Fergie |
Sir Alex Ferguson
Karier pengurusan awal
East Stirlingshire
Pada Jun 1974, Ferguson dilantik
sebagai pengurus bagi East Stirlingshire pada usia yang agak muda, 32 tahun.
Tugas itu merupakan kerja sambilan yang mana beliau dibayar sebanyak £40 setiap
minggu, dan ketika itu kelab tersebut tidak mempunyai seorang pun penjaga gol.
Ferguson dengan segera dikenali sebagai
seorang yang memiliki reputasi sebagai seorang pendisiplin yang ketat.
Kemahiran taktikal yang dimilikinya berjaya menaikkan prestasi pasukan.
Oktober seterusnya, Ferguson dipelawa
untuk menguruskan St. Mirren Walaupun pada ketika itu St. Mirren berada di
bawah East Stirlingshire dalam kedudukan liga, namun mereka adalah kelab yang
lebih besar dan walaupun Ferguson memiliki kesetiaan yang tinggi kepada East
Stirlingshire, beliau mengambil keputusan untuk menguruskan St. Mirren setelah
dinasihati oleh Jock Stein.
St. Mirren
Ferguson menjadi pengurus pasukan
daripada tahun 1974 hingga 1978, membawa pasukan menjulang gelaran Divisyen
Satu Scotland pada 1977. Lebih bermakna, beliau menggunakan kebanyakan pemain
muda dan stail permainan menyerang yang mengagumkan. Purata usia pemain yang
menjulang kejuaraan musim tersebut ialah 19 tahun, dengan kapten mereka,
Fitzpatrick, berusia 20 tahun.
St. Mirren adalah satu-satunya kelab
yang pernah memecat Ferguson sepanjang karier pengurusannya. Walaupun beliau
mendakwa pemecatannya adalah tidak sah, namun tribunal industri tidak
menerimanya dan Ferguson tidak diberikan peluang untuk merayu. Dikatakan punca
pemecatan Ferguson adalah disebabkan tindakan beliau dalam menguruskan
pembayaran gaji pemain, dan juga satu lagi punca adalah tindakan Aberdeen yang
cuba mendapatkan Ferguson tanpa berunding dengan St. Mirren terlebih dahulu.
Karier di Aberdeen
Kekecewaan awal
Menguruskan Aberdeen pada Jun 1978,
Ferguson menggantikan Billy McNeill yang bertugas selama semusim sebelum
menyertai Celtic. Walaupun Aberdeen adalah antara kelab utama Scotland, namun
mereka gagal memenangi gelaran liga sejak 1955.
Bagaimanapun pemain bermain dengan
baik, dan tidak pernah kalah dalam perlawanan liga sejak Disember dan
menamatkan musim lepas di tangga kedua.
Ferguson sudah menjadi pengurus selama
empat tahun, dengan usia yang hanya beberapa tahun lebih tua daripada kebanyakan
pemain dan beliau juga menghadapi masalah dalam menerbitkan rasa hormat
daripada pemain yang lebih senior seperti Joe Harper.
Musim itu agak kurang
baik buat Aberdeen, yang mana mereka mara ke separuh akhir Piala FA Scotland
dan final Piala Liga Scotland, namun tewas kedua-duanya dan menamatkan musim di
tangga keempat.
Pada Disember 1979, mereka tewas pada
final Piala Liga sekali lagi, kepada Dundee United dalam pertemuan ulangan.
Ferguson mengakui bahawa beliau wajar dipersalahkan, dengan berkata beliau
seharusnya membuat perubahan pada skuadnya pada perlawanan ulangan.
Kejayaan pertama
Aberdeen memulakan musim seterusnya
dengan buruk namun prestasi mereka meningkat secara mendadak pada tahun baru
dan mereka memenangi gelaran liga musim itu dengan kemenangan 5-0 pada hari
terakhir liga. Ianya merupakan kali pertama dalam 15 tahun yang mana liga tidak
dimenangi oleh sama ada Rangers ataupun Celtic. Ferguson menyatakan bahawa pada
ketika itu beliau mula dihormati oleh semua pemainnya.
Aberdeen meneruskan kecemerlangan
dengan memenangi Piala Scotland pada 1982, dan Ferguson ditawarkan jawatan
pengurus di Wolverhampton Wanderers namun ditolaknya kerana kedudukan Wolves
yang tidak stabil, selain daripada cita-citanya di Aberdeen yang masih belum
tercapai hatta separuh pun.
Kejayaan peringkat Eropah
Kegemilangan terus dicapai pada musim
seterusnya, 1982-83. Aberdeen layak ke Piala Pemenang UEFA setelah menjuarai
Piala Scotland pada musim terdahulu, dan dengan bergaya menyingkirkan Bayern
Munich yang sebelumnya menyingkirkan Tottenham Hotspur 4-1 pada pusingan
terdahulu. Ia memberikan semangat kepada pasukan dan berjaya menewaskan Real
Madrid 2-1 pada perlawanan akhir.
Aberdeen juga turut bermain baik dalam liga,
mempertahankan Piala Scotland setelah menewaskan Rangers 1-0.
Setelah bermula dengan sederhana pada
musim 1983-84, prestasi Aberdeen meningkat dan mereka memenangi gelaran liga
dan mempertahankan Piala Scotland. Ferguson dianugerahkan gelaran OBE pada
tahun 1984, dan ditawarkan jawatan pengurus di Rangers, Arsenal dan Tottenham
Hotspur.
Aberdeen mempertahankan gelaran liga pada 1984-85, namun sekadar
menduduki posisi keempat pada 1985-86 walaupun memenangi kedua-dua trofi
domestik. Ferguson telah dilantik memasuki lembaga pengarah kelab pada awal 1986,
namun pada April beliau memberitahu pengerusi kelab, Dick Donald tentang
niatnya untuk meninggalkan kelab pada musim panas.
Ferguson adalah antara staf
kejurulatihan Scotland ketika mereka melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 1986,
namun pengurus pasukan Jock Stein rebah di padang dan meninggal dunia pada 10
September 1985 - selepas tamat perlawanan yang mana Scotland layak daripada
kumpulan itu untuk perlawanan penentuan menentang Australia.
Ferguson
kemudiannya bersetuju untuk menguruskan pasukan menghadapi Australia dan
seterusnya Piala Dunia. Untuk membantu tugas antarabangsanya beliau melantik
Archie Knox sebagai pengurus bersama beliau di Aberdeen.
Sir Alex Ferguson |
Pada ketika itu, Tottenham Hotspur
menawarkan Ferguson tugas sebagai pengurus pasukan menggantikan Peter Shreeves,
namun beliau menolak dan tugas tersebut diberikan kepada pengurus Luton Town,
David Pleat. Begitu juga dengan tawaran daripada Arsenal untuk menggantikan Don
Howe, yang mana beliau sekali lagi menolaknya dan tugas itu disandang oleh
George Graham.
Musim panas itu, muncul spekulasi yang
mengatakan Ferguson akan mengambil alih jawatan pengurus di Manchester United
daripada Ron Atkinson, yang turun ke tangga keempat di Divisyen Satu Liga
Inggeris setelah permulaan musim yang cemerlang. Walaupun Ferguson kekal di
Aberdeen sepanjang musim panas, beliau akhirnya menyertai Manchester United
setelah Atkinson dipecat pada November 1986.
@next post Fergie & MU
No comments:
Post a Comment