Friday, May 3, 2013

BN Sogok Pengundi Dengan Sekampit Beras 5kg, Apa Pula Kata Encik SPR?




Beras '1Malaysia' didakwa diedarkan di Klang

Penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa berlaku kejadian membeli undi di kawasan Pandamaran.

Beliau mendakwa bahawa antara jam 9 pagi hingga 10 pagi semalam, sebuah treler berhenti di kawasan itu dan mengedarkan beras dalam beg biru 1Malaysia yang jelas memaparkan tanda 'x' di sebelah logo BN.

Jangan lupa ya mak cik!.. I help U, U help me!
Dalam satu kenyataan, Santiago mendakwa perbuatan tersebut telah memperolok-olokkan ikrar integriti penyandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ditandatangani dengan Transparency International Malaysia, di mana ia antara lain, termasuk ikrar tiada wang atau barangan akan digunakan untuk memancing undi semasa tempoh pilihan raya.

"Saya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melakukan sesuatu kerana ini adalah perbuatan membeli undi dengan memberikan beras," katanya yang menyertakan beberapa gambar yang didakwa diambil di tempat kejadian.

hanya terdapat di Malaysia..
 Sedarlah wahai umat.. MARUAH mu bukan hanya pada sekampit beras 5kg, sekilo tepung dan sebungkus kari...



@Asal Bukan Cap Dacing

No comments:

Post a Comment