Friday, May 24, 2013

Apa Yang Rakyat Malaysia MAHU??




Bila kerajaan BeeEnd Gagal dapatkan sokongan pengundi Cina dan bandar (baca pengundi Gen Y) heboh mengatakan mereka tidak mengenang budi, rasis. Lagi sedih, siap disuruh pindah ke negara lain lagi... Dihangatkan pula dengan berita sensasi APA CINA MAHU?..

Umum tahu, negara Malaysia kaya dengan sumber aslinya, dari petrolium, perladangan ditambah pula dengan sumber pembuatan mahupun perkhidmatan. Malah dianggap lubuk emas! Jika tidak masakan ramai warga asing yang mencari rezeki disini malah sanggup pula masuk secara haram.

Namum kekayaan negara hanya dinikmati pada golongan yang bijak (baca menipu) untuk mengumpul kesenangan. Hakikatnya kebanyakan rakyat Malaysia masih berada di takuk lama. Sudahlah bergaji kecil, ditambah dengan pelbagai hutang dan cukai. Natijahnya rakyat hidup agak sederhana saja. Kuasa membeli sudah tidak ada lagi...

Menjawab soalan APA RAKYAT MALAYSIA MAHU!.. jawapan itu ada di bawah! Apa yang ada di Malaysia tidak terdapat di Singapura, dan apa yang ada di Singapura tidak terdapat di Malaysia!
  

Pendapatan purata rakyat Singapura tertinggi di dunia

Singapura: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam menobatkan pendapatan purata rakyat Singapura sebagai yang tertinggi di dunia berdasarkan kepada pendapatan perkapita dan kemampuan daya beli negara itu.

IMF mencatatkan secara purata pendapatan setiap rakyat Singapura dalam setahun ialah AS$61,567 (RM186,824).

Jumlah itu meningkat dua peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Dengan pendapatan itu, Singapura mengungguli empat negara lain - Norway, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan Switzerland.

Norway sebagai pesaing terdekat mencatat pendapatan purata $56,663 (RM171,943) dan Amerika Syarikat masih kekal di kedudukan lima teratas walaupun negara itu menghadapi masalah kelembapan ekonomi.

Dalam kenyataan itu, IMF juga meramal kekayaan rakyat Singapura akan terus meningkat kepada $77,000 (RM233,656) pada 2018.

Dari segi lain, pemimpin republik itu terus mengukuhkan kedudukan negara berkenaan sebagai hab perniagaan konglomerat antarabangsa bagi menarik syarikat multinasional menyuntik modal di republik itu.

IMF menyasarkan Singapura sebagai ‘syurga bebas cukai.’

Dengan cukai yang rendah golongan mewah dari pelusuk dunia memilih untuk berhijrah dan menetap di Singapura. Pengasas bersama Facebook, Eduardo Saverin dan usahawan hartanah Australia Brett Blundy antara contoh terbaik.

Singapura juga dijangka menewaskan Switzerland sebagai pusat golongan kaya menyimpan harta kekayaan mereka pada 10 tahun akan datang. – Agensi


No comments:

Post a Comment