Friday, May 3, 2013

PRU13 (Pilihan Raya Umum ke 13) Memihak kepada siapa?




Pada 5 Mei ini rakyat malaysia akan menentukan parti mana yang akan menerajui negara untuk tempoh 5 tahun akan datang, samada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

Walau siapapun yang terpilih, kerajaan perlu melihat kepada keperitan dan kesusahan rakyat terbanyak yang tertekan dengan suasana himpitan hidup yang makin terdesak dengan kuasa beli yang makin terhakis.

Liputan Media Arus Perdana.

Liputan media arus perdana memihak kepada BN. Dilihat BN mendominasi media dengan liputan yang meluas dan tidak kepada PR. Menteri menawarkan setiap parti politik membentangkan manifesto masing-masing selama 10 minit secara rakaman.

PK menolak tawaran itu kerana menganggap tidak masuk akal. Akhirnya liputan selama 3 jam diberikan kepada BN dalam penamaan calon dan disiarkan secara langsung pula. Bagaimanapun publisiti PK mengatasi BN dalam dunia siber. Ini menuntut PM membelanjakan RM41 juta untuk menpromosi iklan dan kempen BN.

Manifesto Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat

-BN menawarkan pelbagai bantuan di bawah jenama 1Malaysia. Jika rakyak memberikan peluang kepada BN sekali lagi, bantuan BR1M RM500 akan dipanjangkan kepada setiap tahun.


-PK pula mengatakan bantuan BR1M tidak menyeluruh. Ianya hanya memberi manfaat kepada 3 juta penduduk sahaja dari kira-kira 28 juta rakyat Malaysia. Bantuan BR1M tidak dapat mempengaruhi harga barangan keperluan yang tinggi dan itulah perkara pokok yang perlu diberikan perhatian.

PK berjanji akan menurunkan harga minyak jika diberi peluang untuk mentadbir negara. Kerana minyak yang menjadi faktor utama kepada peningkatan kos dan akhirnya mengakibatkan semua barangan keperluan meningkat naik. PK percaya jika harga minyak diturunkan, maka harga barangan akan mengikut turun juga secara perlahan2, dan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada keseluruhan rakyat 

Rata-rata berpendapat, bahawa manifesto PK rakyat lebih realistik membantu rakyat, namun disanggah BN dengan mengatakan jika dilaksanakan manisfesto PK  yang berjanji untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol dan memberikan pendidikan percuma serta menghapuskan PTPTN, negara akan jatuh bangkrap.

Kajian UMCEDEL Jelajah Merdeka Rakyat (PR) VS Jelajah Janji Ditepati (BN)

Berdasarkan kajian UMCEDEL berdasarkan Jelajah Merdeka Rakyat dan Jejalah Janji Ditepati mendapati sambutan dari rakyat amat menggalakkan. Dilihat majlis yang melibatkan PM disertai dengan ribuan peserta. Malah terdapat juga rungutan dari Kakitangan Kerajaan dan guru yang menuntut mereka wajib hadir dalam program itu. Tambahan pula pengangkutan dan jamuan makan disediakan.



Dalam program Jelajah Merdeka Rakyat yang dianjurkan PR dalam sesi ceramah juga mendapat sambutan hangat. Puluhan ribu yang hadir, walaupun tiada persembahan dari artis tersohor. Dilihat golombang kebangkitan rakyat ini yang membuatkan BN tidak senang duduk.


Ketelusan dan Kredibiliti

Untuk tampil dengan berimej bersih, dan bebas dari unsur-unsur rasuah, PM menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bersama Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) sebagai perisytiharan umum mempertahankan integriti dan komitmen beliau membanteras rasuah khususnya menjelang PRU-13.

Ekoran dari itu, Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO Selangor tidak tersenarai sebagai calon dalam PRU-13 ini. BN banyak menampilkan 49% calon muka baru atau calon boleh menang untuk PRU-13 ini.

Berlaku protes di sana-sini dari kalangan ahli UMNO yang tidak puas hati kerana ketua mereka telah dipinggirkan. Ada juga yang mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas. Bagaimana pula dengan calon di Perlimen Jempol yang tetap dicalonkan walaupun telah didapati bersalah akibat politik wang dan pernah digantung tugas oleh UMNO selama 6 tahun.

Kejujuran dan keikhlasan PR yang sebelum ini mahu memastikan pilihan raya bersih dan bebas rasuah mula diragui. Keengganan mereka untuk menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya dilihat  PR tidak serius melaksanakannya.

Tetapi PK mengulangi tekad memerangi rasuah dan salah guna kuasa habis-habisan jika PR diberi mandat mentadbir Putrajaya pada Pilihyan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Malah menegaskan bahawa tidak ada siapa yang boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang jika terbabit melakukan rasuah dan salah guna kuasa.

Debat Manifesto
  
PK telah beberapa kali mengundang BN untuk berdebat perihal manifesto yang ditawarkan pada PRU-13 ini. Peluang ini dilihat supaya rakyat dapat menilai tawaran manakah yang lebih baik. Tetapi malangnya tidak menjadi kenyataan, kerana PM sering memberikan alasan tersendiri untuk tidak berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu.


Dari tinjauan yang dibuat peratus yang bersetuju untuk diadakan debat ini begitu tinggi. 


@apapun rakyat Malaysia akan menentukannya siapa yang menerajui Malaysia pada 5 Mei ini..

 

No comments:

Post a Comment