Wednesday, May 1, 2013

Panas! Brahim Ali Cuba Serang TGNA, Tapi Terkantoi Kerana Kurang Cerdik..






Brahim Ali cuba menyerang TGNA dakwa semasa jadi MB miliki tanah 27 lot dengan nilai lebih 10 juta. “Terkejut dengan berita itu yang nampaknya TGNA berimej Zuhud”. Katanya.  
Faham tak berita ini?.. Brahim Ali cuba kaitkan TGNA dengan salah guna kuasa.. Maksudnya, TGNA rembat tanah rakyat! Usaha untuk mencalarkan imej TGNA tak lebih dari itu.

Jika betul2 iklas berjuang untuk rakyat.. tak payahlah nak keluar statement di media, lebih2 lagi PRU dah tinggal 4 hari lagi. Apa salahnya sabar sikit Brahim oii.. tak sampai seminggu lagi pown, bila DUN bersidang nanti kemukakan hujah tu dalam DUN. Mintak penjelasan biar semua orang tahu..

Brahim ni dah tak ada isu sebenarnya.. bukannya dia tak tahu, Elaun Perumahan (rm5,000), Elaun Sambutan Hari Raya (rm30,000) pown dia tak ambik.. dipulangkan balik pada kerajaan untuk jimat duit rakyat.

“Pada masa sama meminta EXCO kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, menghantar semua bukti perjanjian mengenai tanah terbabit kepada peguam saya,” -Brahim Ali

Bila sudah kantoi pandai2 pula keluar arahan... ko tu sape? Pada pandangan mata masyarakat.. hanya pencacai tua yang nak menyelamatkan Madey...
  
Duduk rumah sendiri. Tiada Pengawal, tiada tukang kebun..
Akui tanah atas nama Nik Aziz

Kota Bharu: Kerajaan PAS Kelantan mengakui semua 14 lot tanah seluas 1.76 hektar di Bandar Baru Tunjong, di sini, atas nama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, memaklumkan nama Nik Aziz atas lot berkenaan adalah atas kapasitinya sebagai Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di mana beliau dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi pihak PMBK.

“Bagi menjaga kepentingan PMBK dan mempercepatkan proses pindah milik, pengurusan PMBK pada 2007 membuat keputusan supaya Tuan Guru dinamakan sebagai Pemegang Amanah dan ia disahkan menerusi Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 antara PMBK dan Nik Aziz yang kekal berkuat kuasa sehingga hari ini.

“Berdasarkan fakta ini, beliau bukanlah pemilik bagi 14 lot tanah seluas 1.76 hektar seperti didakwa, kerana pemilik sebenar adalah PMBK,” katanya ketika membaca kenyataan di Bangunan Kompleks Darulnaim, di sini, semalam.

Semalam, BH melaporkan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali meminta Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak mengisytiharkan harta kerana didakwa memiliki 27 lot tanah yang nilainya mencecah lebih RM10 juta.

Ibrahim mendakwa, Nik Aziz memiliki 14 lot tanah di Bandar Baru Tunjong, manakala isterinya memiliki 13 lot di sekitar Kota Bharu, termasuk dua daripadanya dipajak kepada PETRONAS selama 40 tahun untuk membina stesen minyak PETRONAS di Pulau Melaka.

Sementara itu, Nik Aziz ketika ditemui, mengesahkan beliau hanya pemegang amanah kepada tanah berkenaan.

“Saya sudah katakan, jika tanah yang didakwa itu milik saya 100 peratus, saya hendak beri saja (percuma) kepada pihak berkenaan,” katanya.
Berita lanjut disini


No comments:

Post a Comment