Serangan Melampau Media Tidak Baik Untuk Demokrasi Malaysia
Pensyarah
Kanan Komunikasi Politik, UMS Dr Jeniri Amir berkata, tindakan media arus
perdana yang menyerang Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)13 jelas
bertentangan dengan semangat reformasi yang dirumuskan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR).
Semangat
reformasi itu tidak dipatuhi malah jelas dalam laporan media perdana bukan saja
tidak adil atau seimbang tetapi tidak beretika.
“Ianya
tidak baik dari segi demokrasi Malaysia. Demokrasi Malaysia harus melangkah ke
hadapan iaitu melapor laporan yang seimbang”.
berita pemecah berita.. |
“Lebih
penting bagi saya laporan yang tidak bersikap negatif dengan mana-mana pihak”.
“Apa yang jelas katanya dalam media berkenaan didapati
bercanggah dengan keputusan yang dibuat dan salah dari segi etika kewartawanan
yang tulen”.
Katanya, ini kerana pihak-pihak tertentu mengamalkan
laporan tersebut untuk menghalalkan cara bagi memastikan kemenangan malah
mendedahkan keaiban pihak lawan dan sebagainya”.
Bagaimanapun khalayak yang matang tidak terpengaruh
dengan laporan sedemikian sebaliknya akan mengasingkan diri dari media-media
tersebut.
berita box-office |
“Ini risikonya bahkan sudah jelas dapat dilihat
pilihanraya 2008 dahulu. Media arus perdana diasing dan dipulaukan hingga
terjejas jumlah penonton dan juga pembaca”. Ujarnya
Beliau berkata kerajaan BN menggunakan semaksima mungkin
media yang dimiliki dan dikuasai mereka untuk mencapai agenda dan tujuannya
walaupun bercanggah dengan keputusan yang dibuat.
Apapun beliau percaya pembaca sekarang, pembaca yang
matang bijak menilai mana berita yang baik, mana berita yang tidak baik.
Berdasarkan semakan terbaru beliau melihat media on-line lebih seimbang.
Najib nazak..muhyiddin baca yassin |
Beliau berkata, sekian lama media perdana tidak beri
ruang langsung kepada Pakatan Rakyat. Strategi yang beliau lihat, agenda dan
strategi yang digunakan melaporkan tentang baik-baik terhadap BN.
Kemudian katanya, mereka kena laporkan berita negatif
tentang Pakatan Rakyat dan kalau ada berita negatif berkaitan BN perlu
dipadamkan secara habis-habisan.
Secara peribadi beliau tidak mengharapkan keseimbangan
yang total, itu katanya lagi mustahil kerana peribahasa mengatakan ‘Siapa yang
membayar seruling akan menentukan lagunya’.-harakah
No comments:
Post a Comment