Sunday, June 30, 2013

Syaitan Menangis Melihat Anita Baharom





Syaitan kerjaya sepenoh masanya adalah untuk menyesatkan anak-cucu Adam sehingga hari kiamat. Itu janjinya dengan Allah. Kerja ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh, 25 jam sehari, 7 hari seminggu, sepanjang 11 bulan berkerja selagi ada bulan dan bintang,tanpa ambil MC walau seharipun. Syaitan akan dibelengu pada bulan Ramadhan.

Syaitan yang diketuai Iblis akan bersorak gembira apabila ada insan yang sudi menjadi kerabatnya, maka missi itu akan Berjaya bila ada bayi hasil hubungan haram di dalam tong sampah. Laki orang kerabat bini orang, bapak meliwat dan merogol anak, bermegah menogok arak di khalayak, wanita bertudung tapi telanjang dan lebih malang sekali, Pak Imam ditangkap berkhalwat dengan bini orang!

Apabila makhluk Allah bernama Syaitan ini tidak berjaya menyesatkan mana-mana insan yang beriman, akan menangislah Syaitan itu sampai ke hari kiamat pula…

Untuk melakukan sesuatu perubahan ke arah lebih baik amat sukar, selagi insan amat mencintai dunia dan terlupa akan mati jua suatu hari nanti… oleh itu aku sekadar berpesan terutamanya pada diri ini dan saudaraku sekelian. Untuk mencari keredhoaan Allah, pertama sekali lakukanlah solat sunat taubat. Wallahu a’alam.



Anita bahagia berhijab

Tiada kata dapat menggambarkan betapa tenang dan bahagianya Anita Baharom selepas berhijab. Tambah indah apabila keputusan itu mendapat sokongan penuh suami tercinta dan keluarga.

Penghijrahan bermula apabila dia mengerjakan umrah pada 10 Mei lalu, dan sejak itu banyak perubahan positif berlaku dalam hidupnya dan suami. Katanya, hajat menutup aurat sudah lama terdetik di tangkai hatinya namun apabila mahu melaksanakan kewajiban itu, terasa diri belum bersedia.

Ada ketikanya dia berat hati apabila memikirkan kesan keputusan itu terhadap kerjayanya, apatah lagi sebelum ini ada rakan artis merungut tawaran semakin berkurang sejak berhijab. Selama setahun hatinya berbolak-balik, namun dalam masa sama ligat memerhati penggayaan bagaimana paling cocok untuknya. Selepas puas mencongak, dia berazam melaksanakan impian yang tertangguh pada hari ulang tahunnya ke-30 pada 30 Januari lalu. “Sekali lagi percubaan gagal. Kebetulan ketika itu saya menjalani penggambaran drama Violet Kasih yang kini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 pagi di TV1.

Menerusi watak Violet, asalnya saya tidak bertudung namun di pertengahan cerita saya berhijab sehingga tamat 26 episod. “Saja jadikan watak itu sebagai latihan untuk saya bertudung. Terdetik di hati saya memang mahu terus menutup aurat bukan saja melindungi rambut daripada mata bukan muhrim, tetapi juga anggota tubuh lain.

“Saya juga mahu pastikan ibadah seiring dengan penghijrahan dibuat kerana sebelum itu saya ambil mudah. Banyak yang saya belajar sepanjang dua bulan di lokasi penggambaran. “Kalau boleh, saya mahu suami juga sama-sama berhijrah ke arah kebaikan. Pernah saya ajak suami mengerjakan umrah, tetapi dia sekadar mengiyakan tanpa ada tindakan lanjut.

“Apabila melihat perubahan artis yang kekal bertudung selepas mengerjakan umrah, keinginan untuk ke Makkah semakin kuat,” katanya. Tatkala menemani suami ke majlis makan malam sempena program terbitan Astro, Romantika pada April lalu, dia tanpa segan silu menyuarakan keinginan mahu turut serta rombongan penggambaran rancangan itu di Makkah dan Madinah. Kebetulan penerbit Romantika menyarankan suaminya menguruskan penggambaran di sana.

“Ketika itu, saya tumpang dengar perbincangan suami dan orang atasannya. Kalau ikutkan, saya tak boleh menyampuk kerana ia urusan kerja tetapi disebabkan terlalu teruja, saya tanya penerbit, boleh tak kalau saya ikut. Saya tak kisah bayar sendiri asalkan dapat mengerjakan umrah. “Saya dimaklumkan ada jemaah lain turut serta dalam rombongan itu dan masih ada kekosongan jika berminat.

Ketika itu saya tak fikir soal duit sebab depan mata sudah nampak Masjidil Haram. Dalam tempoh sesingkat dua minggu, saya perlu hidupkan kembali pasport, buat visa dan beli keperluan untuk ke sana. “Nak dijadikan cerita, ketika itu mak ada dengan saya dan dia mahu balik ke Sungai Petani. Saya minta dia jangan balik dulu sebab perlukan pertolongannya menjaga anak sepanjang ketiadaan saya. “Sebelum itu, saya tak pernah tinggalkan anak lebih dua minggu dengan sesiapa, termasuk mak. Saya betul-betul nekad. Setiap hari saya tanya suami, jadi tak rombongan itu dan dia pesan jangan kecoh kerana syarat bakal jemaah yang diletakkan kerajaan Arab Saudi kebelakangan ini semakin ketat.

“Dia tidak mahu saya hampa andai tak dapat pergi. Syukur, Allah makbulkan doa saya dan kami bertolak pada 10 Mei lalu. Sejak hari itu, saya terus bertudung dan menjaga aurat. Itu tekad saya walaupun tiada tawaran berlakon. Tiada lagi kebimbangan kerana saya percaya dengan rezeki Allah SWT,” katanya. Sepanjang mengerjakan umrah, pelakon Keluarga Iskandar ini banyak muhasabah diri. Terasa diri cukup kerdil, apatah lagi apabila segala urusan di sana dipermudahkan Ilahi.


Air mata pasti mengalir setiap kali terdengar azan, malah dia tidak putus-putus melafazkan rasa syukur kerana dapat berhijrah dengan seikhlas hati. Tambah bermakna apabila suaminya turut melakukan perubahan. Tidak sedikit pun mereka merungut apabila perlu berjalan jauh untuk menunaikan solat di Masjidil Haram, bahkan dia berasa sangat selesa bertudung. “Usia saya 30 tahun, sampai bila saya mahu berlengah?

“Syukur, anak juga ikut kami solat. Karier pula setakat ini tiada perubahan, masih ada yang panggil walaupun tahu saya bertudung. “Cuma baru-baru ini sebuah stesen TV menarik balik tawaran saya mengacara sebuah program kerana merasakan imej baru saya tidak sesuai. Tak mengapa, saya tidak ambil hati,” katanya.


No comments:

Post a Comment