SHAH ALAM - Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya
dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat danmendapat liputan
meluas media sejak tiga tahun lepas, akhirnya tiba dipenghujung semalam.
Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas
bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas mendapati mereka
bersalah melakukan perbuatan itu.
Pathmanabhan bersama T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan
didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam
Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin,
44.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang,
Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos
2010.
Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33,
didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun
sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa membacakan keputusannya,
menyifatkansiasatan polis dalam kes itu 'bertaraf dunia', dan kejayaan
menyelesaikan kesberkenaan dalam tempoh tidak sampai dua tahun adalah hasil
kerjasama baik yangditerima daripada pendakwaan serta pembelaan yang turut
disifatkan beliausebagai 'bertaraf dunia'.
Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu yang menjadi tumpuan
masyarakat:
30 Ogos 2010: Sosilawati bersama Noorhisham, Ahmad Kamil dan
Kamaruddindilaporkan hilang selepas ke Banting atas urusan jual beli
tanah.
6 Sept 2010: Kereta BMW X5 hitam bernombor pendaftaran WTL 11 yang
digunakanSosilawati pada hari beliau dilaporkan hilang ditemui di tempat letak
keretaflat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya manakala kereta BMW hitam
bernomborpendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di depan kawasan perumahan
teres duatingkat berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.
9 Sept 2010: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.
11 Sept 2010: Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga
seorangpeguam, turut ditahan bagi membantu siasatan.
12 Sept 2010: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri
MohdBakri Zinin mengesahkan keempat-empat individu berkenaan dibunuh dengan
kejamsebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke
dalamsungai berhampiran.
13 Okt 2010: Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan
Kathavarayandihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan
membunuhSosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.
15 Okt 2010: Mahkamah Majistret Telok Datok menjatuhkan hukuman
penjaratujuh tahun terhadap U.Suresh dan K.Sarawanan yang mengaku bersalah
menghapuskanbahan bukti dalam pembunuhan itu.
21 Feb 2011: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh tahun
penjarakepada 20 tahun ke atas Suresh dan Sarawanan kerana melupuskan bahan
bukti dalampembunuhan itu.
4 Julai 2011: Perbicaraan kes bunuh bermula di Mahkamah Tinggi Shah
Alam.
3 Nov 2011: Pakar perunding forensik Dr Nurliza Abdullah dari
JabatanPerubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan
mengesahkanbahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang ditemui di sebuah sungai
dan ladang diBanting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat
individuberkenaan, berkemungkinan besar tulang atau gigi manusia. Beliau juga berkata semua tulang itu
menunjukkan kesan pembakaran ataupendedahan pada suhu haba amat tinggi, iaitu
sekurang-kurangnya 800 darjahcelcius ke atas.
10 Nov 2011: Dr Norhayati Jaffar, yang bertugas di Jabatan
PerubatanForensik HKL memberi keterangan mengesahkan tujuh daripada 10 sampel
gigi yangditemui di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, adalah gigi manusia.
31 Jan 2012: Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon
memberiketerangan mengesahkan profil DNA Noorhisham diperoleh daripada kesan
darah padakayu kriket. Beliau juga mengesahkan profil DNA Kamaruddin dan Ahmad
Kamildiperoleh daripada kesan darah pada kepingan zink yang dijumpai di ladang
kelapasawit Sungai Arak, Banting.
30 April 2012: Hakim Akhtar memerintahkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan,
Matandan Kathavarayan membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati,
Noorhisham,Ahmad Kamil dan Kamaruddin selepas pendakwaan berjaya membuktikan
kes primafacie.
23 Mei 2013: Hakim Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke
ataskeempat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh
Sosilawati,Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. - Bernama
No comments:
Post a Comment