Setengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran
merupakan cara yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan
hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikamah Arab
menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain
daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)." Seorang
cendiakawan Islam berujar, "Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan
sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun."
"Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu)
membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah
mereka tidak perlu memakai cermin mata.".
Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar.
Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher,
kerongkong dan fikiran. Prof. Arnold Ehret, pengasas kepada Sistem Perubatan
"Ehretisme" dan "Mucusless Diet Healing" melaporkan bahawa
menurut pendapat dan pengalaman peribadinya bahawa sebaik-baik latihan jasmani
untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi.
Al-Quran pun merupakan sejenis 'nyanyian' kerana
Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata
lain ialah dengan menyanyi. Prof. Arnold mengakui bahawa apabila seseorang itu
bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan
menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ
dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang terbagus kepada organ-organ dan
membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.
Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher
akan bergerak-gerak dan terurut. Pergrakan otot-otot di seluruh muka dan leher
akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka
seperti 'Bell's Palsy' iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka.
Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda.
Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran
(concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan
untuk belajar dan mengingat.
No comments:
Post a Comment