Saturday, February 2, 2013

Fenomena UAI


Ustaz Azhar Idrus

Siapakah susuk tubuh yang bernama Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini? 

Susuk tubuh ini telah menjadi fenomena baru di Malaysia ini. Merupakan tokoh Penceramah Bebas yang mampu menarik perhatian ribuan pendengar! 

Jom kenali UAI dengan lebih dekat lagi…

Biodata
Dilahirkan pada 12 Feb 1964, berasal dari Terengganu, Malaysia.  Mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (beliau merupakan Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa pada tahun 1978) dan Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor. Mempunyai lapan orang anak. Enam daripadanya anak dari isteri pertama.

Keluarga besar UAI,

Foto Keluarga UAI

Apa istimewanya UAI dari ribuan ustaz2 yang lain?
Dalam kuliah2 agamanya pendekatan yang digunapakai hingga mampu menarik perhatian ribuan pendengar adalah dengan menggunakan bahasa mudah (base orang kampong) dan pandai menyelitkan lawak jenaka... hingga ada yang memintanya masuk dalam pertandingan Raja Lawak!

Dimanakah beliau belajar dan mendalami bidang ilmu Agama? 

nah, tengok video ni...

Sejarah Kehidupan UAI


Fenomena baru...
Ribuan orang membanjiri Santai bersama dan Ceramah Agama diambang 2013 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Dianggarkan kehadiran mencecah 120,000 orang. Kebanyakan khalayak terdiri dari anak2 muda.  

Suasana Malam Bersantai Diambang 2013 di Shah Alam
 

Pada hari yang sama pihak Pembangkang Selangor juga mengadakan Majlis Hiburan Sambutan Tahun Baru 2013 di bawah naungan "Sayangi Selangor, Yakini BN" di taman tema I-City di Seksyen 7, juga di Shah Alam (hanya bersebelahan) dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan, malangnya majlis itu kurang mendapat sambutan dan  dipenuhi dengan ramai warga asing yang ingin berhibur.

 Antara aktiviti UAI... Ferari?

Cayalah Ustaz

Lagu rock tal leh laaa... Nashid udah deh...

Fotografer yang berbakat

Mung lari dulu jauh2.. biar aku nembok kene dok!

Rugged!

Jika nak jadi kawan di FB


@ Suka mendengar ceramah UAI dalam menambah ilmu agama. Ceramah UAI menggunakan bahasa daerah Terengganu. 3 perkataan yang tidak pernah dilupakan..  dok rok cetong, berat 66 dan JKK. hehe lawaklah ustaz ni... best!

No comments:

Post a Comment