Friday, May 3, 2013

Tidak Suka Atas Kebenaran: Cermin Sebenar Kerajaan BN .



Umum melihat Kerajaan tidak mengamalkan Amal Ma’aruf, Nahi Mungkar.
Maksudnya sebuah perintah untuk mengajak atau menganjurkan hal-hal yang baik dan mencegah hal-hal yang buruk bagi masyarakat. Frasa ini dalam syariat Islam hukumnya adalah wajib.


Apabila dikatakan korop, dituduh membenci kerajaan pula. Secara terangan, dilihat kerajaan tidak memerlukan orang yang punyai sifat luhur dan jujur. Malah dalam ceramah PK mengatakan “Orang yang bercakap benar di tekan, pelaku rasuah pula diangkat disanjung”. Inilah hakikat yang tidak dapat disorok lagi...

Pada 5 Mei ini, Ayuh humbankan mereka melalui peti undi. Berikan undi kepada Pakatan Rakyat yang dilihat bersungguh-sungguh untuk benteras rasuah dan salah guna kuasa juga beriltizam untuk menaikkan taraf hidup rakyat. 

Pencacai tegar Umeno pasti tidak gemar kenyataan ini... kerana jatuhnya Umeno, tiadalah projek, tiada projek habis semua mati kelaparan...  jangan marah haaa, nanti kena jual!



Lapor kes dakwat kekal: Mejar ditukar serta merta

PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM)  Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan  ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu. -harakahdaily



@Syabas. Salute pada Mejar..berani kerana benar. Sesungguhnya rezeki itu ada dimana2.

No comments:

Post a Comment