(Kira-kira 100,000 memenuhi luar dan dalam Stadium MPPJ Kelana Jaya)
KELANA JAYA: Lebih 100,000 orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya bagi
membantah penipuan dalam pilihan raya umum
ke 13 baru-baru ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan
disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
(Gambar Kanan: Orang ramai memenuhi stadium sejak lewat petang tadi)
Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang tadi, ia tidak menghalang
mereka berkumpul di stadium itu.
Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan jam teruk
sejak petang tadi.
Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13
yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan
kecacatan.
Di RUSILA, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid
Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.
(Gambar kiri: Himpunan di perkarangan Masjid Rusila, Marang)
Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan
PAS dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.
Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Muhamad Haji Mohd Taib. Beliau dilihat antara
faktor penyumbang kepada gelombang besar yang melandar Selangor dalam pilihan
raya umum baru-baru ini.
Isu dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi warga asing, lampu padam
ketika pengiraan undi, kotak undi yang jatuh dari helikopter yang membawa dan
pelbagai cerita lagi.
(Tan Sri Muhamad Mohd Taib berdepan dengan puluhan ribu di Dewan Tok
Guru, perkarangan Masjid Rusila malam ini)
Kali ini, dengan semua penyokong adalah mata dan telinga atau jentera
Pakatan Rakyat segala penyelewengan ini didedahkan melalui media sosial.
Gambar, video dan cerita disebarkan dengan cepat bagi membukti pelbagai
kecacatan pilihan raya ini.
Berasaskan kepada itulah mereka turun beramai-ramai malam ini untuk
mendengar sendiri sikap dan pendirian Pakatan Rakyat mengenainya.
@sumber:harakahdaily
No comments:
Post a Comment