Wednesday, June 26, 2013

Umat Islam Sedang Tertindas dan Menderita: IRAN



PENINDASAN KE ATAS UMAT ISLAM MINORITI SELURUH DUNIA


IRAN: Tekanan Kepada Puak Sunni Memeluk Shiah. 

Penderitaan Islam Sebenar Di Iran.

Sunni adalah fahaman kedua paling popular di Iran melibatkan lebih 30 peratus dari populasi Iran. Kebanyakan Sunni Iran tinggal di Kurdistan Balushstan, bandar-bandar sempadan Khorasan, Turkamen Sahara dan sepanjang pinggiran wilayah. Bermula dari era Safawi tahun 906 sehingga ke hari ini, Sunni Iran terpaksa melalui kepayahan akibat diskriminasi dan ketidakadilan dari kerajaan yang dikuasai golongan Syiah.

Selepas apa yang dipanggil “Revolusi-Islam”, kerajaan Syiah Iran telah mengambil langkah-langkah secara berterusan samada memaksa puak Sunni memeluk Syiah atau menghalau mereka keluar dari Iran melalui berbagai cara.



Berikut adalah beberapa contoh jelas taktik kotor yang digunakan kerajaan bagi memastikan golongan minoriti Sunni terus ditindas:

1) Menghalang dari memegang jawatan penting dalam kerajaan, sebagai contoh, hanya terdapat 15 wakil Sunni (yang kebanyakannya dianggap boneka Syiah) daripada keseluruhan 270 ahli parlimen Iran. Dalam pejabat pentadbiran atau institusi penting, memang tiada langsung di kalangan Sunni yang berjawatan menteri, duta atau gabenor sekalipun di wilayah-wilayah yang dikuasai Sunni.

Tapi yang peliknya, kerajaan Iran pula bersikap tegas apabila meminta kerajaan Afghanistan memperuntukkan 1/4 kerusi mewakili Syiah di sana, pada hal populasi penganut Syiah hanya sekitar 10% dari jumlah penduduk Afghanistan. Pada masa kini amat payah untuk melihat seorang pengurus sebuah institusi yang mempunyai latar belakang Sunni. Dalam institusi yang lebih sensitif seperti pengawal revolusi, kementerian luar, kementerian pertahanan atau dalam bidang perniagaan, keadaan menjadi lebih teruk lagi.



2) Penindasan dalam Perindustrian dan Ekonomi. Pada masa sekarang, semua sektor industri dan ekonomi di kawasan ramai penduduk Sunni dimonopoli oleh minoriti Syiah. Sebaliknya, golongan Sunni terpaksa bergelut dengan kepayahan sekalipun untuk mewujudkan perniagaan kecil-kecilan. Memang terbukti yang pihak regim bermatlamat menindas golongan minoriti Sunni dalam pelbagai aspek kehidupan supaya dapat memaksa mereka memeluk Syiah atau menghalau keluar dari tempat asal mereka.

Kerajaan malah menafikan hak Sunni untuk membuka kilang kecil, atau jika mereka memiliki sebuah kilang, maka undang-undang membenarkan ianya dimiliki oleh puak Syiah. Di sepanjang sempadan teluk, situasi ini menjadi lebih teruk dari yang disangkakan. Di kebanyakan kawasan, penduduk setempat Sunni dinafikan hak mendapatkan lesen menangkap ikan, bagi membolehkan industri perikanan ini dikuasai oleh peneroka-peneroka baru Syiah (yang digalakkan kerajaan berhijrah ke situ).



Seperti yang dinyatakan sebelum ini, matlamat utama pihak kerajaan berbuat demikian adalah untuk mengubah populasi penduduk supaya golongan akan menjadi minoriti dalam wilayah mereka sendiri.

3) Polisi mengubah persamaan sosial dan memaksa penduduk tempatan berpindah. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi mewujudkan vakum dalam kawasan-kawasan majoriti Sunni, terutamanya di bandar Abbas, Gheshm, dan bandar sempadan wilayah Balushistan yang berhampiran dengan Negara-negara majoriti Sunni seperti Pakistan, Afghanistan dan Negara-negara teluk.

Apabila matlamat ini dicapai, pihak kerajaan akan akan mempunyai kawalan penuh terhadap kawasan majoriti Sunni dan pada masa yang sama dapat memutuskan hubungan yang terjalin sekian lama antara masyarakat Sunni dengan saudara sempadan mereka. Oleh sebab itulah, pihak regim Iran telah menggalakkan sekumpulan besar masyarakat Syiah untuk berhijrah ke Khorasan, Hormozgan, Balushistan dan Kurdistan.



Apabila Muslim Sunni menjadi minoriti, sudah tentu mereka tidak mempunyai undi mencukupi untuk menghantar wakil dalam Parlimen regim. Akibatnya, Muslim Sunni tidak akan mempunyai suara dalam polisi Iran. Jika didapati satu-satu kawasan itu masih bermajoriti Sunni, kerajaan akan menggunakan taktik menyuruh sebahagian penduduk berpindah ke kawasan majoriti Syiah, dan dengan cara ini Muslim Sunni tidak akan berpeluang menghantar wakil mereka ke parlimen.

Di beberapa kawasan dalam Balushstan, Kurdistan, Khorasan dan bandar sempadan dengan Afghanistan, keseluruhan penduduk kampung dipaksa meninggalkan tanah mereka untuk berhijrah ke kawasan lain di Iran. Sebaliknya pula, puak-puak Syiah ditempatkan di kawasan-kawasan yang ditinggalkan tadi. Antara contoh kawasan majoriti Muslim Sunni yang tempatkan dengan penduduk Syiah adalah seperti di Sarbaz, Bahokalat dan Rask di Balushstan.



4) Meminoritikan Muslim Sunni melalui kawalan kadar kelahiran. Kebanyakan Muslim Sunni tinggal di luar bandar dengan kadar pertumbuhan populasi sekitar 13% berbanding 3% di bandar. Dengan mengenakan kawalan kelahiran ketat secara jelas akan membawa kepada kesan yang buruk kepada struktur sosial dalam satu-satu kawasan. Beberapa siri kempen pemandulan lelaki dan wanita dilancarkan oleh agensi-agensi kerajaan bagi membendung populasi Muslim Sunni.

5) Penguasaan puak Syiah dalam angkatan tentera memang jelas. Ketakutan mereka kepada Muslim Sunni tidak pernah pudar sekalipun ramai di kalangan golongan muda Muslim Sunni telah dikenakan hukuman penjara, siksaan dan hukuman mati atas pelbagai dakwaan yang samar.



Sekalipun terpaksa merekrut Muslim Sunni sebagi tentera, mereka hanya akan ditempatkan di pejabat tanpa perlu membawa senjata. Dalam organisasi yang lebih penting seperti pengawal revolusi, tentera Sunni tidak dibenarkan langsung mengambil bahagian.

Dalam kementerian penerangan pula, keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana tiada seorang pun penjawat jawatan di kalangan Muslim Sunni. Perlu diingatkan bahawa ketua organisasi ini adalah Ali Fallahian yang sangat dikehendaki oleh Interpol. Beliaulah di belakang pembunuhan ketua-ketua pembangkang di luar Negara.

Regim Syiah di Iran sedar yang ia akan menerima nasib yang sama seperti Soviet Union iaitu Negara yang multinasional dengan populasi dari latarbelakang agama berbeza. Oleh yang demikian, mereka perlu menyiapkan diri menghadapi sebarang bentuk perpecahan di masa depan.

Sekalipun berdepan dengan pelbagai bentuk diskriminasi, penyiksaan, dan hukuman bunuh terutamanya di Baluchistan dan Kurdistan, pihak Syiah percaya golongan Muslim Sunni mampu bangkit untuk menentang kerana mereka memang terkenal sebagai pahlawan gagah berani lebih-lebih lagi kawasan yang diduduki mereka amat sesuai untuk gerakan memerangi diktator Syiah di Iran.



Pelbagai usaha dibuat bagi mengekang kebangkitan Muslim Sunni termasuk melarang para pemimpin agama Sunni menyuarakan pandangan mereka dan menghalang mereka menyebarkan sebarang bentuk risalah.


Syiah Perangi Sunni

Di awal revolusi Iran, pihak kerajaan telahpun memulakan usaha memerangi Sunni Muslim seperti yang dilakukan tentera Kristian dalam perang salib. Mereka menyebarkan propaganda dan kemudian memaksa mereka meninggalkan Sunni dan memeluk Syiah.

Pada waktu itulah pihak regim melakukan kerja-kerja ‘brain wash’ terhadap remaja-remaja Sunni. Antara kempen yang dilakukan oleh pihak regime adalah memperkenalkan perkahwinan sementara, iaitu “sigheh” yang turut disokong oleh bekas presiden Iran, Ali Akbar Hashemi Raftsenjani. Perkahwinan sementara atau Seigheh ini bertentangan dengan fahaman Muslim Sunni. Inilah salah satu cara memerangkap golongan remaja supaya memeluk Syiah.



Taktik lain yang digunakan pihak regim di wilayah tersebut ialah penginayaan dan penahanan tokoh-tokoh berpengaruh atas dakwaan yang meragukan. Telah berlaku banyak kes di mana ketua-ketua puak dijatuhi hukuman bunuh tetapi boleh dibebaskan dengan syarat ia mengahwinkan anak perempuannya dengan ulama Syiah. Dengan cara inilah, ulama Syiah tadi dapat masuk ke dalam populasi Sunni dan seterusnya mengembangkan fahaman mereka.

Dalam bidang pendidikan pula, tekanan yang dikenakan oleh regim keatas Sunni Muslim melalui bidang pengajian sejarah dan agama. Dalam pendidikan sejarah dan agama, semua angka dan fakta sejarah telah diubah. Keperibadian tokoh-tokoh terulung dalam sejarah Islam telah diaibkan supaya pemuda-pemudi Muslim Sunni hilang minat terhadap tokoh-tokoh tersebut, terutamanya bila ia berkaitan tentang pewaris Nabi Muhammad (SAW).

Sebaliknya, tokoh-tokoh agama Syiah diagung-agungkan seolah-olah mereka datang dari syurga. Dengan cara ini, apabila tamat pengajian, pelajar-pelajar tadi akan lebih cenderung memahami keperibadian Syiah dan kitab-kitab mereka, berbanding fahaman Sunni itu sendiri. Ini satu contoh jelas bagaimana ‘brainwash’ dilakukan.




12 Imam

Disebut juga Imamiah atau Itsna 'Asyariah (Dua Belas Imam); dinamakan demikian sebab mereka percaya yang berhak memimpin muslimin hanya imam, dan mereka yakin ada dua belas imam. Aliran ini adalah yang terbesar di dalam Syiah. Urutan imam mereka yaitu:

  1. Ali bin Abi Thalib (600–661), juga dikenal dengan Amirul Mukminin
  2. Hasan bin Ali (625–669), juga dikenal dengan Hasan al-Mujtaba
  3. Husain bin Ali (626–680), juga dikenal dengan Husain asy-Syahid
  4. Ali bin Husain (658–713), juga dikenal dengan Ali Zainal Abidin
  5. Muhammad bin Ali (676–743), juga dikenal dengan Muhammad al-Baqir
  6. Jafar bin Muhammad (703–765), juga dikenal dengan Ja'far ash-Shadiq
  7. Musa bin Ja'far (745–799), juga dikenal dengan Musa al-Kadzim
  8. Ali bin Musa (765–818), juga dikenal dengan Ali ar-Ridha
  9. Muhammad bin Ali (810–835), juga dikenal dengan Muhammad al-Jawad atau Muhammad at Taqi
  10. Ali bin Muhammad (827–868), juga dikenal dengan Ali al-Hadi
  11. Hasan bin Ali (846–874), juga dikenal dengan Hasan al-Asykari
  12. Muhammad bin Hasan (868—), juga dikenal dengan Muhammad al-Mahdi

Masjid Diroboh

Selepas didesak beberapa kali oleh Molavi Abdel Aziz, seorang pemimpin agama Sunni di Baluchistan, sekeping tanah telah diperuntukkan untuk komuniti Sunni membina masjid namun kebenaran untuk membinanya masih belum diterima hingga ke hari ini. Perlu juga dinyatakan di sini, iaitu sewaktu permulaan revolusi di mana regime Iran belum lagi mempunyai kekuasaan penuh terhadap Negara, pihak Muslim Sunni Berjaya membina banyak masjid di kawasan-kawasan majoriti mereka.


Malangnya pembinaan masjid baru telah menyebabkan pemimpin-pemimpin agama Sunni diinaya dengan dikenakan hukuman kerana kononnya bersekutu dengan “Wahabism”. Kes-kes begini telah menyebabkan masjid-masjid diruntuhkan atau disita oleh pihak regim.

Yang peliknya dalam ibukota Tehran sendiri, di mana terdapat berpuluh gereja, kuil Hindu, dan tempat ibadat agama lain, tidak terdapat walaupun satu masjid untuk Muslim Sunni. Inilah bukti bahawa regim Syiah amat takutkan Muslim Sunni, seperti apa yang dikatakan oleh Molavi abdul Aziz bahawa “mereka malah tidak membenarkan kita membuka kedai kerana takut nanti mereka akan menjadi bankrap, sementara pembinaan masjid dan sekolah agama pula akan menganggu mereka”.



Selepas itu, banyak masjid dimusnahkan satu demi satu. Sememangnya regim Islam Iran adalah satu-satunya kerajaan yang berbangga kerana meruntuhkan masjid di negara sendiri. Berikut adalah beberapa buah masjid yang telah dimusnahkan oleh regim Syiah Iran.

1) Masjid Sunni di Ahwaz adalah masjid pertama diruntuhkan dan di atas tapaknya dibina pusat penerangan sebelum perang Iran-Iraq.

2) Masjid Torbate-Jam disita pada 1982 dan kemudian dijadikan berek tentera.

3) Masjid Negor dan sekolah agama di Balushistan (chahbahr) – Dirobohkan dengan bulldozer. Pihak regim menuduh pemimpinnya bersekutu dengan Wahabism.

4) Masjid Saleh Abad dan sekolah agama disita.

5) Sekolah agama di Tawalesh – pemimpinnya ditahan- disiksa dan dipenjarakan.

6) Masjid Hassanian di Shiraz – masjid ini pimpin oleh Dr. Mozafarian seorang pakar fizik. Masjid disita dan dijadikan panggung wayang.

7) Masjid Shaikh Faiz Mosque di Mashed -berusia 200 tahun. Arahan dikeluarkan sendiri oleh pemimpin kerohanian Syiah Iran, Khomeini. Selepas itu, berpuluh-puluh lagi masjid di Zahedan dan Kurdistan dimusnahkan.


Bunuh Pemimpin Sunni

Selagi mana pihak regim gagal ‘mensyiahkan’ bangsa Baluchis, Kurdis, Turk dan lain-lain Muslim Sunni, selagi itulah taktik-taktik kotor digunakan samada melalui penginayaan, hukuman penjara atau hukuman bunuh ke atas pemimpin-pemimpin Sunni.

Program pembersihan seperti ini adalah bertujuan untuk mewujudkan vakum di kawasan majority Sunni supaya mereka hidup tanpa pemimpin. Apabila ini tercapai, mudah bagi kerajaan mengembangkan kekuasaannya melalui radio, tv dan sumber-sumber lain.

Perlu diingatkan di sini bahawa Khomeini berulangkali mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “kita musnahkan masjid-masjid Sunni tapi tiada reaksi apa-apa dari mereka, kita bunuh pemimpin mereka, juga tiada reaksi apa-apa dari mereka, oleh itu kita perlu rogol wanita mereka, kerana bagi mereka isu ini sangat sensitif, dan apabila mereka mula berprotes, barulah kita boleh hapuskan mereka”.

Dalam perkara berkaitan, seorang ulama muda Syiah mengaku telah merogol 60 wanita Sunni, dan kemudian telah ditahan dan dibunuh oleh kumpulan Sunni di bawah pimpinan Hameed Narooei (yang kemudiannya diracun oleh agen regim).

Berikut adalah beberapa tokoh penting Muslim yang ditahan dan dibunuh:

20 September 2010 - Sunnionline
KURDISTAN: Beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran menahan Ulama Sunni, Shaikh Mullah Muhsen Husaini, imam dan khatib masyarakat Sunni di bandar Kamyaran dalam wilayah Kurdistan.

Menurut HRANA, sebuah pertubuhan aktif hak asasi manusia di Iran, beberapa hari lalu pihak berkuasa rahsia Iran di Kamyaran menahan ulama Sunni yang juga seorang hakim Mahkamah Keluarga Kamyaran, dan ditempatkan di penjara yang tidak diketahui.

Dua minggu sebelum itu, Shaikh Husaini menyebut dalam khutbah Jumaat mengaitkan kerajaan mensabotaj usaha-usaha kearah perpaduan antara penganut Sunni dan Syiah. Ulama berkenaan telah beberapa kali ditahan sebelum ini kerana menyuarakan diskriminasi dan kemiskinan dalam kawasan masyarakat Kurdis.

TEHRAN: Abdolmalek Rigi yang digelar Umar Mukhtar kedua, ketua pemberontak kumpulan Sunni, Jundullah, yang melancarkan penentangan di wilayah Sistan-Baluchestan, digantung pagi Ahad lalu, lapor IRNA. “Selepas diputuskan dalam tribunal revolusi Tehran, Abdolmalek Rigi digantung pagi Ahad di penjara Ein Evin ,” kata IRNA.

Bahman Shakuri dari Tawalesh, sebuah bandar di bahagian barat Irana, dituduh kerana tidak mempercayai Imam 12 Syiah adalah nabi, dan dihukum bunuh pada 1988.

Shaikh Abdel Wahab Khafi dari Khorasan, dituduh bekerjasama dengan wahabism, akibatnya disiksa hingga mati pada 1990.

Dr. Ali Mozafarian seorang pemimpin agama Sunni Muslim dan seorang pakar bedah terkenal, telah disiksa dengan teruk dan akhirnya dihukum mati pada 1992 kerana tuduhan mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi.

Ayatollah Allameh Abu AlFazl Borqaie pemimpin agama Syiah terkenal sebelum revolusi, kemudiannya memeluk Sunni. Percubaan kali pertama untuk membunuhnya gagal. Kemudian ditahan dan dibuang daerah. Akhirnya meninggal pada 1992.

Allameh Ahmad Mofti Zadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Kurdis, menderita disiksa di penjara selama beberapa tahun sehingga membawa kematiannya pada 1993. Telah dibebaskan sebelum itu, tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan luar negeri.

Molavi Abdel Malek Mullazadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Baluchi. Moalvi Abdel Malek adalah anak sulung kepada pemimpin agama terulung di Baluchistan, terbunuh dalam serangan di Karachi oleh kumpulan pengganas Aid Mohamed Bamari yang didalangi regime Iran pada 1996. Kumpulan yang sama juga dipercayai terlibat dalam usaha menghapuskan pemimpin pembangkang Iran di Britain.

Molavi Abdel Naser Jamshid Zahi, dari Baluchista, Iran – seorang pensyarah di salah sebuah sekolah Islam Karachi terbunuh syahid bersama Movlavi Abdel Malek pada 1996 di Karachi.

Farouq Farsad dibunuh pada 1996 selepas dibuang daerah.

Molavi Qlandar Zahi dibunuh pada 1997.

Molla Mohammed Rabiei pemimpin agama Sunni Muslims di Kermanshah dibunuh oleh pihak perisikan Iran pada 1996. Beliau adalah penulis terkenal yang telah menghasilkan 40 buah buku dan artikel-artikel penting.

Dr. Ahmad Mirin salah seorang ulama terulung di Baluchstan dibunuh oleh pihak regime pada 1996 selepas ditahan di lapangan terbang Bandar Abbas.

source:mediasiber.blogspot.com

Anda Mungkin Juga Meminati:


No comments:

Post a Comment