Inilah mentaliti pemimpin BN..
Habis semua orang nak di
rasuahnya..
Dia ingat semua manusia ini
boleh dibeli dengan duit!
Jika memberi dan berharap
sesuatu... itu rasuah la namanya...
Walaupun secawan kopi!
BN batal janji makan percuma, insurans
Tawaran makanan percuma dua
kali sehari dan perlindungan insurans peribadi bernilai sehingga RM27,500 bagi
tempoh lima tahun terbatal berikutan kekalahan BN bagi kerusi DUN Kota
Laksamana pada pilihan raya umum ke-13.
Calon BN kawasan itu Datuk
Chiw Tiang Chai, yang menawarkan janji berkenaan dalam aku janjinya, berkata
penduduk di DUN itu boleh berjumpa dengan wakil rakyat baharu mereka bagi
mendapatkan bantuan.
"Apa yang saya janji ialah makan percuma, insurans percuma. Semua
itu batal sebab saya tak menang, dia (pengundi) dah pilih calon yang dia nak, jumpalah wakil rakyat
baharu," katanya kepada pemberita di Melaka.
Chiw yang juga Pengerusi PPP
Melaka tewas kepada calon DAP Lai Keun Ban dengan majoriti 3,462 undi manakala
Lai mendapat 11,969 undi.
Beliau berkata kekalahan itu
memperlihatkan bahawa kebanyakan pengundi
Cina di DUN berkenaan tidak berlaku adil kepada kerajaan BN yang banyak
membantu mereka selama ini.
Chiw juga sedih dengan
kekalahan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi PKR
Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di Parlimen Bukit Katil dengan majoriti 5,447
undi.
- Bernama
Jom tengok komen2 yang bernas
neh...
No comments:
Post a Comment