Apabila usia telah mencecah ke 40-an... Adakah anda ada mengalami salah satu daripada masalah dibawah?
- Penyakit Darah Tinggi,
- Masalah Kencing,
- Batu Karang,
- Gout,
- Penyakit Kencing Manis,
Jika ada, anda perlu mendapatkan sejenis herba yang hebat ini. Teh Misai Kucing. Hakikatnya apabila usia makin meningkat, fungsi tubuh juga turut menurun secara perlahan. Setelah mencubanya, tidak perlu lagi bangun ditengah malam dua-tiga kali untuk kencing, dan yang hebat Ia juga baik untuk peningkatan keupayaan seks. Percaya kepada saya...
Apakah yang dimaksudkan dengan
Makanan Berfungsi?
Makanan berfungsi merujuk kepada produk makanan yang diubah suai dengan
bahan-bahan tambahan untuk meningkatkan kesihatan, pertumbuhan atau kesan-kesan
lain yang bermanfaat. Contoh biasa adalah produk susu yang dipromosikan sebagai
"diperkaya dengan vitamin", "dengan pengurang kolestrol
fitosterol", "diperkuatkan dengan Kalsium", "dengan Omega
3", "dengan DHA" dan sebagainya.
Dalam alam semulajadi, sepertimana terdapat pelbagai jenis makanan yang
memberikan kita nutrien dan sumber tenaga, terdapat juga banyak makanan
berfungsi. Malah, pengurang kolestrol fitosterol yang disebutkan sebentar tadi,
wujud dalam kebanyakan sayur-sayuran, jika ditanam secara semulajadi, ia boleh
wujud dalam jumlah yang mencukupi untuk menjadi berfungsi iaitu mengurangkan
pengambilan kolestrol.
Sudah berkurun lamanya, orang-orang Asia Tenggara meminum teh untuk
menikmati rasa keenakan yang menenangkan dan juga mendapat manfaat dari
nilai-nilai kefungsiannya. Dikenali di Malaysia sebagai Misai Kucing (dan di
Barat sebagai Java Tea), pada masa ini ia ditafsirkan sebagai rawatan
tradisional untuk masalah kencing, penyakit darah tinggi, kencing manis, gout,
batu karang dan sebagainya.
Secara tradisi, Misai Kucing
digunakan untuk merawat
- Penyakit Darah Tinggi,
- Masalah Kencing,
- Batu Karang,
- Gout,
- Penyakit Kencing Manis,
- dan pelbagai penyakit lain.
- Kini Kajian Sains telah mengesahkan Pengetahuan Ilmu Tradisional ini
Bagaimana Misai Kucing
berfungsi
Tumbuhan-tumbuhan menghasilkan pelbagai kimia kompleks yang dinamakan
fitokimia . Sesetengah tumbuh-tumbuhan menghasilkan fitokimia yang sedikit atau
tidak bermanfaat, sementara sesetengah mempunyai manfaat yang banyak dan
manakala yang lain boleh mendatangkan mudarat kepada manusia dan haiwan. Misai
Kucing ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai manfaat fitokimia yang
telah terbukti meningkatkan pelbagai fungsi badan manusia.
Sesetengah fungsi badan akan merosot dengan bertambahnya usia atau kerana
gaya hidup, tekanan atau faktor genetik. Apabila fungsi peredaran darah semakin
lemah, ia akan menyebabkan penghantaran nutrien dan oksigen ke
bahagian-bahagian anggota badan yang lain dan proses perkumuhan badan, menjadi
kurang berkesan. Ini pula akan menyebabkan -
- Darah tinggi meningkat iaitu hipertensi.
- Zarah-zarah berkumpul menjadi kristal di dalam buah pinggang atau pundi kencing membentuk batu karang.
- Asid Urik berkumpul pada kedua belah kaki dan menyebabkan penyakit gout.
- Pengekalan air dalam kaki membawa kepada oedema atau masalah pengekalan air yang lain.
- Dan pelbagai masalah lain.
Organik-Semulajadi-Tulen
Fitokimia dalam Misai Kucing menyebabkan otot-otot dinding organ dan
pembuluh darah mengembang (relaks), oleh itu meningkatkan fungsi peredaran
darah. Kini, aplikasi tradisional Misai Kucing untuk merawat hipertensi (darah
tinggi) boleh dijelaskan dengan sains sebagai hasil otot-otot dinding pembuluh
darah yang mengembang dapat menyerap tekanan. Penjelasan yang sama boleh
digunakan untuk masalah kencing di mana pengembangan otot-otot saluran kencing
dari buah pinggang ke pundi kencing memudahkan pengaliran air kencing, malah
pengaliran zarah-zarah kecil yang menjadi batu karang.
Ia mungkin bukan satu kebetulan bahawa respon yang biasa diterima dari
soal kaji selidik yang dijalankan ke atas orang ramai di England yang buat
pertama kali merasa Misai Kucing ialah "melegakan" dan
"menenangkan".
Misai Kucing telah dikaji dan sedang dikaji dengan meluasnya. Semakin
banyak pengesahan penggunaan tradisional yang muncul. Tambahan pula, terdapat
beberapa penemuan baru yang menarik telah diperolehi. Untuk mengetahui lebih
lanjut tentang sains Misai Kucing.
Pengetahuan Tradisional
disahkan Sains Moden
Butiran saintifik dan butiran lain mengenai Misai Kucing didokumentasikan
dalam Farmakopoeia utama dan Monograf lain, termasuklah
- The European Scientific Cooperative on Phytotherapy 1997 ESCOP
- British Pharmacopoeia 2002
- British Herbal Pharmacopoeia 1997 . BHP
- Complete German Commission E. Commission E
- Martindale 33rd edition
- European Pharmacopoeia 2004 Ph Eur
Tidak seperti farmaseutikal moden, ubat atau tumbuh-tumbuhan berfungsi
mengandungi pelbagai fitokimia (kimia tumbuhan) kompleks yang aktif. Lihatlah
pada senarai fitokimia yang ada dalam Misai Kucing.
Fitokimia yang dihuruftebalkan telah dikenal pasti mempunyai kesan-kesan
bermanfaat. Farmakopoeia British dan Farmakopoeia Eropah telah mejalankan
prosedur analisis terperinci untuk menguji Java Tea (Misai Kucing) di mana
Sinensetin diandaikan sebagai penanda i.e. Fitokimia yang terpenting.
Kajian tentang Kegunaan Misai
Kucing
Kesan diuretik dan peningkatan peredaran darah, banyak menyumbang kepada
peningkatan dan pemeliharaan kesihatan. Sesetengah produk pelangsing dan
penyahtoksik herba barat, menambah Misai Kucing ke dalam rumusan produk mereka
kerana khasiat ini.
Kesan Diuretik
Fungsi Misai Kucing inilah yang paling meluas kajiannya. Beberapa kajian
terhadap haiwan menunjukkan, ekstrak Misai Kucing mempunyai kesan-kesan
diuretik. Fitokimia Sinensetin dan Tetramethoxy-flavone menenangkan otot-otot
dinding pembuluh darah dalaman, dengan yang demikian memudahkan pengaliran air
kencing dan juga zarah-zarah kecil yang menjadi batu karang.
Methylripariochromene A didapati meningkatkan kadar aliran kencing dan
pembuangan ion sodium. Kesan diuretik juga menjelaskan kegunaan tradisional
Misai Kucing bukan hanya bagi masalah saluran kencing tetapi juga untuk gout,
batu karang dan darah tinggi.
Kesan Anti-Hipertensi
Ubat diuretik moden selalu dipreskripsikan untuk merawat darah tinggi.
Penjelasannya mudah. Kurangkan air dan ion sodium dalam darah akan mengurangkan
tekanan dan memudahkan jantung untuk mengepam. Dalam kajian terhadap haiwan,
fitokimia Methylripariochromene A didapati menghalang pengecutan toraks aorta
dan mengurangkan daya pengecutan tanpa menjejaskan kadar degupan jantung.Terdapat sepuluh lagi fitokimia dalam teh Misai Kucing yang menunjukkan sifat
yang sama tetapi pada kadar yang rendah.
Kesan Anti-Kencing Manis
Eksperimen dengan menggunakan keseluruhan ekstrak Misai Kuching pada
tikus makmal didapati dapat mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan
ketara, dibandingkan dengan satu kumpulan uji kaji terkawal. Eksperimen
perbandingan yang dilakukan dengan glibenclamide (dadah standard anti kencing
manis) menunjukkan kesan serupa boleh diperolehi tetapi dengan dos Misai Kucing
yang tinggi.
Kesan Perencatan-Kolestrol
Kajian makmal menunjukkan bahawa Misai Kucing menyekat enzim lipoxygenase
yang dipercayai terbabit dengan punca arteri tersumbat oleh kolestrol LDL.
Aktiviti rencatan keseluruhan ekstrak adalah lebih kuat daripada yang
dijangkakan daripada kesan gabungan setiap individu flavonoid. Ini membuktikan
bahawa sinergi keseluruhan semula jadi produk adalah lebih berkesan daripada
fitokimia terpencil atau pengganti sintesis.Kajian yang terbaru menunjukkan
bahawa Trimethylapigenin, Eupatorin dan Tetramethylluteolin adalah fitokimia
Misai Kuching yang paling berkesan menyebabkan rencatan ini.
Kesan Perencatan-Tumor
Sinensetin dan Tetramethylscutellarein telah menunjukkan aktiviti
perencatan terhadap beberapa kelas sel tumor, di mana sinensetin terbukti lebih
berkesan berbanding dengan tetramethylscutellarein. Orthosiphols A dan B telah
dilaporkan merencat penggalak tumor tetradecanoylphorbol acetate (TPA) dalam
ekperimen ke atas tikus makmal. Dalam kajian makmal, ekstrak daun Misai Kucing
telah dilaporkan mempunyai aktiviti perencatan terhadap sel kanser kulit.
Baru-baru ini, Sinensetin mendapat perhatian signifikan dalam
penyelidikan kanser kerana ia terbukti berkesan sebagai pemeka kemo. Pemeka
kemo ialah bahan-bahan yang meningkatkan kesan teraputik ubatan kemoterapi,
terutama terhadap sel MDR (multi drug resistant – rintangan terhadap
multiubatan).
Kontra penunjukan
(Ketaksesuaian dengan ubat atau herba lain)
Tidak diketahui, tiada yang dilaporkan.
Kesan sampingan
Tidak diketahui, tiada yang dilaporkan.
Penggunaan yang disyorkan
Minum teh Herba Misai Kucing pada waktu pagi dan selepas makan malam.
Anda juga dinasihatkan agar mengamal tabiat meminum air yang secukupnya.
Beli Kuching Herbal Tea
Mesti ditekankan bahawa semua dapatan di atas menunjukkan kesan yang
sederhana (dengan dos biasa) berbanding dengan kesan ubatan moden dan tidak
boleh dijadikan sebagai rawatan. Walaubagaimanapun, tidak seperti ubatan moden,
Misai Kucing tiada kesan sampingan yang diketahui atau yang dilaporkan.
Walaupun ekstrak Misai Kucing digunakan dalam ramuan ubatan sesetengah syarikat
Eropah, Kuching Herbal Tea hanya dipromosikan sebagai makanan berfungsi. Ia
amat disarankan kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap
penyakit-penyakit yang disebutkan sebelum ini.
Begitulah cara yang mudah, selamat dan natural untuk kesihatan yang
unggul. Minum secawan atau dua Kuching Herbal Tea setiap hari. (jangan dicampur dengan sebutir gula pun) Anda pasti
menghargai dan menikmatinya. Dapatkan sekotak di farmasi hari ini. Kesihatan anda, anda tentukan...
Sumber:agripearl
No comments:
Post a Comment