Friday, May 31, 2013

Tempoh Hayat Search





DALAM belantika muzik Malaysia, nama grup Search merupakan nama yang paling dominan dalam genre muzik rock.Menyebut nama Search, apa yang turut ligat dalam pemikiran peminat mereka adalah katalog untaian lagu yang sentiasa malar segar.

Antara yang paling melekat dalam pemikiran hampir semua generasi yang membesar sekitar tahun 80-an ialah lagu Isabella atau Fantasia Bulan Madu.

Itu belum diambil kira jika anda merupakan peminat tegar Search, maka lagu-lagu seperti Pawana, Isi Atau Kulit, Langit Dan Bumi mahupun Gothic Malam Edan adalah untaian lagu biasa yang menjadi 'perhiasan' bibir setiap kali grup tersebut mengadakan persembahan.

Awal Kemunculan, Dari kiri: Nasir, Din, Yazit, Amy, Hillary Ang
 
Selain begitu terkenal dengan lagu-lagu malar segarnya, Search pada ironinya menjadi ikutan kerana karakter fesyen dan karisma setiap anggotanya. Vokalisnya, Amy sentiasa tampil dengan fesyen yang menjadi ikutan.

Permainan gitar yang konsisten serta nilai fesyen yang tinggi dalam diri dua pemain gitar adik-beradik mereka, Din dan Kid juga tidak boleh disangkal.

Nasir, si pemain bass yang sentiasa kelihatan serius, biar hakikatnya seorang yang begitu ramah juga tidak mahu kalah dengan permainan kemas dan penampilannya.

Terakhir, pemain drum mereka, Yazit turut mempunyai karisma tersendiri. Maka apabila muzik dan fesyen yang selari bergabung, tidak hairan apabila Search masih konsisten dan relevan sehingga kini.

Malah, selepas lebih tiga dekad menyusuri sepak terajang dunia hiburan, Search menjadi grup yang tidak pernah kering jemputan persembahan biar banyak grup-grup seangkatan serta grup baharu hampir 'mati' tanpa diberi peluang untuk beraksi di atas sebuah panggung yang besar.

Terkini, 1 Jun (esok) akan menjadi sejarah penting buat Search apabila diberi penghormatan sebagai grup pertama dari Malaysia bermain di dalam The Star Performing Art Centre di Singapura menerusi Konsert Acoustica Malam Edan Search.

Konsert tersebut juga menyaksikan konsert akustik pertama mereka selepas 16 tahun mengadakan persembahan dalam bentuk tersebut.

WALAUPUN setiap anggota Search sudah berusia melebihi 40 tahun dan grup tersebut sendiri sudah terlalu lama berada dalam industri muzik tanah air, namun Search masih laris menerima undangan mengadakan persembahan.

32 tahun Search

Bercakap mengenai konsert tersebut, Amy yang ditemui baru-baru ini melahirkan keterujaannya. Ujarnya Acoustica Malam Edan Search bukan sekadar sebuah konsert biasa, tetapi bakal menjadi kayu ukur kepada kredibiliti mereka sebagai pemuzik yang telah meledani fasa turun naik dunia hiburan.

"Saya kira, untuk usia 32 tahun Search, konsep seumpama ini amat dinantikan oleh kami. Beraksi di atas sebuah pentas yang berprestij dan konsep akustik yang bakal dipertontonkan akan menguji kredibiliti Search sebagai sebuah grup yang kompak," ujarnya penuh teruja.

Dengan penuh bersemangat, Amy memberitahu, kali terakhir mereka bermain secara akustik adalah dalam persembahan Gema Di Timur Jauh Unplugged sekitar tahun 1996 dahulu.

"Jadi, apabila penganjur Sound Check Pte. Ltd. datang membawa idea seumpama ini, Search tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju," katanya tersenyum sebelum menyambung: "Bermain secara akustik bermakna banyak perkara yang perlu diperincikan saat kami membuat persembahan kerana bunyinya yang dilantunkan satu persatu secara halus."

Sudah bersiap sepenuhnya untuk sekali lagi menakluk hati para peminatnya pada malam esok menerusi konsert tersebut, Search menyediakan untaian 20 buah lagu terhebat yang dipilih daripada album pertama mereka, sehingga terakhir iaitu Gothic Malam Edan.


Selain Acoustica Malam Edan Search, Search juga bakal menghiburkan peminatnya dalam sebuah lagi konsert mega yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kali ini, mereka akan bergabung dengan tiga grup legenda dari Asia iaitu Loudness yang berasal dari Jepun dan Slank dari Indonesia serta Rusty Blade dari Singapura menerusi konsert yang diberi nama Thunder In The East 2013.

Melihat kepada larisnya Search, Amy yang ditebak persoalan tentang kedudukan grupnya yang kukuh hanya tersenyum.

Terdiam lama berfikir, vokalis tersebut akhirnya mula melontarkan buah fikiran tentang Search yang masih laris.

Ujarnya: "Mungkin kerana Search masih mampu menjual tiket. Daripada segi bisnes, ini yang dipentingkan oleh penganjur, dan daripada Search sendiri, kami juga mengharapkan peminat terus menyokong dan hadir menyaksikan setiap persembahan kami."

Walau bagaimanapun, ujar Amy, itu bukan bermakna mereka semberono mengambil semua tawaran yang datang.

KARISMA grup Search terletak kepada kredibiliti mereka sebagai pemuzik dan penampilan yang sering menarik perhatian.

Kudrat dan kesihatan

Sebagai sebuah grup yang cukup berpengaruh, mereka selektif dan menolak banyak permintaan jika konsep yang diusul tidak menarik.

Malah, ujar Amy lagi, paling penting, mereka juga tidak mahu mengadakan konsert terlalu kerap kerana bimbang momentum persembahan dan keghairahan peminat pudar.

"Jika dilihat, kami memang masih banyak mengadakan konsert, tetapi ia bukan terlalu kerap. Semua konsert yang dilakukan, ia berlainan konsep. Misalnya untuk konsert di Singapura, kami terima kerana ia dibikin dalam bentuk akustik.

"Untuk konsert pada 30 Jun ini pula, ia umpama pertempuran empat penjuru otai rock yang mempunyai tarikan tersendiri."

Ditanya bagaimana beliau melihat masa depan Search, Amy hanya tersenyum. Saat ditanya tentang jangka hayat Search, sambil tersenyum, beliau menjawab persoalan tersebut bersama hujah-hujahnya.

Ujar Amy, khalayak dan peminat barangkali akan dihidangkan dengan sebuah album studio selepas lebih enam tahun tidak menghasilkan album. Bagaimanapun, beliau tidak berani untuk berjanji bila ia akan dikeluarkan.

"Kami memang punya perancangan untuk mengeluarkan album studio, namun secara jujur, buat masa ini, Search belum mempunyai sebarang material untuk ke arah itu," ujarnya tenang.

Menjawab persoalan tentang kelangsungan Seacrh, Amy bagaimanapun menetapkan kemungkinan tempoh hayat Search akan berakhir dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini bermakna Search barangkali hanya akan wujud sehingga tahun 2018, sebelum setiap anggotanya membawa haluan masing-masing.

Bagaimanapun, Amy pantas mematahkan pemikiran saya dengan mengatakan: "Saya sekadar menyebut tempoh lima tahun bukan kerana berasa sudah letih bermain muzik.

"Sebaliknya, saya perlu realistik terhadap faktor usia dan tahap kesihatan setiap anggota Search.

"Jika dalam tempoh lima tahun ini kami diberi kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus menghiburkan khalayak dan masih relevan, Search akan terus hidup," ujarnya yang barangkali mampu menutup rasa gusar peminat setia mereka terhadap pembubaran grup tersebut.
-kosmo.com

Diantara Lagu peberet Gua...Meniti Titian Usang, cuba hayati liriknya.. untuk lebih kick sila gunakan ear phone;



Liriknya bagus sekali, kerana saling ingat-mengingati,

Inilah hasil tejemahan Gua... dari apa yang Gua faham!

Kejutkanlah aku kawan, aku sedang bermimpi (Tolong ingatkan ku jika aku lalai leka)
Kejutkanlah aku yang sengsara dalam sepi (Ingatkanku yang banyak berbuat dosa)
Gementar kakiku meniti titian usang (Takut untuk meniti titian siratul mustaqim)
Berdegup jantung ku (Cukupkah amalan ku semasa di dunia ini)
Apa dapat ku keseberang (Selamatkah aku?)

Sambutlah tanganku kawan (Bolehkah temanku membantu?)
Aku takut tenggelam (Kerana aku banyak berbuat dosa)
Sambutlah tanganku kawan (Bolehkah temanku membantu?)
Jurangnya sangat dalam (Sesiapapun takkan terlepas)
Jurangnya sangat mengerikan (Terlihat api yang menjulang-julang)
Ramai yang telah kecundang (Banyak orang yang telah menerima hukuman)

Dia sedang menunggu (Memohon Syafaat dari Nabi Muhammad SAW)
Untuk meminpinku diseberang sana (Mohon supaya dosaku diampunkan)
Adanya cahaya (Agar diterima ke Syurga Allah)

@Dengar jeritan itu? seram kan!

Ini juga...Mentari Merah Di Ufuk Timur;



Ada yang tertinggal (Masih ada lagi yang terleka)
Setelah terbenam mentari (Walaupun umur sudah memasuki 'Senja')
Ada yang tertinggal (Masih ada lagi yang terleka)
Setelah kering air dikali (Walaupun diberi pelbagai ingatan)

Alam telah meyakinkan (Inilah peraturan dunia)
Kau mesti pergi kau mesti (Yang hidup itu pasti mati)
Alam telah meyakinkan (Inilah peraturan dunia)
Kau mesti kembali (Mati itu adalah wajib)
Bagai yang telah dijanjikan Ilahi (Semuanya akan kembali kepadaNya Jua)

@rock..rock juga, semayang jangan tinggal..
rock is never die.

No comments:

Post a Comment