Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah
atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah atau Sunni. Ahlussunnah adalah mereka
yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih
dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat
Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syiah.
Takrif
Ahlus Sunnah adalah orang-orang yang mengikuti sunnah dan
berpegang teguh dengannya dalam semua perkara yang Rasulullah berada di atasnya
dan juga para sahabatnya. Oleh kerana itu Ahlus Sunnah yang sebenarnya adalah
para sahabat Rasulullah saw.
Sejarah Fitnah
Terhadap Islam
Fitnah pada
saat wafatnya Rasulullah Muhammad
Ketika Rasulullah Muhammad saw wafat, maka berlakulah
salah faham antara golongan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang sepatutnya menjadi
pemimpin kaum muslimin. Para sahabat melihat hal ini akan mengakibatkan perang
saudara antara kaum muslimin Muhajirin dan Ansar.
Setelah masing2 mengutakakan pendapat untuk menentukkan
siapa Khalifah pengganti Rasulullah, akhirnya dipersetujui oleh kaum muslimin
untuk mengangkat Abu Bakar sebagai Khalifah.
Fitnah masa
khalifah ke-3
Pada masa pemerintahan khalifah ke-3, Uthman bin Affan,
berlaku fitnah yang cukup serius.
yang mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Uthman.
Pembunuhnya ialah suatu rombongan delegasi yang diasaskan oleh Abdullah bin
Saba 'dari Mesir yang hendak memberontak kepada Khalifah dan hendak
membunuhnya.
Abdullah bin Saba 'berjaya membina pemahaman yang sesat
untuk mengadu domba umat Islam untuk menghancurkan Islam dari dalam. Mereka
merancang dan berjaya membunuh beliau ketika beliau sedang membaca Quran.
Fitnah masa
khalifah ke-4
Segera setelah bai'at, Khalifah Ali mengalami kesulitan
bertubi-tubi. Orang-orang yang terpengaruh Abdullah bin Saba terus menerus
mengadu domba para sahabat. Usaha mereka berjaya. Para sahabat salah faham
mengenai kes undang2 pembunuhan Uthman.
Yang pertama, isteri Rasulullah saw, Aisyah, yang bersama
dengan Talhah dan Zubair berjaya diadu domba hingga terjadilah Perang Jamal
atau Perang Unta. Dan kemudian oleh Muawiyah yang diangkat oleh Uthman sebagai
Gabenor di Syam, mengakibatkan berlakunya Perang Shiffin.
Melihat banyaknya korban dari kaum muslimin, maka pihak
yang berselisih mengadakan ishlah atau keamanan. Para pemberontak tidak senang
dengan adanya keamanan diantara kaum muslimin. Kemudian terjadi usaha
pembangkangan oleh mereka yang pada awalnya berpura-pura / munafik. Merekalah
Golongan Khawarij
Tahun Jama'ah
Kaum Khawarij ingin merebut jawatan Khalifah. Tapi
terhalang oleh Ali dan Muawiyah, sehingga mereka merancang untuk membunuh
keduanya. Ibnu Muljam dari Khawarij berjaya membunuh Khalifah Ali pada saat
khalifah mengimami solat subuh di Kufah, tetapi gagal membunuh Muawiyah kerana
dijaga ketat.
Bahkan Muawiyah berjaya memperkasakan diri dan umat
Islam, cekap berpolitik dan ketegasan kepemimpinannya. Berbagai pertumpahan
darah mematangkannya.
Kaum muslim menyokong kuasa de factoMuawiyah. Maka tahun itu, tahun 41 Hijrah, disebut tahun
persatuan ('am al-jama'ah).
Sunnah
Madinah
Kaum muslimin mendalami agama berdasarkan Al-Quran, dan
memperhatikan serta ingin mempertahankan sunnah Nabi di Madinah. Akhirnya ilmu
hadis yang berkembang selama beberapa abad, sampai tuntasnya masalah pembukuan
hadis sebagai wujud nyata Sunnah pada sekitar akhir abad ke-3 Hijrah. Saat itu,
lengkap sudah kodifikasi hadis dan menghasilkan al-Kutub al-Sittah (Buku Yang
Enam) yakni oleh al-Bukhari (w. 256 H), Muslim (w. 261 H), Ibnu Majah (w. 273
H), Abu Daud (w. 275), al-Turmudzi (w. 279 H) , dan al-Nasa'i (w. 303 H).
Perkembangannya
kemudian
Ahlus-Sunnah pada masa kekuasaan Bani Umayyah masih dalam
keadaan mencari bentuk, hal ini dapat dilihat dengan perkembangan empat mazhab
yang ada di tubuh Sunni. Abu Hanifah, pengasas Mazhab Hanafi, hidup pada masa
perkembangan awal kekuasaan Bani Abbasiyah.
Mazhab /
aliran Fikih
Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh
Muslim Sunni. Di dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah
untuk diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat
fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih
pada tata cara ibadah. Para Imam berkata bahawa mereka hanya ber-ijtihad.
Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah dilarang, kerana
rujukan kita adalah Rasulullah saw.
Hanafi
Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah
yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat
di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir
bahagian Utara, separuh Iraq, Syria, Lubnan Turki, Uzbekistan, Turkmenistan,
Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgystan, China, Bosnia dan Palestin (campuran Syafie
dan Hanafi), Kaukasia (Chechnya, Dagestan). Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi 2
empayar islam terbesar iaitu Abbasiyah dan Empayar Uthmaniyyah (Turki)
Maliki
Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20%
muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan
Utara seperti Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mauritania, Mesir
bahagian selatan, Nigeria, Senegal dan Ghana. Mazhab ini mempunyai keunikan
dengan menyodorkan tatacara hidup penduduk Madinah sebagai sumber undang-undang
kerana Nabi Muhammad hijrah, hidup dan wafat di sana dan terkadang kedudukannya
dianggap lebih tinggi dari hadis.
Syafi'i
Diasaskan oleh Imam Syafie yang mempunyai penganut
sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utara Iraq,
Kurdistan, Iran (semasa zaman Seljuk), Mesir (semasa zaman Ayyubiyah), Somalia,
Yaman di wilayah Hadramaut, Indonesia , Thailand, Singapura, Filipina, Sri
Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara Malaysia dan Brunei.
Hambali
Bermula oleh para murid Imam Ahmad ibn Hanbal. Mazhab ini
diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab.
Mazhab ini merupakan mazhab yang saat ini dianut di Arab Saudi.
Anda mungkin juga minati:
Anda mungkin juga minati:
No comments:
Post a Comment