Syiah ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam
selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan
oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan
dengan kepercayaan mereka.
Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni
pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang
merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah.
Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī menunjuk kepada
pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para
Ahlul-Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka
sebagai kafir [perlu rujukan].
Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah
merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini
mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas
kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar.
Sejarah
Syiah
Terdapat dua pendapat jelas tentang terhasilnya aliran
Syiah. Pendapat pertama mengatakan ketika berlakunya Perang Siffin di antara
Ali RA dan Muawiyah RA. Pandangan ini secara tidak langsung mengatakan bahawa
pengikut Ali RA beraliran Syiah manakala pengikut Muawiyah pula Sunnah wal
Jamaah. Namun demikian ia bukanlah begitu. Ijtihad yang dinyatakan oleh
Muawiyah didapati tidak benar dan pendapat Ahli Sunnah jelas lebih cenderung
kepada Ali RA.
Pendapat kedua pula mengatakan kemunculan Syiah setelah
kematian Husain bin Ali RA. Ketika beliau keluar daripada pemerintahan Yazid
bin Muawiyah atas panggilan penduduk Iraq yang akan menyokongnya di sana nanti.
Namun, mereka mengkhianati beliau dan menyebabkan beliau terbunuh di Karbala.
Akibat daripada pembunuhan itu, muncul sekolompok muslim
menuntut agar pembunuhan tersebut dituntut bela. Ada pula sekolompok yang lain
menghukum kelompok ini kafir kerana sudah terkeluar dari pemerintahan Bani
Umayyah. Lalu berlakulah pergaduhan dan menyebabkan beberapa orang daripada
kalangan penyokong Husain terbunuh dan mereka digelar sebagai Syiah.
Ini secara tidak langsung menjelaskan hubungan kuat
antara Syiah dan Husain RA berbanding Ali RA sendiri. Hari kematian Husain
disambut oleh para pengikut Syiah dan tidak pula hari kematian Ali.
Akibat dari peristiwa itu, wujud golongan yang menentang
pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan akidah, dan mazhab
fiqh mereka masih tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah. Mereka adalah pemimpin
awal Syiah yang masih bermazhab Sunni.
Aliran
Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil.
Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar.
Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau
Imamiyyah/Ja'fariyyah yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar
penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah,
al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah
dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa
diiktiraf oleh Syiah lain.
Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat
Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki
mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar
golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan
Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
Di Malaysia, aliran ini tidak dibenarkan melakukan ritual
harian dan ditolak fahaman mereka oleh Majlis Fatwa Malaysia. Golongan Syiah
telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia
termasuk Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan
bagi menghalalkan pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka.[perlu rujukan]
Mengikut
pandangan Syiah
Pengertian Syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah
seperti berikut:
Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali
dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah
as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim
benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada
Tuhannya dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang
bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi)
siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman
Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya
sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi;
yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari
musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang
dari musuhnya".
Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi
S.A.W lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya
Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi S.A.W
bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari
Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya
lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang
mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".
Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah
disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.
Yang dimaksudkan oleh oleh al-Quran dan hadith itu
bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan kata umum kepada pengikut
kepada sesuatu golongan pengikut, yakni golongan Ibrahim a.s, golongan yang
derhaka, golongan Musa a.s. Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda
mafhumnya: golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja
mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana
Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk
syurga.
Terbukti golongan pertama dan kedua itu puak Syaih dan
Khawarij. Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng
ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang
diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali.
Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras
Syiah kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS,
generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah r.a, pula
menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan
kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith.
Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS
sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak mengakuinya dan tidak
menerima baiah mereka itu.
Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah.
5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi
golongan Mazhab Syiah:
- Tauhid - Bahawa Allah s.w.t. itu Satu
- Adalah - Bahwaa Allah s.w.t. itu Adil
- Qiyamah - Bahawa Allah s.w.t. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat
- Nubuwwah - Bahawa Nabi dan Rasul yang ma'asum dilantik oleh Allah untuk mengajar dan membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.
- Imamah - Bahawa Allah melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul mahupun Nabi tetapi Imam.
Percanggahan
dengan Sunni
Puak Sunni kumpulan orang Islam yang memang berpegang
pada sunnah Rasul walaupun mazhab ini diasaskan secara lengkap setelah 200
tahun wafatnya Rasullah.
kajian dan penyelidikan yang natural sedakan syeikh
al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan
pada tahun 1959M, di majalah Risalatu al-Islam yang diterbitkan oleh Darul
al-Taqrib baina al-Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara
Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun 11
halaman 227 sebagai berikut:
1) "Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....."
1) "Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....."
Kemudian dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah
yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah
satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada
aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain...." "Kaum
Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari
kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa
berasaskan kebenaran...."
2) Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan
terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan
bahawa mazhab Ahlul-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh
Syi'ah daripada para imam Ahlul-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah
S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan
yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.
3) Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul-Bait
(isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang
lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan
dalil-dalil dari Ahlul-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang
asing (di luar rumah).
4) Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menolak dakwaan syiah
ini akan menerangkannya kepada kalian nanti.
5) Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W
yang menunjukkan kebenaran Ahlul-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan
Syi'ah. Sila lihat buku Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah
mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah)
khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang
insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.
Percanggahan Syiah daripada Sunni
(Mengikut Pandangan
Mazhab Sunni - Perkara di bawah adalah yang diamalkan oleh Mazhab Syiah)
Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti
berikut:
- >Khalifah diwasiatkan secara nas
- >Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
- >Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
- >Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin[perlu rujukan]
- >Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan oleh Islam Sunni
- >Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
- >Menolak Qias
- >Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir[perlu rujukan]
- >Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
- >Isu-isu Sunni dan Syiah (Mengikut Pandangan Syiah):
- >Khalifah/Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
- >Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
- >Sumber perundangan Islam adalah al-Quran, Hadith dan Aqal, qias ditolak sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan melakukan solat tetapi tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-Quran Iblis laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian adam dari tanah manakala Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.
- >Nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits."
- >Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W bertentangan dengan Kitabullah.
- >Solat jamak harus dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir).
No comments:
Post a Comment