Perniagaan tertua di dunia ini ada di mana-mana..
Payah untuk disekat selagi ada permintaan..
Mat Bangla, Indon, Myanmar,Niger belambak ada kat disi..yang datang tak bawak bini nak lepas hajat dimana??
KUALA LUMPUR - Polis mendapati faktor bahasa dan pemakanan yang tidak
jauh berbeza antara negara China dan Malaysia menjadi punca lambakan pelacur
warga China menjadikan negara ini sebagai destinasi kerjaya maksiat
"freelance" mereka.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan
berkata pelacur warga Republik China juga lebih selesa dengan suasana iklim di
negara ini kerana tidak jauh berbeza keadaannya daripada negara mereka,
terutama di bahagian selatan China.
Beliau berkata pelacur warga China
itu bertutur dalam Mandarin dan ini memudahkan mereka untuk bergaul dengan
masyarakat Cina di negara ini serta makanan di negara ini juga hampir sama dengan
tempat asal mereka.
“Sosiobudaya yang seakan-akan sama
dengan kita dari segi bahasa, pemakanan dan cuaca selain kemudahan pengangkutan
menjadi galakan kepada pelacur di sana datang ke negara ini.
"Kos yang murah dalam sistem
pengangkutan contohnya ada ‘penerbangan kos murah’ dan mudah untuk dicapai
melalui internet menjadi pemangkin untuk mereka hadir ke negara ini,"
katanya kepada Bernama.
Abdul Jalil berkata pendedahan itu
dibuat setelah pihak polis menyoal siasat 13 wanita warga China yang ditahan
dalam serbuan kerana menyalahgunakan pas pelajar dan salah guna pas lawatan
sosial pada 16 Feb lepas di sebuah pusat urut, di Sri Petaling, Brickfields.
Beliau berkata mengikut siasatan
awal, pelacur warga China yang pernah memasuki Malaysia sebagai pekerja seks
melalui sindiket, akan kembali semula bekerja di negara ini menggunakan visa
pelajar dan menjalankan kegiatan pelacuran secara 'freelance' kerana pendapatan
yang lumayan.
"Ada dua taktik pertama iaitu
mereka akan menggunakan ejen atau sindiket untuk bawa mereka masuk tetapi
apabila mereka dah duduk sini mungkin dalam setahun, dah tahu kawasan, mereka
akan gunakan pula taktik kedua iaitu dengan berpatah balik tanpa melalui
sindiket.
“Mereka berani dan tidak ada
masalah untuk datang secara sendiri kerana mereka dah tahu nak pergi mana,
bekerja di mana, tahu sistem pengangkutan di Malaysia contohnya turun di LCCT,
naik bus RM9 pergi ke KL Sentral kemudian naik teksi ke Pudu dengan kos RM20,
sebelum menetap di rumah yang sebelum ini mereka pernah duduk seterusnya
kembali menjalankan kegiatan pelacuran,” katanya.
Abdul Jalil berkata kebanyakan
warga China yang disoal siasat adalah atas kapasiti bukan untuk belajar tapi
hanya menggunakan pas tersebut sebagai platform supaya nanti mereka boleh pergi
ke satu tempat yang lain dan akhirnya langsung tidak mendaftar di institusi
pengajian mereka semata-mata untuk menjadi pelacur.
“Mereka sebenarnya cuba mengaburi
pihak berkuasa contohnya ketika berada di pintu masuk utama Imigresen,
Imigresen tengok mereka pegang visa pelajar dan tengok mereka sebagai pelajar
sahaja dan beranggapan budak ni nak belajar jadi tidak akan tanya banyak soalan
sebaliknya kalau tengok mereka sebagai pelancong,Imigresen mesti akan tanya nak
pergi mana, duduk hotel mana, dan sebagainya,” katanya.
Statistik terkini Unit Pencegahan
Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman pada
Januari hingga 15 Feb menunjukkan warga China merupakan jumlah paling ramai
ditangkap kerana terbabit dalam pelacuran iaitu seramai 653.
Tangkapan itu diikuti dengan warga
Vietnam (367), Thailand (300), Indonesia (177), Filipina (55), Uzbekistan (19),
Myanmar (14), Kemboja (10), Bangladesh (9), Mongolia (6), Nigeria dan Sri Lanka
masing-masing empat tangkapan dan India satu.
Berdasarkan statistik polis, warga
China kekal mencatatkan tangkapan tertinggi bagi tiga tahun berturut-turut
iaitu pada 2009 seramai 5,753; 2010 (6,378) dan 2011 (5,922). – Bernama
No comments:
Post a Comment