Gambar ini asli dan berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang di Saluran 3, kata Adun Seri Serdang |
SERDANG:
Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat
kenyataan palsu dan menipu.
Ini ekoran
kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di
internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.
"Mereka
telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di
internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam,
sedangkan ini semua cerita karut. …more>
Berita Datuk
Wan Ahmad Wan Omar bohong disini
Ulasan:
1)Adalah lebih baik jika SPR mengaku bahawa SPR adalah salah satu parti kompenen BN. Itu lebih bermoral dari cubaan untuk menipu dulu, kini dan selamanya...
2)Sepatutnya sebelum kenyataan dibuat, selidik dulu dengan ketua pusat mengundi tersebut atau cuba hendak menutup cubaan untuk menipu lagi.
3)Untuk PRU akan datang:
-Mansuhkan terus undi awal atau undi pos. (banyak menipu).
-Jika tiada lampu kecemasan disediakan ditempat penjumlahan undi, setiap wakil calon wajib membawa lampu suluh sendiri. (belajarlah dari pengalaman lalu).
-Tong undi hendaklah dikunci oleh setiap wakil calon (beli sendiri) dan anak kunci itu tidak boleh diserahkan kepada sesiapa pun, kunci hanya dibuka di tempat penjumlahan undi sahaja. Jika didapati kunci telah ditukar, ini bermakna penipuan telah berlaku. Laporan polis harus dibuat. (polis boleh dipercayai ke?). ketua pusat mengundi harus bertanggungjawab, tangkap+dibicarakan = bersalah? harus dipecat tanpa diberikan pencen.
NOTA: Polis hanya boleh dipercayai JIKA berani menangkap Menteri Dalam Negeri, atau mana-mana Menteri JIKA menteri itu salah laku...
Persoalannya: Beranikah anjing itu menggigit tuannya sendiri?? (kiasan saja, bukan bermakna polis itu anjing..)
No comments:
Post a Comment