Inilah hakikatnya setelah mereka ini dibenarkan berkuasa
lagi.. tahanlah azab itu, paling cepat pun 5 tahun lagi...
Ayat
paling sinonim dan mengujakan..
-Kami sedia mendengar denyut nadi rakyat, katanya..
-Katanya lagi... Harap dimaafkanlah, berilah peluang 5
tahun lagi untuk perbaiki kesalahan lalu,
-Kami akan tambah BR1M lagi, katanya...
-Katanya lagi... Kamilah yang terbaik di dalam dunia!
Setelah
perolehi nyawa-nyawa ikan..
-Cukai GST 7% akan dikuatkuasakan, untuk tambah
pendapatan negara..
-AES yang tertangguh akan beropesai semula, kilang cop
duit..
-Gaji tak boleh naik banyak, nanti pekilang semua lari ke
Siam..
-Cukai Duty Eksais tak boleh diberi sekarang, nanti
Proton bangkrap!,
BN cuma turun harga kereta selepas PRU14
Setiausaha
publisiti DAP, Tony Pua meramalkan BN akan hanya akan memenuhi janji mereka
untuk mengurangkan harga kereta selepas pilihan raya umum ke-14.
Katanya,
ramalan itu adalah berdasarkan pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Mustapa Mohamed semalam, bahawa harga kereta hanya akan turun
dalam masa lima tahun lagi.
Beliau
mendakwa, kenyataan Mustapa itu tidak menjelaskan perkara sebenar.
"Sebenarnya,
kerajaan BN memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh berhenti bermimpi
untuk memiliki harga kereta yang murah dalam masa lima tahun akan datang kerana
harga kereta cuma akan turun selepas PRU ke-14," katanya dalam satu
kenyataan.
Mustapa
semalam mengumumkan kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara
berperingkat-peringkat sehingga 2017.
Jelasnya,
kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus
dalam tempoh lima tahun seperti digariskan dalam manifesto mereka.
Janji
berkenaan turut ditegaskan sekali lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak menerusi tulisan di Twitter semalam.
Pua
seterusnya membidas kenyataan Mustapa bahawa pengurangan itu akan dibuat
mengikut harga pasaran apabila terdapat peningkatan kecekapan dan persaingan di
kalangan pemain industri automotif
"Kuasa
pasaran apa yang diperkatakan ini, sedangkan sebab sebenar harga kereta di
Malaysia jauh lebih mahal daripada adalah kerana cukai dan perlindungan
kerajaan ke atas syarikat kenderaan tempatan yang tidak cekap," katanya.
Jelasnya,
alasan tersebut tidak boleh diguna pakai kerana kuasa pasaran yang sama juga
gagal menurunkan harga kereta dalam masa 20 tahun sebelum ini.
Beliau
turut membidas dakwaan Mustapa bahawa pengurangan duti eksais dan harga kereta
akan menyebabkan golongan pekerja dalam industri tersebut kehilangan mata
pencarian.
Pua
menjelaskan, pengurangan cukai tidak mengurangkan keuntungan pembuat kereta dan
dan pengurangan duti eksais yang dicadangkan Pakatan Rakyat juga dicadangkan
secara berperingkat.
Menurutnya
lagi, pengurangan harga kereta sebanyak empat dan lima peratus setahun itu juga
memberikan kesan yang terhad ke atas penurunan harga pasaran kereta terpakai.- malaysiakini
@Apa aku nak
katakan.. Padan muka Hangpa!... dengan aku sekali terlibat sama! Oleh itu, Jangan
jatuh dua kali di lubang yang sama!
No comments:
Post a Comment