BEIJING - Seorang ibu berusia 22 tahun membuat pengakuan
kepada polis bahawa bayinya terjatuh ke dalam paip saluran kumbahan tandas
secara tidak sengaja selepas dia melahirkannya di dalam tandas di bandar
Jinhua, wilayah Zhejiang, China.
Pendedahan itu dilaporkan media China selepas berita
tentang bayi yang baru dilahirkan itu yang terperangkap di dalam saluran paip
kumbahan mendapat liputan meluas di seluruh dunia semalam.
Menurut laporan akhbar Dushikuaibao, ibu bayi tersebut
melahirkan anak itu di dalam tandas pada Sabtu lalu kerana dia tidak mempunyai
wang untuk menggugurkannya. Akhbar Zhezhong News melaporkan, ibu itu berkata,
dia cuba untuk menarik bayinya itu selepas melahirkannya tetapi anaknya itu
terjatuh ke dalam saluran paip kumbahan.
Ibu tersebut kemudian bertindak memberitahu tuan rumah
bahawa terdapat bayi yang terperangkap di dalam saluran paip tersebut. Bagaimanapun,
ketika itu, dia tidak memberitahu kepada sesiapa bahawa bayi lelaki tersebut
adalah anaknya.
Ibu bayi tersebut kemudian pergi bekerja selepas anaknya
itu diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat. Dia hanya membuat pengakuan
bahawa bayi itu merupakan anaknya selepas dia disoal oleh polis selepas
kejadian tersebut.
Polis menyoalnya selepas beberapa alat permainan bayi dan
kertas tandas yang mempunyai tompokan darah ditemui di rumah sewanya. Rumah
sewanya itu terletak di dalam bangunan yang menempatkan tandas tersebut.
Menurut Zhezhong News, ibu bayi tersebut merupakan
lulusan sekolah tinggi dan bekerja di sebuah restoran di bandar Jinhua. Menurut
ibu bayi itu, dia hamil selepas melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki.
Lelaki tersebut kemudian enggan bertanggungjawab terhadap
anaknya itu. Ibu bayi itu juga tidak memberitahu kehamilannya kepada keluarganya.
Menurut laporan media tempatan, ibu bayi berkenaan mahu membesarkan anaknya itu
tetapi dia tidak mengetahui cara untuk melakukannya.
Bayi itu yang seberat 2.8 kilogram terperangkap di dalam saluran paip kumbahan yang mempunyai diameter 10 sentimeter. Anggota-anggota
penyelamat menggunakan gergaji untuk memecahkan saluran paip berbentuk L itu
bersama dengan beberapa doktor di sebuah hospital untuk menyelamatkan bayi
berkenaan.
Nasib bayi itu kemudian mendapat perhatian beberapa orang
yang bersimpati dengannya. Sejumlah orang datang membawa lampin, pakaian bayi,
susu tepung ke hospital selain terdapat pelawat yang mahu mengambil bayi tersebut
sebagai anak angkat.
Polis berkata, kes tersebut disiasat sebagai percubaan
membunuh. Bagaimanapun, setakat ini, masih tidak diketahui sama ada ibu bayi
berkenaan akan berdepan dengan sebarang dakwaan. Polis tempatan enggan
memberikan komen tetapi menyatakan kes tersebut masih dalam siasatan.
Bayi itu diberi nama No.59 berdasarkan nombor
inkubatornya di hospital tersebut. – Agensi
*********************************
Lihat Kronologi
peristiwa ini:
-Seorang yang berpelajaran tinggi
-Mengikut nafsu
-Mengadakan hubungan seks terlarang
-Telah mengandung dan lelaki itu tidak mahu
bertanggungjawab
-Rahsiakan kehamilan dari keluarga
-Lahirkan anak dalam tandas
-Selepas melahirkan, Pergi kerja macam biasa
-Mengaku setelah disiasat polis yang terjumpa bukti di
kediamannya.
Ulasan:
Penyakit orang muda. Seronok bersama, sakit sorang-sorang,
itulah yang boleh dikatakan. Cubaan untuk membunuh bayi itu setelah tahu diri
hanya dipermainkan, Emosi menghantui akibat malu, marah, sakit hati atau takut.
Kerana itu merahsiakan termengandung dari pengetetahuan keluarganya. Kenapa
memilih tandas dan tidak saja ke Hospital?.
Ting! Idea sudah mari... Untuk penyelesaian masalah, berharap
bayi itu akan mati saja, dan ketempat kerja seperti biasa seolah tiada
apa-apapun berlaku. Ironinya, tuhan lebih sayangkan bayi itu dengan memberi talian
hayat kedua. Petunjuk menjurus apakah dosa yang dilakukannya.
Apapun kelakunya, sifatnya lebih teruk dari binatang,
kerana binatang pun tahu sayangkan anaknya walaupun berkongsi jantan!.
No comments:
Post a Comment