Wednesday, February 6, 2013

Mercedes Benz CLA-Class: Hanya US$29,900 di USA. Di Malaysia Berapa Ya?


Kereta berkelas mewah adalah pengukur status seseorang. Biarpun kerjaya sebagai supir, apabila melintas pastinya terbelalak biji mata orang kampong. Mana mungkin seorang kerani mampu milik kenderaan semewah ini (maaf, bukan di Malaysia).Untuk di “service” saja memakan belanja hampir RM3000 (betulkan saya jika salah) kerana kami hanya punya ProtonW tahun2000 sahaja. 

KongsiOn9 sekadar untuk berkongsikan satu iklan Mercedes yang terbaru, yang menimbulkan satu persoalan, Agaknya berapakah harga kereta model Mercedes Benz CLA-Class ini apabila mula di jual kepada rakyat Malaysia kelak?

-Gaji lepas graduan universiti agak tinggi di USA
-Gaji lepasan graduan universiti di Malaysia agak kecil

Kami pun tidak menggalakan sesiapa untuk membeli kereta mewah seperti ini. Kalau mampu, teruskan. Kebetulan sebenarnya kami menjumpai iklan terbaru model Mercedes Benz ini sehingga membuatkan kami tertanya-tanya, mengapa kalangan yang menentukan dasar harga kereta di malaysia meletakkan satu penanda aras harga yang sebegini rupa? Mengapa?

Rakyat Malaysia terpaksa beli kereta kerana perkhidmatan awam yang disediakan ketika ini tidak mencapai tahap yang diharapkan. Tetapi masalahnya harga kereta ditawarkan agak membebankan. Tetapi terpaksa juga dibeli, jikalau tidak tidak bergeraklah mereka ke tempat kerja. Akhirnya mereka-mereka ini, berhadapan jumlah kadar bayaran bulanan yang tinggi berbanding kadar gaji yang diterima mereka…

Iklan Komersial Model Terbaru Mercedes Benz

KLIK gambar di bawah ini untuk menonton video penuh

Minit ke 1:11, kereta Mercedes memotong F1 Petronas Malaysia

Sehinggakan kami sendiri tertanya-tanya, apakah rakyat Malaysia sehingga hari ini dianak tirikan, atau diperolokan?

Anda pernah bekerja di negara Arab?
Jika mahu dibandingkan negara Arab dengan Malaysia berdasar SUMBER ASLI, Malaysia jauh lebih banyak daripada mereka. Negara mereka, hanya ada minyak dan gas serta kurma sahaja. Malaysia? Kelapa sawit, minyak, gas asli, balak, perikanan, pertanian, penternakan,Pembuatan, hab itu-hab ini dan sebagainya.

Keratan Akhbar Iklan Proton di Arab Saudi
 Oleh itu secara kiraan matematik dan logiknya, rakyat Malaysia seharusnya lebih berharta dan berkemampuan (tidak kaya pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya hidup selesa tanpa dibebankan kos sara hidup yang tinggi termasuklah harga kereta mampu milik dan paling penting ada sebiji rumah yang selesa untuk mereka).

Datuk Seri Najib Razak masih ada masa dan peluang untuk membuktikan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” benar-benar berikan impak kepada rakyat Malaysia. Bagi kami usaha kerajaan memberikan BR1M harus dipuji dan merupakan permulaan yang baik walaupun kami tidak layak.

Walaubagaimanapun, kami masih ternanti-nantikan usaha kerajaan untuk menangani masalah pokok yang melanda rakyat Malaysia ketika ini menyentuh kos sara hidup rakyat setiap hari, setiap bulan termasuklah kadar harga kereta di Malaysia. 
Sumber:beritasemasa.com



No comments:

Post a Comment