Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar cadang untuk
malarang kemasukan motosikal ke sesetengah zon di bandar-bandar besar yang akan
dikategori sebagai “zon selamat.”
Rungutan orang ramai pun berbunyi..
Larangan motosikal masuk bandar tidak masuk akal, tidak
adil dan diskriminasi terhadap golongan penunggang motosikal.
Ada juga berpendapat, cadangan itu drastik dan ianya
langsung tidak menyelesaikan masalah jenayah jalanan. Jom dengar apa kata
mereka yang terlibat;
“Sebagai
seorang penunggang motosikal, saya akan menentang dasar ini habis-habisan
kerana cadangan ini adalah tidak masuk akal seolah-olah pihak Polis DiRaja
Malaysia (PDRM) gagal membanteras kegiatan jenayah sehingga mereka perlu
melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar.” -Kata Pengguna Motor
untuk hantar bini pergi kerja di PJ.
“Jika logik
ini boleh diterima, mengapakah polis tidak melarang penggunaan senjata-senjata
seperti parang, pisau yang juga boleh disalahguna untuk kegiatan jenayah?” -Kata
seorang ADUN PR.
“Cadangan ini juga ialah satu bentuk diskriminasi
terhadap penunggang motosikal. Mengapakah golongan penunggang motosikal perlu
dipersalahkan sedangkan terdapat cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah
ini? -Kata Pak Aji yang selalu pergi Chow Kit beli Makjun.
“Apa baranglah
dia ni.. agak-agaklah sikit, saya ni kerja despatch, takkan nak suruh saya
jalan kaki hantar semua surat ni! Akai ada kaa?” -Mat Despatch
“Apabila Tan Sri Khalid menyebut tentang adanya beberapa bandar di luar
negara yang melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar, soalan timbul
sama ada larangan ini dikeluarkan atas alasan yang sama?. Kalau ada, beliau
harus namakan bandar-bandar ini. Jika
ya, soalan yang kedua ialah adakah ianya berkesan dalam mengurangkan jenayah
jalanan? -ADUN dari DAP
“Kalau bimbang jenayah jalanan berleluasa, macamana
kalau mereka tukar pakai kereta pula? Tak cukup anggota, tambahlah lagi
anggota, diluar sana banyak lagi yang mengangur!. Jangan ingat semua yang pakai
motor tu jahat!.” -Pesara Tentera, 52 tahun.
“Kalau tak nak bagi motor
masuk bandar, ujudkan balik bas-bas mini kat kolompo ni, macam tahun 80an dulu”.
Kata Aku.
@ KPN silalah jawab
semua tu...
No comments:
Post a Comment