Kisah seseorang yang menghina agama Islam ini boleh
dijadikan iktibar, sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan; bahawa AGAMA
YANG DIREDHAI ALLAH IALAH ISLAM.
Firman Allah Taala,
maksudnya: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
(85, Ali Imran).
Ikuti kisah ini...
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan
cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi
di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan
tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak
nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang
perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu,
ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:
“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih
baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:
“Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak
ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri
tidak pernah menasihatiku?
Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan
aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan
aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris
perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat
itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka,
Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik
di Neraka Jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan
perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada
yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda
yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu
menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis
seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik
kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan
yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu
terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan
jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa
jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga
orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya
mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa
gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas
segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum
Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan
arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi
kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan
menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang
bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul
‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin
melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang
sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh
majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara
anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu
sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut .
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang
yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah
s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan
agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita,
Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh
sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan
sana.
Sumber:dipetik dari fb
Hina Islam, Bush dibisukan...
No comments:
Post a Comment