Faham berita ini?
Bapa kehilangan anak..
Dua Anak kehilangan ibu..
Mongolia kehilangan model..
Razak Baginda kehilangan Penterjemah...
Bapa Altantuya rayu keadilan untuk anaknya
Shaariibuu Setev - bapa kepada Altantuya yang mati dibunuh - merayu
kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan
kepada Altantuya yang tarikh lahirnya jatuh pada tanggal 6 Mei.
Dalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu (gambar) berkata kedua-dua anak lelaki Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh dengan
kejam di Malaysia - telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.
"Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak
pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat
Malaysia," katanya.
Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan
sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun.
sexy dan slim dari...? |
Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan
pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.
"Saya ingin meminta semua rakyat Malaysia supaya mengundi untuk
keadilan kerana pilihan raya berlangsung sehari sebelum hari lahir Altantuya,
pada 6 Mei," kata Shaariibuu dalam kenyataan tersebut.
Kalaulah Altantuya masih hidup, kata Shaariibuu, anak perempuannya itu akan berusia 35 tahun
pada hari Isnin ini.
Peguam NGO hak asasi manusia Suaram, Fadiah Nadwa Fikri bertemu dengan Shaariibuu minggu lalu, ketika menghadiri satu persidangan
di Ulaanbataar, iaitu ibunegara Mongolia.
Shaariibuu bertemu dengan Fadiah dan mengeluarkan kenyataan tersebut yang
beliau mahu dikeluarkan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment