Kuala Lumpur: Mereka baru kenal, tetapi kerana terlalu mengikut rasa hati,
seorang remaja perempuan berusia 15 tahun akhirnya melalui hari gelap dalam
hidupnya apabila menjadi hamba seks kekasih dan dua lagi lelaki ketika dikurung
selama empat hari.
Dalam kejadian 28 Mei lalu, remaja berkenaan diajak teman lelaki baru
dikenali berusia 20-an itu keluar bersiar-siar di ibu negara. Lelaki itu
beriya-iya memujuk teman wanitanya itu bersiar-siar dan berjanji akan
menghantarnya pulang ke rumah di Cheras selepas itu.
Bagaimanapun, menurut sumber, selepas menjemput mangsa pada jam 5 petang,
lelaki terbabit mula mencari helah kononnya mahu berehat dan membawa remaja itu
ke rumah sewanya di Pantai Dalam, di sini. Katanya, mangsa tidak mengesyaki
akan berlaku perkara buruk kerana dua rakan lelaki terbabit ada bersama dalam
rumah berkenaan.
“Sebaik duduk di ruang tamu, mangsa diajak lelaki itu melakukan hubungan
seks dalam bilik. Namun, mangsa menolak pelawaan berkenaan menyebabkan lelaki
terbabit tidak puas hati lalu menarik mangsa masuk ke dalam biliknya.
“Mangsa mendakwa diperkosa lelaki itu sebelum dia dikurung dalam bilik
berkenaan,” katanya yang memberitahu mangsa kini trauma dengan tragedi hitam
itu.
Sumber berkata, lebih malang apabila mangsa turut diperkosa dua rakan
serumah lelaki itu secara bergilir-gilir.
Menurutnya, tidak tahan dijadikan mangsa pemuas nafsu, mangsa berikhtiar
pelbagai cara untuk lolos dan akhirnya berjaya melarikan diri selepas empat
hari dikurung teman lelakinya itu.
Difahamkan, mangsa melarikan diri sebelum menaiki teksi untuk pulang ke
rumahnya dalam keadaan trauma, namun takut menceritakan apa yang berlaku kepada
keluarganya.
Sumber memberitahu, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kelmarin selepas
dipujuk keluarga yang menyedari perubahan sikapnya dan dia kemudian dibawa
membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.
Sumber: hmetro
No comments:
Post a Comment