HILANG!..setelah dicalit dengan dakwat sotong.. |
SPR membuat Pembaziran wang rakyat lagi...
Kenapa tidak buat kajian pada negara2 yang pernah gunakan dakwat ini
seperti India, Filipina, Iraq atau Indonesia...
Selepas umum harga minyak turun.. alasan paling munasabah, pencenkan
mereka2 yang bertanggungjawab ini... Lantik orang yang lebih faham apa itu
makna ‘AMANAH’.
Tak tahu malu ke bila ada yang buat lawak kata SPR beli dakwat kekal
dicampur dengan ‘dakwat sotong’ atau ‘kicap jalen’?...
SPR bazir RM5 juta beli dakwat kekal boleh ‘tanggal’
di India |
KUALA LUMPUR 2 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membazirkan RM5 juta
untuk pembelian dakwat kekal tetapi boleh ditanggalkan dalam masa singkat,
selepas dicalit di jari pengundi pada pengundian awal Selasa lalu.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty mempersoal jaminan SPR
yang mendakwa dakwat itu tahan seminggu.
“Jaminan SPR sangat bercanggah dengan apa yang berlaku pada hari
pengundian awal kerana calitan dakwat kekal boleh ditanggalkan dalam masa
sekejap sahaja.
“Ini hanya membazirkan duit rakyat kerana kita tahu untuk menempah dakwat
kekal melibatkan kos yang tinggi berdasarkan pengakuan SPR sebelum ini. Mana
jaminan SPR?” katanya ketika dihubungi.
di Iraq |
Terdahulu, SPR melalui pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
mengakui pembelian dakwat kekal melibatkan kos yang besar tetapi tidak
mendedahkan amaun sebenar.
Bagaimanapun, Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu, SPR
membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat kekal baru kerana dakwat kekal
yang sepatutnya digunakan pada PRU 2008 sudah dilupuskan kerana tamat tempoh.
Pada 2008, SPR bercadang menggunakan dakwat kekal, tetapi membatalkan
seminggu sebelum pilihan raya atas faktor keselamatan.
Sehubungan itu, dakwat kekal dengan kos RM2.4 juta itu dilupuskan pada 25
November 2009.
Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata, SPR perlu mencari jalan
menyelesaikan segera masalah dakwat tidak kekal itu supaya tidak berulang pada
hari pengundian 5 Mei ini.
“SPR perlu bertanggungjawab. Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi
pada hari mengundi. Kita tidak tahu sama ada dakwat itu betul-betul berkualiti
atau sebenarnya berkualiti rendah.
“Kita tidak mahu duit rakyat dibazirkan. Jangan sesekali mengatakan
penggunaan dakwat kekal akan ditarik balik di saat akhir seperti berlaku pada
2008,” kata calon Parlimen Bagan Serai itu.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak jika masalah tersebut berpunca
akibat perancangan SPR untuk membantu Umno kerana bimbang dengan momentum
rakyat kepada Pakatan Rakyat.
“Mungkin ini juga taktik terancang SPR bersama Umno kerana takut dengan
sokongan rakyat yang mahukan perubahan. Manipulasi dakwat kekal ini antara
taktik yang akan digunakan,” kata Muhammad Nur.
No comments:
Post a Comment