Wednesday, May 1, 2013

Sebijak Sidek Sigaraga Pun Boleh Kena Tipu!




Kah..kah..kah...
Sape kata India ni bodoh.. sebenarnya otak dia bergeliga macam Sidek Sigaraga...
Jumpa Najib dapat 1 juta.. Jumpa Muhyiddin dapat 1 juta pulak..
Jumpa Madey dapat lagi 1 juta... senang2 dapat 3juta!
Pusing punya pusing.. kena kat dia! kah..kah..kah..

Teringat la pulak dialog P. Ramlee..
Dah tahu muka tu muka penipu... yang korang bijak pandai tu, boleh kena tipu fasal apa! Kah..kah..kah..


N.Ponnusamy sudah 3 kali umum keluar PKR

PERMATANG PAUH: Individu India yang mengistiharkan diri keluar parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya dua hari lepas pernah mengumumkan keluar parti dua kali sebelum ini.

Naib Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Abdul Jalil Che Ros dalam kenyataan berkata, N. Ponnusamy bukan Pembantu Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang tonjolkan dalam media sebaliknya jawatan tersebut dilantik oleh beliau sendiri kononya mewakili kaum India.

"Mana mereka ambil sehingga 1,200 orang India sedangkan di bahagian Permatang Pauh sendiri hanya 440 sahaja ahli PKR keturunan India," terangnya.

Baginya, pertama kali N.Ponnusamy istihar keluar parti ialah kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan  Datuk Seri Anwar.

Keduanya beberapa bulan lalu di mana beliau berserta 200 orang ahli PKR Permatang Pauh keluar parti dan sertai DAP kerana kecewa dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman kerana langsung tidak memperdulikan nasib masyarakat India.

Manakala pada 28 April sekali lagi N.Ponnusamy sekali lagi buat pengumuman keluar parti bersama 1,200 ahli PKR menerusi jurucakap kumpulan terbabit bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala.

"Peristiwa terbabit amat memalukan.  Semua kepimpinan Umno termasuk calon BN Parlimen Permatang Pauh, Dr.Mazlan Ismail diperbodohkan begitu sahaja," ujarnya senyum sinis melihat Umno sudah terkena perangkap N.Ponnusamy. -harakahdaily

No comments:

Post a Comment