Shah Alam: Bapa kepada tujuh anak, Mior Yazid Ahmad, 44,
muncul juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3), sekali gus menewaskan tiga
pesaing terdekat pada pertandingan akhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah
Alam (MBSA), di sini, malam tadi.
Kelantangan vokal serta persembahan meyakinkan
melayakkannya membolot ganjaran utama bernilai hampir RM150,000, berupa wang
tunai RM50,000 dan kereta Nissan Livina X-Gear.
Mior Yazid membawakan lagu Purnama nyanyian asal Search
bersama dendangan baru berjudul Sampai di Sini ciptaan Adnan Abu Hassan. Dia
yang bekerja sebagai mekanik turut menerima Anugerah Khas Juri berupa wang
tunai RM5,000.
'Rock Kapak' Yang Belum Mati... |
Idris naib johan
Sementara itu, Idris Mohd Shabidin, 51, pula menjulang trofi
naib juara yang membolehkannya menerima wang tunai RM30,000, manakala ketiga
dimenangi Silahuddin Ali, 52, membawa pulang wang tunai RM15,000.
Bagaimanapun, seorang lagi finalis, Alina Hassan, 45,
terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila menduduki tangga ke empat.
Datuk Shake jadi
juri
Pertandingan nyanyian realiti membabitkan peserta 40
tahun ke atas itu menggunakan 70 peratus pemarkahan juri profesional manakala
bakinya daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.
Selain juri tetap, Datuk Ramli MS dan Ziana Zain, malam
kemuncak turut diadili juri undangan, Datuk Shake.
Sejak cabaran bermula April lalu, seramai 10 peserta
pilihan berdepan cabaran selama 10 minggu, namun selepas saringan hanya Mior
Yazid, Alina, Silah serta Idris yang mara ke peringkat akhir.
Jom lihat kehebatan Otai Rock beraksi,
@Sebelum ini brader menyorok dimana? dah dekat senja baru timbul...
No comments:
Post a Comment