Wednesday, May 1, 2013

Akaun Facebook Azhar Sulaiman Digodam Kerana Sokong BN



 
Azhar Sulaiman menunjukkan salinan laporan polis
dibuatnya kerana akaun facebook digodam

Ini cari penyakit namanya...
Dah banyak kali cakap dah.. mana-mana selebriti dan orang bisnes tak payahlah nak menyebok berpolitik, Bukan semua peminat (jika ada) tu sokong BN atau Pakatan...

Cuba bayangkan jika kedai kopi memasang bendera DAP.. orang BN nak masuk ke?
Nak jadi penyokong tegar pun biar dalam hati saja. cakap pun kena berlapik, orang pun tak kecik hati!  Kalau nak jadi orang politik sangat masuk saja jadi calon macam Herman Tino atau Tok Mun yang umur 99 tu...abis cerita.

Ini negara demokrasi, nak sokong parti politik mana sekalipun tak ada yang larang.. mana rasa yang sesuai dengan jiwa.. teruskan saja..
Kes ini dah terpalit pada Salleh Yacob.. takkan tak perasan kot!
**************************

KUALA LUMPUR: Gara-gara menyatakan sokongannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), pelakon Azhar Sulaiman terpaksa menerima cacian oleh peminat-peminatnya menerusi Facebook.

Bukan itu sahaja, Azhar, 41, turut berhadapan dengan masalah besar apabila akuan laman sosial miliknya itu turut digodam oleh individu bernama ‘Cyber Troopers’ yang didakwanya sebagai penyokong parti pembangkang.

“Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Azhar tampil memberi kenyataan terbabit selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada Selasa kerana merasakan dirinya terancam akibat pengkhianatan siber itu.

Azhar yang popular dengan filem Abang 92 itu berkata, dia kecewa kerana haknya untuk bersuara menerusi laman sosial berkenaan disekat terutamanya apabila dia menunjukkan sokongan kepada BN.

Malah kata Azhar, komen-komen yang diberikan menerusi Facebook miliknya itu bukanlah kerana dia berhasrat untuk menjadi ahli politik tetapi mahu berkongsi dengan peminat mengenai kebaikan pemerintahan yang sedia ada.

“Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah,” katanya.-mstar

No comments:

Post a Comment