Klik Sini |
Rakyat malaysia mahukan keselesaan hidup dan keamanan. Jangan pula cuba
meracuni pemikiran rakyat dengan isu perkauman. Kecewa dengan penolakan masyarakat
Cina kepada parti MCA atau Gerakan dan beralih menyokong Pakatan Rakyat
membuktikan masyarakat Cina bijak berpolitik dan tidak termakan umpanan
gula-gula pilihanraya yang dilihat mirip kepada merasuah. Tidak seperti masyarakat
melayu yang terus menyokong parti cap dacing dan amat mengharapkan bantuan BR1M
RM1,200 seperti yang dijanjikan disepanjang kempen PRU dijalankan.
Seperti yang ditonjolkan akhbar Utusan dimuka depannya dengan tajuk “Apa
lagi Cina Mahu” itu dilihat cuba menyalakan api kemarahan dan mempertikaikan
kesetiaan masyarakat Cina kepada kerajaan yang dikatakan tidak tahu membalas
budi.
Jika ditanya "Orang Cina mahu apa", saya mahu jawab orang
Cina mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah dan amanah, kata Naib
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee.
"Orang Cina mengutamakan pemimpin yang amanah dan bersih, tidak kira
dari kaum apa pun," kata Vincent [klik sini]
Lihat pola ini, bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit
Siang?. Sebenarnya Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina
52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.
Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu, Kita boleh persoalkan bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang.
Melayu UMNO undi siapa? Mereka tidak hiraukan apa yang telah pemimpin UMNO lakukan sebelum ini. Asalkan asyuk RM1,200. Lihat senarai ini...
1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang
Teck Meng (BN).
2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack
(BN)
3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah
Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw
(BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John
(BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming
(BN)
Masih percaya dakyah Umno. Umno menipu kita selama ni dengan memainkan
sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa
depan melayu adalah pemimpin Umno itu sendiri.
No comments:
Post a Comment