satu kisah benar yang berlaku di Nusantara ini dalam beberapa tahun lalu. Kisah yang sarat dengan pengajaran untuk iktibar kepada kita semua. 

Very Idham Heryansyah


Antara perkara;
1)Pentingnya peruntukan masa untuk keluarga,
2)Setiap permasalahan, harus dikongsi bersama untuk jalan penyelesian,
3)Tindakan awal untuk sesuatu perkara yang luar biasa,
5)Awas dengan tuturkata, jangan ada yang tersinggung!
4)Usah terlalu berahsia...

Sengaja Allah menjadikan manusia itu dengan berbagai bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan di antara satu sama lain...


Ikuti kisah ini...
 
12 July 2008, beg-beg yang kelihatan ganjil telah ditemui di bandar kecil bernama Ragunan Jakarta Selatan, Indonesia. Dengan penemuan beg yang ganjil itu penduduk yang cemas telah memanggil polis. Setelah diperiksa, beg-beg itu mengandungi kepala, badan dan bahagian lain tubuh manusia.

Jam 11, pihak polis telah mengepung tempat kejadian dan menghantar beg-beg tersebut untuk bedah siasat di Hospital Pusat, Jakarta. Bahagian forensik mengenal pasti bahagian badan tersebut sebagai seorang ahli perniagaan berumur 40 tahun, Heri Santoso. Dalam masa 3 hari pihak polis mengaitkan pembunuhan itu kepada lelaki misteri  bernama Ryan. Beliau menetap disebuah pangsapuri di Margonda Residence yang terletak pertengahan Depok di Jakarta Selatan.

Ketika ditangkap
"Salah seorang detektif polis memberitahu bahawa selepas identiti Heri didedahkan dia pergi kerumahnya dan menemubual isterinya. Dia menemui satu nota di sana dan nota itu mengaitkan pembunuhan itu kepada Ryan... penemuan itu disokong oleh kenderaan Heri Santoso yang berada di kompleks pangsapuri Ryan. Tanpa menyedari pihak polis sedang menjejakinya, Ryan sibuk membeli-belah dengan menggunakan kad kredit Heri Santoso dan telah mencuri lebih kurang USD500 daripada akaunnya.

Empat hari setelah ditahan, Ryan yang berada di dalam tahanan polis membuat beberapa pengakuan yang mengejutkan. Ketika Ryan ditahan dia hanya mengaku membunuh Heri Susanto. Selepas penyiasatan berlanjutan  dia mengaku telah membunuh beberapa orang lagi di Jombang..

Berapa ramaikah mangsa Ryan?

Sedang penyiasatan semakin hangat kes itu bertukar menjadi kisah mengerikan pembunuhan bersiri yang berlaku di dua bandar berlainan. Ryan dibawa ke rumah keluarganya dimana dia tinggal bersama ibu bapanya dengan tujuan membina semula pembunuhannya.

Polis tiba di rumah Ryan, di Jombang Jawa Timur pada 20 July 2008, Di rumah itu polis menemui beberapa objek dalam beg plastik ia dipercayai kepunyaan mangsa. Pihak polis menemui tukul yang mempunyai kesan darah dan serpihan tulang dalam bilik tidur Ryan.

Mereka mula menggali dan kes ini bertukar menjadi sensasi. mereka menemui 4 mayat tertanam di belakang rumah itu. Berita itu terus ke muka depan akhbar dan menjadi tajuk utama hampir setiap akhbar di Indonesia. Mayat-mayat itu dihantar untuk dibedah siasat dan untuk dikenal pasti.

Penggalian dipertingkatkan, orang ramai mengesyaki lebih banyak mayat akan dijumpai, penyiasatan polis memutuskan hanya terdapat 10 mayat di belakang rumah dan Heri Santoso yang di bunuh di Depok, menjadikan jumlah kesemua mangsa menjadi 11.

Dalam perbicaraan selama 4 bulan yang mengejutkan negara itu,  Very Idham Henyansyah aka Ryan telah dituduh membunuh Heri Susanto, 40 tahun dan disabitkan dengan 10 yang lain dan dijatuhkan hukuman mati.

‘Pemotong daging Jombang’

Dalam satu temubual eksklusif, Ryan bercakap di depan kamera dari Penjara Cibanong, Indonesia dimana dia menunggu hukuman mati;

"Saya sakit,  tapi sebab saya telah berjanji untuk bercakap, saya terpaksa memenuhi janji saya”. Kata Ryan mulakan bicara.

“ Penyakit apa?”.  Tanya wartawan.

“Typhus, sudah 5 bulan. Saya dah kurus”. Kata Ryan.

walaupun tingkah lakunya menawan dan rupanya kacak, pembunuhan yang dilakukan oleh Ryan sungguh ngeri sehingga dia digelar 'Pemotong Daging Jombang'.

“Sebagai seorang kanak-kanak saya kecewa, saya kecewa dengan keluarga dan saudara-mara saya. Semakin lama, perasaan kecil hati yang saya rasa semakin bertambah.

untuk membentuk personaliti saya, dari segi fizikalnya saya nampak lembut dan baik tetapi di dalam saya mungkin lebih keras  daripada apa yang mereka nampak”.  Tuturnya.

Tetapi orang yang nampak personalitinya yang sebenar adalah bapanya sendiri dan dia masih teringatkan angin Ryan yang asyik berubah ketika membesar.. Emosinya tidak boleh ditentukan, jika inginnya baik, dia boleh jadi sungguh baik. Jika dia tersinggung dengan kata-kata yang tidak baik dia akan marah yang amat sangat... Dia tidak boleh mengawal antara kesabaran dan kekejaman ... dia tidak boleh mengawal dirinya sendiri.

Di dalam satu temu bual Ryan menceritakan keadaan yang menjadikannya seorang pembunuh bersiri terkenal di Indonesia..

“Saya tak mahu ditekan oleh orang lain dan diperlekehkan oleh orang lain, saya mahu membela diri saya dengan apa cara sekalipun, seboleh-bolehnya saya tak akan melakukan semua itu, tapi jika ada keperluan untuk mempertahankan diri saya saya akan membunuh lagi.

“Saya akan sentiasa berjuang untuk hak saya. Saya tak suka bila perkara yang berkait dengan harga diri saya dipermainkan”.  Kata Ryan.

Ini adalah kes jenayah bersejarah di Indonesia, Very Idham Henyansyah aka Ryan yang dijatuhkan hukuman mati untuk satu pembunuhan dan mengaku pula membunuh 10 yang lain.

Awal Kehidupan

Terletak lebih kurang 250 batu dari Jakarta, Jombang punya penduduk yang warak dan kebanyakannya berladang untuk menyara hidup, di sinilah Very dilahirkan pada 1 Februari 1978.  Membesar dibandar kecil, Ryan sentiada ingin hidup di bandar besar seperti Jakarta, beliau seorang anak yang pendiam, Ryan tidak suka bergaul dengan adik beradik yang lebih tua dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapanya. Dia kerap bersendirian...

“Semasa saya kecil saya tak bahagia, saya kecewa dengan ibu bapa saya dan marah tentang apa yang mereka lakukan, jadi semasa saya kecil, saya jarang rasa bahagia. Saya diam dan suka bersendirian di dalam bilik saya.

"Saya masih ingat dengan jelas, ketika umur saya 5 tahun tentang kedua orangtuanya dan kekasih mereka. Saya masih boleh gambarkan apa yang mereka lakukan. Saya cuba untuk melupakan apa yang berlaku tetapi tidak boleh”. Kata Ryan.

Kejutan menyaksikan hubungan sulit ibu bapanya memberi kesan yang berpanjangan kepadanya.

"Saya berusaha untuk menjadi ayah yang baik untuk Ryan, Tetapi selepas sekolah menengah dia susah untuk dikawal dan dia menyalahkan ibu bapanya untuk semuanya. Saya dengan anak lelaki saya itu tidak banyak bercakap seperti ibu bapa lain. Kami bercakap hanya bila perlu" Kata Ahmad bapa Ryan.

Ketika dia berumur 10 tahun dia telah menunjukkan tekanan mental dan menjadi bertambah ganas ..

"Saya mula melawan, saya suka membaling benda dan merosakkannya. Ia adalah tindakbalas kepada apa yang saya saksikan tetapi saya tidak boleh beritahu sesiapa. Saya tak ada saudara-mara untuk mengadu, saya simpan semuanya di dalam hati”. Katanya Ryan.

Setelah mengkaji corak kesalahan ramai pembunuh bersiri, pakar psikologi Sarlito Suwarno mengatakan kelakuan Ryan adalah disebabkan trauma masa kecilnya. Salah seorang daripada kakaknya telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki separuh umur dan orang itu sebenarnya teman lelaki ibunya. Ryan nampak ibunya dan lelaki itu berdua-duaan dalam bilik air, Pengalaman begini mengejutkannya dan menyebabkan trauma.

Ibu Ryan, Siatun dan bapanya Ahmad menafikan tuduhan yang mereka mempunyai hubungan luar nikah. Sebagai penjual baju, kerja Siatun selalu jauh dari rumah selama beberapa hari.  Bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang gula. Semua tuduhan  itu disangkal oleh kedua orang tuanya. Semua itu bohong dan mungkin percaya dengan gosip orang kampung..

Jiwa Kacau

Ketika umurnya 16 tahun, Ryan memasuki Sekolah Menengah di Jombang. Sekolah memberikannya kestabilan yang tidak didapati di rumahnya. Bekas Pengetuanya menyatakan dia seorang budak yang berkelakuan baik, malah beliau mempunyai ramai kawan di Sekolah samada lelaki mahupun perempuan, tetapi kebanyakan kawan-kawannya adalah perempuan dan tidak terdapat tanda-tanda dia bermasalah dengan budak lelaki.

“Syukurlah di sekolah tak ada masalah langsung, dia sentiasa dapat markah tinggi, dan dia tiada masalah dengan guru-gurunya . Kami terkejut bila dia ditangkap, dia sebenarnya budak lelaki yang rendah diri dan berkelakuan baik". kata Bekas Pengetuanya.

Ketika itu Ryan juga berusaha keras untuk menerima kenyataan hakikat seksualitinya dan bahawa dia lain dari yang lain...

"Saya rasa ibu bapa saya tahu saya homoseksual, saya rasa mereka tahu tanpa memberitahu saya, saya tak berani untuk memberitahu mereka sendiri”. Kata Ryan.

Ryan seorang homoseksual, disekolah dia disingkir kerana berkelakuan seperti perempuan bukan seperti budak lelaki. Dia seorang pelajar yang cerdik, sangat bijak dan mendapat keputusan yang sungguh baik. Dia berjaya diterima oleh salah satu fakulti perubatan, tetapi oleh kerana tidak berkemampuan, dia tidak dapat masuk fakulti itu.

Dia bertemu dengan guru agamanya, Irshad, yang masih muda dan belum berkahwin pada masa itu. Dia kecewa lagi bila lelaki itu akan berkahwin, satu perkahwinan heteroseksual. Dia sungguh kecewa dan marah..

Irshad dengan tegas menafikan hubungan intim dan mendakwa Ryan memanipulasinya ...

“Kebaikan saya sudah dianggap lain, saya tidak tahu dia homoseksual, tapi saya syak bila saya berjumpa dengan rakan-rakannya. Mereka kelihatan lembut " .

"Dia memberitahu saya, dia mengidap kanser otak, menurut doktor dia tidak boleh hidup lama. Dia juga berkata dia adalah anak angkat”. kata Irshad.

Pandangan dan perasaan Ryan terhadap Irshad;

“Pada masa itu saya merasa bahagia kerana saya boleh bersandar kepadanya, Saya tidak boleh mengharap kepada ibu bapa saya. Dia seperti rahmat Tuhan buat saya”. Kata Ryan.

Apabila Irshad memutuskan untuk berkahwin dengan gadis pilihannya, Ryan naik marah! dan keadaan menjadi buruk bila dia marah! dia benar-benar marah! Untuk mengawal keadaan, Irshad bertindak memukulnya menyebabkan Ryan melarikan diri..

"Dia asyik menghantar SMS kepada saya sedang sayang mengajar,  dia kata 'saya benci awak”. Kata Irshad.

“Ketika umur 28 tahun, saya terkejut, saya menangis saya kecewa yang amat sangat. Emosi saya tidak tenteram dengan emosi yang tidak stabil itu, saya rasa pembunuhan pertama berkait dengan perpisahan kami”.  Ryan bercerita.

Dalam masa setahun Ryan membunuh mangsa pertamanya ...

Mangsa Pertama

Dalam bulan April 2007, seorang kenalan lama, Guntur Setyo Pronomo melawat Ryan di rumah keluarganya dan bermalam di sana . Dia adalah kekasih rahsia lelaki yang seperti perempuan. Saya tak suka melihatnya, geram melihat seseorang disimpan secara rahsia di dalam hati.

“Dia tidur dan saya menonton TV, kemudian dia  meminta saya bawanya ke bilik air, dia memakan masa yang agak lama dan saya tertidur di luar pintu Kata. Tiba-tiba saya dapat niat jahat untuk membunuhnya  jadi saya lakukannya di dalam bilik air rumah saya . Tanpa provokasi Ryan menyerang Guntur berulang kali dengan cangkul besi yang akhirnya meretakkan tengkoraknya dan membunuhnya ..

“Saya panik, saya terduduk dan menangis, di tangan saya terdapat banyak darah, saya bingung itu adalah pertama kali dan saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

“Ahirnya saya cuba bertenang. Kemudian saya bawa mayatnya ke belakang rumah saya. Saya campakkan ke dalam kolam ikan dan saya tanam di situ”. Cerita Ryan.

Pada petang itu, marah kerana tuduhan palsu yang tidak diketahui butir-butirnya, Ryan bertindak membunuh Agustinus Fitri Setiawan sedang dalam keadaan marah yang amat sangat. Dia menanam mayat itu ditempat yang sama di mana dia menanam Guntur.

Rumah Ibu Bapa Ryan
Tidak berhenti di situ, Ryan terus memuaskan nafsu pembunuhnya untuk 8 bulan seterusnya dengan membunuh 5 orang lagi. Tapi pembunuhan itu tidak disedari dan tidak berhenti  hinggalah satu hari di dalam bulan July 2008.

Untuk menceritakan kisah hidupnya dengan kata-katanya sendiri  Ryan menulis autobiografinya di penjara yang bertajuk ‘The Untold Story of Ryan’ . Dia menceritakan butir-butir pembunuhan yang dilakukan dan turut memasukkan lakaran tempat di mana dia menanam mayat-mayat mangsanya..

“Setiap kali aku melakukan perbuatan kejam ini aku selalu menangis, aku diheret ke jurang yang gelap. Mataku tak nampak apa-apa, Aku diselimuti kegelapan. Aku cuba mencari jalan keluar tapi aku tak dapat membezakan bayang-bayang" kata Ryan.

Dalam bulan July 2008, Heryansyah, 30 tahun yang dikenali sebagai Ryan telah ditangkap untuk satu pembunuhan tapi tidak lama kemudian mengaku membunuh 10 yang lain dan meyebabkan histeria dalam media di seluruh negara. Ini adalah pembunuh bersiri indonesia yang paling kejam.

Temubual Eksklusif

Satu temu bual eksklusif Ryan bercakap tentang motivasi di sebalik pembunuhan tersebut .. Bagaimana saya boleh jelaskan?

Kacak orangnya..
"Selepas pembunuhan yang pertama saya rasa seperti tak ada beban bila saya membunuh lagi. Saya tahu bagaimana caranya, kemudian bila setiap orang mati saya tahu apa yang nak dilakukan dari mula lagi berdasarkan pengalaman sendiri, Semakin lama beban saya semakin kurang".  Katanya.

Sedang Ryan berpindah dari satu mangsa kepada mangsa yang lain dia menutup jejaknya dengan baik hingga tiada siapa yang mengesyaki apa-apa.

Dalam bulan Januari, 2008, Selepas berjumpa dengan Grady Adam, 30 tahun, dan memperkenalkan kepada rakan-rakannya. Ryan memastikan dia menghapuskan semua bukti yang boleh menunjukkan bahawa dia bersalah. Ryan mengambil gambar dan video orang di sini kononnya utuk pencarian VJ.

Saya ambil video dia dan Grady tetapi tiga hari kemudian, Ryan menelefon saya dia nak memindahkan video itu ke telefonnya. Setelah Ryan balik, saya periksa telefon saya dan didapati ia telah dipadamkan kecuali dua gambar Grady. Tergoda dengan kekacakan Grady, Ryan membawanya balik ke rumah dimana dia membunuh lagi.
                                                              
“Keesokannya saya berjumpa Ryan di gimnasium, saya tanya dimana Grady?”. Tanya kawan Ryan. Katanya Grady masih tidur lagi.

“Saya tertanya-tanya kenapa dia memakai baju yang dipakai Grady pada hari sebelumnya di salon? Bagaimanapun saya tak mengesyaki apa-apa”. Kata kawan Ryan.

Ryan memukul Grady hingga mati, kali ini menggunakan batang besi dia menyalahkan kemarahannya untuk pembunuhan itu.

“Bila saya marah salah satu kelemahan saya adalah saya tidak boleh berfikir dengan waras. Bila saya marah saya hanya memikirkan dimana saya boleh melepaskan kemarahan saya. Mungkin dengan memukul sesuatu. Apa yang saya boleh lakukan”. Kata Ryan.

Tidak lama selepas membunuh Grady, Ryan bertemu dengan Nanik Hidayati, 32 tahun, di gimnasium. Dia berkawan dengannya dan membawanya pulang ke rumah ditemani bersama dengan anaknya Silvia Ramadani yang berumur tiga tahun. Selepas menghabiskan masa beberapa jam dengannya dan tertarik dengan rupanya yang kacak, Nanik mengajak Ryan tidur dan melakukan seks dengannya. Ryan menolak dan Nanik berkata..

“Memang benarlah saya dengar awak homoseksual, jadi saya tidak akan tidur dengan awak”. Kata Nanik seperti menyindir.

Saya benci dengan kata-katanya dan naik marah, jadi saya memukul kepalanya dengan batu sehingga dia mati. Sedang Silvia memerhatikan ibunya dipukul hingga mati, anak perempuan Nanik yang berumur tiga tahun mula menjerit, Ryan melakukan sesuatu diluar dugaan, budak itu terus menjerit... jadi saya bunuh mereka berdua. kedua-duanya!

Ini satu tamparan hebat buat saya, kerana saya sukakan kanak-kanak. Tapi kenapa? Saya tak dapat jawab soalan itu. Bagaimana saya boleh membunuh anak kecil? Saya kesal hingga sekarang.

Dengan menghapus bukti itu, Ryan seperti meningkat ke tahap kekejaman yang lebih tinggi. Yakin disebabkan pembunuhan yang tak disedari hampir setahun dan membunuh dua lagi lelaki dan menanam mereka seperti dulu, di dalam kubur cetek dibelakang rumah ibu bapanya.

Dalam bulan May 2008, selepas membunuh 10 orang, Ryan berpindah dari rumah ibu bapanya di Jambong dan tinggal di Depok, Jakarta selatan bersama teman lelakinya Novel Andrias.

Mangsa Terakhir

Pada malam 11 July, 2008, Ryan membawa pulang Heri Santoso, 40 tahun iaitu seorang kawan yang telah dikenalinya selama 15 tahun. Selepas melihat beberapa gambar teman lelaki Ryan, timbul pula perasaan cemburu dan pertengkaran besar-besaran tercetus dan berlaku pergaduhan.

"Kami bergaduh besar, dalam pergelutan itu Ryan terjatuh dan dengan tidak sengaja tangan kiri saya mengambil pisau dan menikamnya beberapa kali hingga mati. Selepas membunuhnya, saya bingung ada mayat dalam pangsapuri saya dan saya fikir bagaimana untuk membuangnya.

Setelah itu saya mengheretnya ke dalam bilik air, saya mengambil masa sejam untuk memotongnya kepada 7 bahagian. Saya sumbatkannya ke dalam bag dan saya meletakkannya di tepi jalan". Cerita Ryan.

Seperti  juga 10 pembunuhan sebelum ini, Ryan menyangkakan  pembunuhan ke-11 ini pun tidak akan disedari, tapi polis mengesan Ryan empat hari dari tarikh pembunuhan itu. Profil forensik dan kenderaan Heri Santoso berada di kompleks pangsapuri Ryan mengesahkan identiti mangsa. Tanpa menyedari pihak polis sedang menjejakinya, Ryan berkesempatan membeli-belah menggunakan kad kredit mangsa.

Ryan Ditangkap

Pada 15 July, 2008, Ryan dan teman lelakinya Novel Andrias ditangkap di kediaman mereka di Margonda Residence, sejurus setelah ditangkap Ryan mengaku bersalah dan membawa polis kepada bahan bukti. Pegawai polis sampai untuk mencari bukti pembunuhan. Selepas ditangkap Ryan bekerjasama baik dengan pihak polis dan menceritakan segala-galanya.

Oleh kerana itu, mudah bagi polis mendedahkan kes-kes sebelumnya. Pihak polis membinaan semula untuk mengetahui berapa ramai mangsa dibunuh Ryan.

“Kawan saya hanya 5 orang, lain-lainnya saya tidak kenal". Kata Ryan.

Ditangkap kerana satu pembunuhan yang kejam dan dituduh membunuh 10 yang lain. Ryan seterusnya berdepan dengan sepasukan pendakwa yang mahukan seberat-berat hukuman di atas perbuatan kejamnya itu.

Pada 4 Disember, 2008, Ryan tiba di Mahkamah Daerah Depok, Jakarta Selatan untuk dibicarakan kerana membunuh Heri Santoso, 40 tahun. Kes Ryan adalah salah satu daripada kes bunuh terkenal di Indonesia. Ryan mempunyai personaliti yang menawan tetapi dia juga mampu memutar belit mangsanya mengugut dan menggoda secara seksual. Menawan, pandai memutar belit dan tidak ada rasa bersalah. Ciri-ciri tingkah laku Ryan adalah ciri-ciri sociopath dengan gangguan personaliti anti-sosial.

Menurut pakar, ketika perbicaraan Ryan mempamirkan tidak rasa bersalah dan nampak seolah-olah pandai berpura-pura menunjukkan emosi. Dia memakai pakaian secara Islam dan kelihatan tak bersalah, tetapi itu tidak mencerminkan watak sebenar Ryan.

Ryan berasa kesal selepas dia ditangkap, sebelum itu dia tidak pernah berasa kesal, jadi dia akan terus membunuh.

Semasa perbicaraan ...

"Saya benci apa yang dilakukan oleh pakar psikologi, kerana dia banyak berbohong, sebagai contoh, bila saya ditunjukkan gambar semasa saya kecil, saya terus menangis kerana saya membayangkan saya akan kesunyian di dalam penjara yang gelap. Tapi pakar psikologi mengatakan saya berpura-pura menangis. Kalau boleh saya hendak saja menamparnya". Kata Ryan.

Sejurus perbicaraan bermula, orang ramai yang dapat mengenali personalitinya dengan lebih dekat.

“Dia suka menerima perhatian media, saya rasa dia suka dirakam gambarnya, Dia menggunakannya untuk mendapatkan populariti yang tidak diperolehinya sebelum pembunuhan didedahkan”. Kata seorang wartawan.

Pembunuhan itu mungkin tercetus oleh kemarahannya dan ini benar dari satu segi. Jika dia menganggap mangsanya mengambil peluang terhadapnya, kenapa dia tidak boleh mengambil barang kepunyaan mereka?.  Ini bukan jenayah cinta, Ini tentang kemampuannya untuk mengamgbil kepunyaan orang lain. Motivasi utamanya masih lagi rasa kebencian terhadap mangsanya. Maka itulah sebabnya. Dia tidak membunuh kerana hendak merompak, dia membunuh dan kemudian merompak. Tafsir media.

"Saya benci bila media mengatakan tamak kepada kebendaan adalah motif pembunuhan. Apa saja yang dipakai mangsa bila mereka datang ke rumah saya ditanam dengan mayat mereka. Telefon bimbit, jam tangan, apa saja yang mereka pakai. Saya letakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta. Saya tak boleh jelaskan motif saya atau kenapa saya lakukan semua ini. Kenapa saya sekejam itu". Katanya kesal.

Teman lelaki Ryan, Novel Andrias yang juga ditangkap berkaitan kes pembunuhan Heri Santoso mengaku berkongsi hasil pembunuhan bersama Ryan.

"Adakah awak kenal tertuduh?". Ya
"Adakah awak bersaudara?". Tidak, jawab Novel.

Novel dibebaskan selepas hukuman penjara selama 10 bulan kerana bersubahat. Bagaimanapun Ryan kelihatan berselindung tentang penglibatan Novel dalam pembunuhan tersebut.

“Ini adalah soalan yang sukar, sebab walaupun saya terpaksa bercakap benar, bila saya cintakan seseorang, saya jug perlu lakukan yang terbaik untuknya,  Jadi bila saya beri keterangan, saya cuba yang terbaik untuk melindunginya”. Kata Ryan.

“Apakah benar awak beritahu polis yang Novel tidak ada di tempat kejadian?". Soal wartawan.

"Ya, itu yang saya cakap, saya lega bila polis mempercayainya. Itulah cara yang terbaik untuk menyelamatkannya". Kata Ryan jujur.

Ryan Dijatuhkan Hukum

Pada 7 April, 2009, Mahkamah Daerah Depok mendapati Ryan bersalah dan menjatuhkan hukuman mati kerana membunuh Heri Santoso. 

PENGHAKIMAN BERBUNYI..
“Tertuduh, Very Idham Heryansyah telah didapati bersalah atas pembunuhan yang dirancang. Tindakannya sadis dan tidak berperikemanusiaan dan menunjukkan bahawa dia tidak menghargai kehidupan yang dianugerahkan oleh Tuhan”.

Ryan cuma tersenyum bila keputusan dibacakan dan seperti seronok pula menjadi perhatian orang ramai yang datang menyaksikan perbicaraannya itu.

“Selepas keputusan dibacakan, saya tenang dan masih boleh tersenyum dan menjalankan kehidupan seharian seperti biasa. Semua orang pasti akan mati. Apa yang menyedihkan adalah saya terpaksa mati begini”. Tutur Ryan.

Masih boleh tersenyum...
Keputusan itu tidak memuaskan hati semua orang..

Setelah hukuman dijatuhkan, pihak pembela membuat rayuan di Mahkamah Tinggi menggunakan alasan kurang siuman. Mahkamah Tinggi tidak mmenerima alasan itu dan rayuan ditolak. Peguam Ryan masih mempunyai harapan berharap bahawa rayuan tidak siuman ke Mahkamah Agung akan membantu Ryan terlepas daripada hukuman mati.

Sejak ditahan di Penjara Cibanong, Ryan telah mencapai status selebriti dengan autobiografinya yang menimbulkan kekecohan kerana pendedahan kisah hidupnya...

"Ini adalah tentang kekecewaan dalam hidup saya. saya penat dengan hidup saya. Saya penat dengan masyarakat yang penuh dengan peraturan yang ketat. Saya mahu menjadi yang terbaik dalam hidup saya kerana selama ini... selama ini saya hidup dengan aturan orang lain dan itu merosakkan diri saya". Kata Ryan.

Semasa di dalam penjara Ryan menerima tawaran untuk merakamkan album, kerana menyanyi adalah minatnya sejak dari kecil dan dia menganggapnya itu satu keajaiban yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dengan rakaman album yang belum diterbitkan lagi yang berjodol 'Persembahan Terakhir', Ryan menjadi seorang daripada penjenayah sensasi di Indonesia, Penyanyi Pembunuh Bersiri!

"Setiap orang yang mati mesti merasa kesakitan, saya harap saya tidak merasa kesakitan yang mereka rasakan. Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan. Berdoa supaya kematian saya nanti bukan penghujung kepada satu cerita buruk, sebaliknya mengharapkan supaya masyarakat dan keluarga saya mendapat sesuatu yang positif daripada semua ini".


Senarai korban Ryan;

1)Heri Santoso (40)
2)Vincent Yudi Priyono (31)
3)Ariel Somba (34)
4)Grady Gland Adam Tumbuan - Finalis MTV VJ Hunt 2007
5)Guruh Setyo Pramono alias Guntur (27)
6)Agustinus Fitri Setiawan (28)
7)Nanik Hidayati (31)
8)Sylvia Ramadani Putri (3), anak dari Nanik Hidayati
9)Muhamad Aksoni (29)
10)Zainal Abidin(21)
11)Muhammad Asrori alias Aldo (11)

@al-fatihah buat mereka..

No comments:

Post a Comment