Friday, May 10, 2013

Bila Otak Melayu Dah Cair.. Nescaya BeeEnd Ditendang Keluar


Amek Kau!


Jika otak Melayu boleh berfikir macam si penulis ni.. nescaya BeeEnd sudah ditalkinkan semasa PRU-13 baru-baru ini. Abang Najib ditendang dengan Rosmah sekali...

-Jelas sekali masyarakat tionghua menolak BeeEnd walaupun diberi jamuan makan malam 1Malaysia. Ada juga yang diberi beras 5kg, tepong kekampit serta serbuk kari sebungkus. Tapi undi tetap menjadi RAHSIA!..Bijak sungguh Cha Ya Nun Alif neh..

-Majoriti Mahasiswa juga menolak BeeEnd, sehingga bercadang meletak calon mereka bertanding di Parlimen Pekan. Pada PRU akan datang sudah tentu mereka akan berhabis-habisan setelah menamatkan pengajian masing2.

-Yang tinggal hanya mat rempit dan Perkasa saja lagi…dan orang kampong yang tak pandai nak bertenet! Apa yang disogok oleh TV dan Utusan, itulah yang ditelannya bulat2...

Coretan pengundi saluran 3

Saya adalah salah seorang rakyat malaysia dan sudah menunaikan kewajipan mengundi sejak PRU12. Saya juga adalah generasi muda yang dikaitkan dengan generasi IT dan juga selalu mengikuti suasana politik semasa. Facebook, blog, tweeter,dan lain-lain web menjadi maklumat untuk saya nilai dan analisis.

Dahulunya sebelum cukup umur untuk saya mengundi, saya hanya mendapat maklumat daripada TV dan akhbar perdana. Ketika itu Tun Mahathir adalah Perdana Menterinya. Saya sendiri hampir mempercayai setiap berita yang disampaikan. Tetapi setelah saya membesar, timbul kesedaran bahawa adalah tidak adil untuk mengatakan  hanya pembangkan sahaja yang salah. Pemikiran yang rasional akan mengatakan - kenapa tidak dinilai terlebih dahulu maklumat yang ingin disampaikan daripada kedua-dua belah pihak. Kalau di mahkamah sekalipun, hakim tidak terus menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dan hanya mendengar serta memihak kepada pendakwa setiap masa, sebaliknya didengari dahulu hujah, alasan serta melihat bukti dari kedua-dua belah pihak.

Begitu juga siaran tv dan akhbar pada hari ini. Walaupun saya tidak begitu arif dalam politik, di situ pun sudah cukup untuk saya menilai ketidakadilan yang berlaku pada hari ini dan era pemerintahan beberapa orang PM terdahulu. Tidak kira apa pun alasan, itulah ketidakadilan yang sentiasa berlaku di hadapan mata. Hal inilah mungkin tidak dapat dinilai dengan betul oleh sebahagian rakyat malaysia terutama orang kampung, pak cik dan mak cik, penjawat awam, dan sesiapa sahaja yang hanya bergantung kepada maklumat daripada melihat TV dan akhbar pro umno. Mereka gagal untuk menilai kezaliman kerajaan terhadap rakyat untuk mendapatkan maklumat yang seadilnya daripada kedua belah pihak.

Saya juga akhirnya sedar bahawa bahawa pemikiran dan pemahaman bahawa Umno itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah Umno adalah sesuatu yang tidak betul. Inilah pemahaman saya yang wujud sejak zaman 90-an lagi. Mana boleh sedemikian? Terpulanglah kepada saya untuk memilih mana-mana parti sekalipun. Hal ini kerana, apabila parti itu yang menang maka dialah yang akan membentuk kerajaan dan mentadbir negara.

Apabila tiba pilihan raya, undilah mana-mana parti yang menjamin masa depan anda. Dan saya tidak pernah dengar, undilah kerajaan BN, kerajaan Pas, kerajaan DAP atau lain-lain kerjaan untuk masa depan anda. Pengundi perlu memilih satu parti atau pakatan sahaja untuk diundi, bukan satu kerajaan untuk diundi. Tetapi itulah yang berlaku di kampung saya ke atas mak cik dan pak cik. Katanya saya tidak mengenang jasa kerajaan. Siapa kerajaan bagi mereka? Umno lah kerajaan,dan kerajaan itulah Umno. Tidak boleh pilih lain dari kerajaan (Umno).

Namun, generasi saya yang kebanyakannya telah celik maklumat telah memilih parti yang mereka sedar dan tahu akan membela masa depan negara. Hanya generasi dahulu yang masih lagi bergantung maklumat daripada media arus perdana yang dikuasai Umno akan menjadikan kerajaan hari ini terus berkuasa. -harakahdaily

No comments:

Post a Comment