Sunday, February 3, 2013

Kisah Aishah Dinoda Tentera Bashar



(Kisah penodaan kesucian gadis-gadis Sunni bernama ‘Aisyah’ di sebuah Kilang Gula kerana dendam kesumat Syiah) diterjemah oleh: Syria Care

Kisah ini telah diterjemahkan dari seorang gadis Syria bernama Aisyah di sebuah hospital Istanbul, Turki. Segala butiran maklumat berkaitan kisah ini dilengkapkan dari salah seorang warga Syria yang terselamat yang tinggal beberapa hari di kilang gula yang sama.

Pada 14 June 2011, tentera Bashar mengepung Jisr Al- Shughour, sebuah bandar Sunni dengan kekuatan 3,000 askar dan 200 kereta kebal.

Pada Jumaat 17 Jun 2011, jeneral-jeneral Bashar telah menangkap 30 orang penduduk awam lelaki dan dibunuh. Mayat mereka ditanam dalam Kilang Gula tersebut dan menutup kawasan tersebut dengan satu lapisan konkrit. Mungkin tiada tempat lain yang lebih sesuai, mereka mengubahsuai kilang tersebut untuk  dijadikan markas tentera.

Timbul idea di kalangan jeneral-jeneral terbabit, mereka perlukan ‘hamba-hamba Sunni’ untuk dijadikan hiburan. Mereka mengarahkan askar-askar untuk memburu dan menangkap gadis yang paling cantik dalam bandar tersebut yang bernama ‘Aisyah’. Sebanyak 20 orang wanita telah ditangkap dan dijadikan tawanan mereka.

Aisyah menceritakan, “Kali pertama kami memasuki kilang gula itu, kami dibogelkan, dicabul dan dipukul oleh tentera Bashar. Kemudian para jeneral tersebut mengarahkan orang bawahan mereka berhenti memukul kami kerana mereka (para jeneral) hendak menikmati tubuh badan kami yang bersih tanpa parut (akibat pukulan).” Kata Aisyah.

“Selepas beberapa hari, saya tidak kisah dirogol, ianya telah jadi sebahagian dari hidup saya, tapi sekurang-kurangnya jika mereka (para jeneral) hendak merasa tubuh saya, menyuruh saya menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan teh dan kopi, mereka seharusnya menyediakan pakaian untuk saya pakai, saya benci manjadi hamba yang berbogel, saya cuma harap mereka membenarkan saya menutup badan saya.” Kata Aisyah.

“Perbuatan memalukan terhadap kami dibuat dengan sengaja, kami dipilih kerana kami bernama Aisyah, jadi apabila para jeneral pulang dari perang, kami diarahkan untuk berbaris dan menjilat but-but mereka sehingga bersih, sebagai tanda terima kasih kepada mereka (para jeneral) kerana mereka mengatakan yang mereka membunuh ‘pemberontak’ dan melindungi kami dari dirogol.

Mereka selalu berkata: “Aisyah…mari ke mari dan jilat but aku”, “Aisyah…bawa kopi aku”, “Aisyah….Siapa ALLAH engkau sekarang?” dan juga beberapa lagi perkataan yang menjijikan.” Menurut Aisyah.

“Saya tahu apa akan berlaku kepada saya kerana saya menyedari yang mereka (anjing-anjing Basyar) hanya menangkap gadis-gadis muda yang cantik, tapi saya tidak pernah terfikir mereka memilih kami hanya kerana kami bernama Aisyah dan memalukan kami dalam segala bentuk, kemudian baru kami faham apa niat mereka sebenarnya.” Kata Aisyah.

“Pada hari pertama, dia (salah seorang jeneral) menyuntik sesuatu pada kaki saya menyebabkan saya tidak boleh bangun, saya cuma berharap dia menamatkan riwayat saya pada malam itu juga, tapi dia kemudiannya tidak lagi menyuntik kami selepas itu (hari-hari berikutnya)".

“Pada hari ketiga, mereka (anjing-anjing Basyar) membunuh salah seorang gadis. Gadis malang itu melawan mereka, kemudian mereka memotong puting payudara gadis tersebut.

Kemudian kami dapat tahu yang tentera-tentera tersebut merogol gadis itu dan membunuhnya serta menanam mayat gadis malang itu dengan “yang lain”. Pembunuhan itu hanya untuk menakutkan gadis-gadis yang lain untuk tidak melawan segala kehendak mereka.” Kata salah seorang yang terselamat.

“Kami semuanya takut,  jadi kami memastikan yang kami menggembirakan mereka (para tentera dan jeneral), kami memuaskan nafsu mereka walaupun di tempat umum, malah mereka memuaskan nafsu mereka diatas meja tempat mereka membincangkan cara-cara untuk memusnahkan bandar kami (meja strategi perang), hanya satu sahaja yang membuatkan kami selesa iaitu semasa kami memasak untuk mereka. Sudah tentu kami tidak dibenarkan untuk bercakap atau memandang wajah yang lain, tapi kami dapat menikmati makanan yang elok kerana kami yang memasaknya”. Kata Aisyah.

“Selepas 10 hari, mereka (anjing-anjing Bashar) bangun dari tidur dan terus menghilangkan diri, kami berbogel dan ditinggalkan bersendirian dalam kilang tersebut. Kami tidak berani untuk melarikan diri, kami tidak berani untuk bertanya sesama sendiri samada kami boleh bercakap atau tidak, kami benar-benar takut. Kemudian para pemuda dari kampong kami datang dan menyelamatkan kami”. Kata Aisyah.

“Alhamdulilah, saya telah selamat melakukan penguguran (dirogol berulang kali sehingga mengandung) dan saya boleh berjalan seperti biasa, saya masih ingat wajah-wajah mereka. Nama-nama mereka dan bandar-bandar mereka berasal. Saya bersumpah akan menuntut bela, hanya abang saya sahaja yang tahu kisah penuh saya.

Saya tidak boleh memberitahu keluarga saya kerana mereka akan menghalau saya selepas saya dirogol oleh puak Syiah, tiada lelaki yang akan mengahwini saya kerana dahulunya saya seorang hamba (seks), saya akan cuba menukar nama saya supaya tiada siapa mengenali saya”, Kata Aisyah menutup bicara.

No comments:

Post a Comment