PENINDASAN KE ATAS UMAT ISLAM MINORITI SELURUH DUNIA
Ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa Filipina
mempunyai jumlah penduduk Islam yang agak ramai, dan mereka sedang bergelut
dengan penindasan, penderaan dan polisi tidak berperikemanusiaan selama
bertahun-tahun lamanya. Namun umat Islam di Filipina telah dibunuh dengan
kejam, dan mereka sedang menanti bantuan dari umat Islam di seluruh dunia bagi
membolehkan mereka terus hidup.
Kira-kira 90 peratus daripada populasi Filipina adalah
Katolik, walaupun situasi sebenarnya begitu berbeza sekali di bahagian selatan
pulau, yang mana populasinya adalah 70 peratus Katolik dan 30 peratus Islam.
Umat Islam terdiri dari bangsa Moro di Mindanao dan juga umat Islam yang
tinggal di Sulu. Kira-kira 97 peratus daripada penduduk Sulu beragama Islam.
Punca konflik di Filipina bermula pada tahun 1946,
apabila negara ini mendapat kemerdekaan selepas Amerika memerintah selama
bertahun-tahun. Tidak seperti umat Islam di Mindanao dan Sulu, kebanyakkan
masyarakat Kristian di Filipina tidak memberikan sebarang tentangan terhadap
kolonialis Amerika dan menerima gabenor yang mentadbir kehidupan mereka.
Amerika telah mendidik para pemimpin Filipina bagi
membentuk sebuah pentadbiran yang pro-Amerika. Apabila Amerika berundur, ia
telah meninggalkan kuasanya di bawah tangan Filipina, dan menerima Mindanao dan
Sulu sebagai sebahagian daripada Filipina. Jadi, umat Islam di situ berada di
bawah undang-undang Filipina.
Filipina telah mengenakan polisi-polisi yang mampu
mengukuhkan lagi kekuasaannya, dan secara khususnya telah mengambil tanah umat
Islam Moro. Undang-undang baru telah membolehkan Filipina merampas 24 hektar
tanah, tetapi ia telah dihadkan kepada 10 hektar bagi kes Moro.
Kesannya, berlakulah perpindahan rakyat Filipina ke
kawasan yang mempunyai umat Islam sebagai penduduk majoriti. Pada dekad di
antara 1966 dan 1976, 3.5 juta pendatang rakyat Filipina tinggal di kawasan
tanah umat Islam.
Pada 1 Mei 1968, Gabenor Cotabato, Datu Udtog Matalam
telah menubuhkan "Pergerakan Kemerdekaan Muslim" (MIM), yang
bertujuan untuk mencari kompromi dengan kuasa pusat di bawah pemerintahan
Presiden Ferdinand Marcos. Namun demikian, ia gagal mendapat sokongan, dan
tidak lama kemudian hilang begitu sahaja. Kerajaan pusat tidak menimbangkan
langsung perkembangan itu, sebaliknya melihat ia sebagai satu peluang untuk
meningkatkan lagi polisi-polisi anti-Moro.
Pada masa yang sama, Marcos mengisytiharkan dirinya
sebagai ketua Pasukan Bersenjata Filipina. Tidak lama selepas itu, beliau
mengumumkan undang-undang tentera, dengan berjustifikasi bahawa ia bertujuan
untuk menghapuskan pergerakan komunis dan penentang Islam di negara itu. Beliau
kemudian menggantung Perlembagaan, dan akhirnya menjadi seorang diktator yang
memerintah keseluruhan negara.
Sejak waktu itu, Marcos telah memulakan pembunuhan
beramai-ramai terhadap umat Islam, yang telah memulakan perjuangan menuntut
kemerdekaan. Kira-kira 50,000 orang Islam telah dibunuh dengan kejam, kemungkinan
termasuk 10,000 orang wanita dan kanak-kanak. Kumpulan penentang Islam bagi
menjatuhkan Marcos telah dikelolakan oleh anak-anak muda yang mendapat latihan
di Timur Tengah pada tahun 1960-an.
Kemunculan secara tiba-tiba dan menyeluruh Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro (MNLF) di bawah pimpinan Nur Misuari telah menumbangkan rejim
Marcos. Berlaku pertempuran berdarah di antara kerajaan dan ahli-ahli MNLF.
Sejarah umat Islam Moro di Filipina dipenuhi dengan
keganasan dan pembunuhan beramai-ramai. Sewaktu rejim Marcos berkuasa,
kampung-kampung dibakar, masjid-masjid yang terdapat orang di dalamnya dibom,
dan rogol beramai-ramai dilakukan.
Malah sehingga kini serangan dan penderaan masih
diteruskan, dan konflik telah berlaku selama bertahun-tahun. Apa yang umat
Islam Moro mahukan cuma kedamaian dan keselamatan, dan sebuah negara yang bebas
yang mana mereka dapat hidup dengan agama yang dianuti.
Marcos telah menubuhkan unit-unit pengganas yang dilatih
khas bagi menamatkan sokongan terhadap puak penentang dalam negaranya, terutama
sekali MNLF. Kumpulan-kumpulan ini, paling kejam dipanggil Ilaga, telah
melakukan tindakan-tindakan yang sangat mengerikan. Majalah berbahasa Turki
Nokta telah menceritakan tentang perihal mereka di dalam sebuah artikel yang bertajuk
"Kanibal Marcos":
Encik Kassam telah dihentak. Beberapa cebisan-cebisan
otak terkeluar dari tengkoraknya. Lelaki bersenjata yang lain berebut-rebut
untuk mendapatkan cebisan-cebisan tersebut. Ahli-ahli kumpulan Ilaga
berpendapat bahawa meminum darah dan memakan daging musuh mampu membuatkan
mereka kebal.
Satu kekebalan yang dahsyat!... Ahli kumpulan Ilaga, yang
ditubuhkan pada tahun 1970-an sewaktu kebangkitan Islam, telah mendera
beribu-ribu umat Islam sehingga mati.
Mereka percaya bahawa mereka mendapat kuasa yang sangat
luar biasa dengan meminum darah dan memakan daging manusia yang telah mereka
bunuh...
Mereka akan menyerang kampung-kampung dan membunuh
penduduk dengan kejam. Serangan-serangan itu kemudiannya berubah menjadi
rampasan dan rompakan. Sebuah botol yang dipenuhi dengan telinga manusia telah
ditemui di sebuah perkampungan Mindanao baru-baru ini, para pemiliknya masih
belum lagi dikenal pasti.
Perkampungan-perkampungan Islam telah dibakar sewaktu
serangan tersebut, dan harta benda milik bangsa Moro dirompak. Namun hanya
sedikit yang berubah apabila Marcos ditumbangkan dalam satu pemberontakan pada
tahun 1986.
Penggantinya, Corazon Aquino bercadang untuk menceroboh
dan menghapuskan umat Islam dengan cara yang lain. Sewaktu pemerintahan Aquino,
operasi ketenteraan dan pemberontakan telah diperkuatkan dan kerajaan secara
terbuka mengisytiharkan peperangan menentang pergerakan-pergerakan Islam.
"Polisi perang total" telah dilakukan oleh
Presiden Aquino, yang mengakibatkan penyingkiran lebih sejuta rakyat Filipina.
Bangunan-bangunan sekolah dan gereja digunakan sebagai tempat berlindung
keluarga-keluarga yang melarikan diri.
Penentangan ke atas umat Islam diteruskan selepas Aquino.
Perhubungan kemudian menjadi baik buat beberapa ketika, sebelum ia menjadi
tegang semula apabila masjid-masjid dibom pada tahun 1994.
Di sebaliknya, hakikat bahawa sebuah pertubuhan radikal
dan prokeganasan yang menindas asas-asas Islam pada masa yang sama telah
memburukkan lagi keadaan. Penyelesaian terhadap masalah di Filipina hanya dapat
ditemui sekiranya Manila meninggalkan polisi-polisi lapuknya yang bersifat
menindas.
Manila juga mesti mengiktiraf hak-hak umat Islam di
bahagian selatan, dan jika pergerakan-pergerakan teroris yang muncul dengan
mendakwa mereka mewakili umat Islam tetapi sebenarnya hanya membawa kerosakan,
dapat dihentikan dari terus berleluasa.
Persoalannya, siapakah yang akan membela nasib saudara
kita yang terbunuh, siapa lagi ingin mendengar tangisan anak kecil yang
kehilangan ibunya, adakah kita buta? atau kita buta hati, sehingga sanggup
membiarkan saudara seagama kita terus dibunuh, dan disiksa, dorogol. Dimanakah
semangat persaudaraan umat Islam, adakah kita terus berbangga mendabik dada
mengatakan kita Islam! Walau iman kita belum cukup sempurna dalam mengasihi
saudara kita melebihi diri sendiri..
Anda Mungkin Juga Meminati:
No comments:
Post a Comment