Puluhan
ribu bersesak di Padang Timur, Amcorp Mall
PETALING
JAYA: Puluhan ribu kini memenuhi Padang Timur, berhampiran Amcorp Mall dekat
sini bagi menyertai himpunan Suara Rakyat 505.
Mereka
yang mula berkumpul sejak petang tadi mendengar pelbagai ucapan dan cerita
mengenai penyelewengan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu… more>
Puluhan ribu hadir di Black505 Terengganu malam tadi
KUALA TERENGGANU: Himpunan Black505 peringkat negeri Terengganu yang
berlangsung malam tadi menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir.
Himpunan yang berlangsung di Markaz PAS Kuala Ibai malam tadi dianggar
mencatat kehadiran kira-kira lebih 50,000.
Turut hadir malam tadi, pemimpin utama Pakatan Rakyat khususnya Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib
Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.
Mohamad dalam ucapannya malam tadi turut mengulas isu penangkapan tiga
oran pemimpin dan aktivis rakyar iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas MT
Umno Tamrin Ghafar serta aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu) Haris Ibrahim...
more>
Lebih 50,000 hadiri sambutan
kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang
GEORGETOWN, 19 MEI : Lebih 50,000 rakyat Pulau Pinang menghadiri sambutan kemenangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Padang Kota Lama, Esplanade malam tadi.
GEORGETOWN, 19 MEI : Lebih 50,000 rakyat Pulau Pinang menghadiri sambutan kemenangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Padang Kota Lama, Esplanade malam tadi.
Meskipun pihak polis memberi amaran agar orang ramai menjauhi program
tersebut, namun ia berlangsung aman dengan majoriti hadirin yang kebanyakannya
anak muda berpakaian baju-T hitam, simbol kematian demokrasi di Malaysia... more>
Siaran langsung himpunan
‘Black 505′ dari Seremban
SEREMBAN 17 MEI: Program Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’
peringkat Negeri Sembilan akan diadakan di Pusat Komersil Oakland, Seremban,
Negeri Sembilan.
Mereka yang tinggal di sekitar bandar Seremban digalakkan hadir
beramai-ramai dan memakai pakaian hitam, simbolik kematian demokrasi di negara
ini.
Manakala kepada yang tidak dapat hadir, boleh mengikuti siaran langsung
melalui rangkaian internet. Sila klik pautan ini.
Lebih 30,000 berduyun hadiri
perhimpunan 505 di JB
Kawasan terbuka dekat cabang PKR Puteri Wangsa
berhampiran Ulu Tiram sesak dengan lebih 30,000 orang menghadiri perhimpunan
kelima Black 505 Pakatan Rakyat yang berlangsung di Johor Bahru... more
40,000 rakyat Pahang bangkit
lawan penipuan PRU
KUANTAN 15 MEI: Hampir 40,000 rakyat Pahang
bangkit melawan penipuan pilihan raya pada Himpunan Tolak Penipuan PRU 13
(Black 505) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Pejabat KEADILAN
Pahang, Jalan Beserah, Kuantan malam tadi... more
IPOH: 50,000 rakyat banjiri Himpunan Tolak Penipuan PRU 13
IPOH 13 MEI: Hampir 50,000 rakyat
semua kaum memenuhi perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat Medan Istana,
Ipoh, malam tadi dalam Himpunan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat: Tolak Penipuan
PRU 13′ (Black 505)... more
PULAU PINANG: Ratusan ribu hadir ‘Himpunan ‘Black 505′
Batu Kawan: Walaupun program
bermula pada jam 9 malam, namun orang ramai telah mula berhimpun seawal jam 5
petang... more
Ratusan ribu ke himpunan bukti jelas rakyat tolak penipuan PRU
KELANA JAYA 9 MEI: Kehadiran lebih
100,000 pada Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Bantah Penipuan PRU 13 malam
tadi bukti jelas rakyat menolak penipuan keputusan pilihan raya umum yang
berlangsung Ahad lalu... more
Kelana Jaya |
Gelombang #black505 ke Kedah, Terengganu lepas ini
[Akan Dikemaskini] KUALA LUMPUR:
16 Mei, Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang
penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan
Negeri Sembilan.
Demikian beritahu Rafizi Ramli, Pengarah
Strategi PKR dalam kenyataannya hari ini.
Black505 yang seterusnya akan
diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan
parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai
dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.
Tarikh-tarikh bagi #black505 yang
seterusnya adalah seperti berikut:
21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) - Melaka
Tempat akhir perhimpunan akan
dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan
dikeluarkan oleh PKR, beritahu Rafizi.
Menurutnya, semua perhimpunan
telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir.
Penganjur telah menghormati
nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor
walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.
"Ini tidak sedikit pun
melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan
bantahan dalam simbolik #black505 ini," katanya.
Mengikut anggaran kasar penganjur,
seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini
(120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan
dan 60,000 – Ulu Tiram).
"Saya yakin menjelang minggu
depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu
dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan
terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui
Dato’ Seri Najib Tun Razak," katanya.
No comments:
Post a Comment