Bahang Pru-13 masih belum lagi reda
Poster dan banner calon yang bertanding pun masih
ada lagi yang tidak diturunkan
Tetiba harga gas pula dah naik, tak lama lagi
goreng pisang pun naik sebab gas mahal...
Opps!... Jangan pula merungut!
Kan Kerajaan 1Malaysia dapat memahami dan mendengar
denyut nadi rakyat..
Jangan pula ada yang keliru, samaada rakyat
didahulukan atau rakyat yang kena dulu... huhu..
Nantikan pula kedatangan GST dan AES!
Video Brahim Ali dah meroyan bila kalah bertanding di kubu kuat sendiri, Tolong jangan usik dia... biarlah dia terjun dengan labu-labunya..
Tong gas naik lepas PRU, hadiah BN kepada rakyat
KUALA LUMPUR
10 MEI: Harga tong gas didakwa telah naik di beberapa kedai selepas sehari
berlangsungnya pilihan raya.
Beberapa
orang pengguna dalam mesej di laman twitter tidak berpuas hati dengan kenaikan
harga tong yang mendadak, daripada RM28 kepada RM30.
enaikan
tersebut bagaimanapun tidak diumumkan oleh kerajaan. Harga jualan barangan
keperluan asas biasanya diumumkan terlebih dahulu sebelum dinaikkan dan tidak
boleh dilakukan secara senyap-senyap.
Mengulas hal
tersebut, Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Shari berkata, harga tong
gas atau apa juga jenis barangan tidak sepatutnya naik memandangkan tiada sebab
khusus untuk menaikkan harga.
“Tidak wajar
perkara itu berlaku. Apa sahaja barangan atau perkhidmatan, tarif elektrik dan
sebagainya tidak perlu naik.
“Kerajaan
pula dalam masa yang sama perlu mengawal harga keperluan pengguna agar tidak
membebankan rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily.
Yahya tidak
menolak kenaikan harga tersebut dilakukan oleh pekedai. Namun, katanya,
kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan perlu memantau dengan lebih kerap peruncit-peruncit agar tidak
menaikkan harga sesuka hati.
“Kementerian
Kepenggunaan perlu memantau lebih kerap dalam hal ini.
“Kalau
Pakatan diberi mandat dalam PRU lepas, tentu kenaikan tidak akan berlaku.
Pakatan berjanji menurunkan harga barang-barang melalui penurunan harga petrol
dan tarif elektrik.
“Jika tidak
turun pun harga akan bertahan dan tidak akan naik,” katanya.
Melalui
laman sosial, rakyat boleh melihat pelbagai komen kenaikan harga barangan,
termasuk kenaikan tol di lebuh raya tertentu dan beberapa jenis barangan
keperluan lain. keadilandaily
No comments:
Post a Comment