Contoh sel kanser |
Angka pesakit kanser
semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak
kira bangsa dan status. Mengikut laporan MAKNA, 11 juta dewasa dan kanak-kanak
menghidap penyakit kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh
dunia . Di Malaysia, 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap penyakit kanser
setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 dari 4 pesakit kanser
gagal diselamatkan atau sembuh.
Info Apa Itu Kanser?
-Kanser ialah sel yang
terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser
dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota
badan yang lain.
-Tumor ini akan
mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah
kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang
lain melalui saluran darah dan limpa.
-Setiap orang ada sel
kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan
piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
-Sel kanser tidak mempunyai
bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang
mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.
Mohon Doa Untuk Menghapuskan Sel Kanser
Al-Quran adalah penyembuh
segala penyakit. Terdapat lapan surah yang boleh diamalkan untuk memusnahkan
sel-sel kanser. Jika pesakit dapat
membacanya dengan baik, atau jika kurang mahir bolehlah meminta bantuan dari
orang lain untuk mewakili pihak dirinya.
Sebaiknya, sebelum
memulakan bacaan;
1)Beristifar
10x
2)Selawat
atas Nabi 10x
3)Al-Fatihah
1x
Sediakan sebotol air
mineral (atau secukupnya). Bacakan surah mengikut turutan seperti di bawah, setiap
kali selesai surah dibaca, tiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air
bacaan setiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang terkena barah/kanser.
InsyaAllah.
1)Surah Al- Maidah
(Ayat 82-91)
2)Surah Al
Araf (Ayat 70-81)
3)Surah Ar Ra'd
(Ayat 16-28)
4)Surah Al
Anbia'a (Ayat38-50)
5)Surah Asy
Syura (Ayat 185-227)
6)Surah Az
Zummar (Ayat 42-52)
7)Surah
Ghafir (Ayat 67-77)
8)Surah Az
Zukruf (Ayat 52-70)
Kepada pembaca budiman,
tolong sebarkan kepada ahli kelarga atau sahabat handai yang mengidap penyakir
kanser. Semoga kebaikan yang dilakukan
akan beroleh ganjaran dariNya jua.
Hanya kepada Allah saja
kita memohon dan meminta pertolongan. Semoga apa yang diusahakan akan
diberkati. Amin!
Sumber: apahell.blogspot.com
No comments:
Post a Comment