Friday, February 1, 2013

Lahir anak - dapat duit?



Singapura: Ibu bapa yang melahirkan anak di republik ini tidak lama lagi akan mendapat hadiah lumayan daripada kerajaan berikutan langkah memperbesarkan keluarga yang didedahkan semalam.

Mereka yang melahirkan bayi warga Singapura pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu akan mendapat bonus wang tunai SG$6,000 (RM14,804), meningkat daripada $4,000 (RM9,870) sebelum ini. 

Syarat ini tertakluk untuk anak pertama dan kedua. Untuk anak ketiga dan keempat, hadiah wang tunai meningkat kepada $8,000 (RM19,741) daripada $6,000 (RM14,804).

Wang tunai itu diberikan secepat mungkin menerusi tiga kali pembayaran dalam setahun berbanding empat pembayaran dalam tempoh 18 bulan sebelum ini.

Bayi rakyat tempatan dilahirkan pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu juga akan mendapat akaun Medisave dengan ganjaran $3,000 (RM7,403).

Ini bagi membantu perbelanjaan penjagaan kesihatan anak dan akan dibayar sebanyak dua kali pembayaran.

Separuh bayaran pertama akan dibayar apabila bayi itu didaftarkan kelahirannya dan bakinya akan dibayar pada tahun berikutnya dengan syarat bayi itu mendaftar dengan MediShield. 

Di bawah pakej yang diperbaiki itu, kerajaan akan turut melanjutkan peruntukan MediShield meliputi kacacatan baru yang didiagnosis dan keadaan kelahiran tidak cukup matang. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mac depan. - Straits Times

 

@ Hanya sah di Singapura bukan di Malaysia.  Sabar dulu!.  Bahang PRU-13 dah makin dekat ni, dicadangkan kepada pihak pembangkang (yg nampaknya semakin kuat) supaya masukkan isu ini ke dalam manifesto pilihan raya ni, selain turun harga minyak dan hapus tol.... mesti pok jib kata... celaka ko Nuar!

Wanita berhati mulia



Putrajaya: Simpati terhadap tiga ibu yang tidak mampu memberi susu badan kepada anak masing-masing akibat masalah kesihatan, seorang wanita bermurah hati menjadikan ketiga-tiga bayi mereka sebagai anak susuannya.

“Sedangkan niat berbuat kebaikan pun sudah dapat pahala, inikan pula menderma susu tanpa mengharap balasan. Apatah lagi susu didermakan itu boleh membantu bayi mendapatkan khasiat penting untuk tumbesarannya.

Tanpa mengharapkan sebarang balasan, Nurul Uyun Mazlan, 30, berkata, naluri keibuannya mendorong dia berbuat demikian walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, Dania Alisha Almaduddin, 3, dan Dania Maisarah, tiga bulan.

Kemuliaan hati Nurul Uyun itu seharusnya membuka mata masyarakat mengenai amalan menjadi ibu susuan, sesuatu yang lazim dilakukan masyarakat Arab dan diharuskan Islam, tetapi jarang diamalkan umat Islam negara ini. – H/Metro

@apalah salahnya kalau dah berlebihan, daripada membazir lebih baik bagi jer pada bayi2 (untuk bayi sahaja, orang dewasa jangan nak berangan) yang memerlukan. Pahalapun dapat. Badan pun sehat, tak gitu? Anda pulak bila lagi…


UNDI POS: Untuk Rakyat Malaysia Di Luar Negeri



Rakyat Malaysia di sebarang laut yang bercadang untuk mengundi secara pos dalam pilihan raya umum akan datang, mestilah memenuhi beberapa syarat.
 
Keperluan utama ialah mereka mesti pulang ke tanahair selama sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun terakhir sebelum pembubaran Parlimen akan datang.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanwebnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga berkata mereka mesti sudah berdaftar sebagai pengundi biasa.

Tempoh lima tahun itu dikira dari 28 April 2008, apabila sesi semasa Parlimen bermula.
SPR akan menyemak dengan jabatan imigresen untuk menentukan sama ada pemohon telah mematuhi syarat 30 hari itu.

Ia telah dijelaskan bahawa undi pos tidak akan disediakan untuk mereka yang tinggal di selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan.

Pengundi luar negara yang layak mengundi, perlu mengisi dan mengemukakan borang permohonan yang boleh didapati di laman SPR.

Satu garispanduan mengenai bentuk dan fail sesi soal-jawab, menyediakan butiran permohonan tersebut dan proses mengundi.

Berkuatkuasa dari semalam, permohonan boleh dikemukakan sehingga hari Parlimen dibubarkan - pada atau sebelum 28 April seperti yang diputuskan oleh perdana perdana.

Walaupun SPR akan hanya memaklumkan secara rasmi kepada keputusan pemohon mereka selepas tarikh penamaan calon, namun pemohon digalakkan menyemak status melalui lamanweb.

Apabila pilihan raya umum dipanggil, SPR akan mengumumkan tarikh  dan masa untuk pengundi yang layak mendapatkan kertas undi dari misi diplomatik Malaysia yang terdekat.
Pengundi digalakkan membuang undi di misi diplomatik Malaysia, walaupun mereka juga boleh mengembalikan kertas undi kepada misi tersebut pada hari berikutnya.

Jika mereka memilih untuk mengambil kertas undi di luar masa yang ditetapkan, mereka boleh mengepos kertas undi ke pejabat SPR di Malaysia - selagi ia tiba jam 5 petang hari mengundi.

Dokumen soal-jawb, bagaimanapun, tidak menjelaskan bagaimana SPR akan melindungi integriti proses pengundian dan pemindahan undi.

Borang permohonan B1 boleh diakses DI SINI.

Garispanduan untuk mengisi borang boleh diakses DI SINI

Satu sampel Borang yang lengkap boleh dilihat DI SINI

Selangor Bubar DUN selepas TBC




SHAH ALAM, 30 Jan — Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) berkenaan perkara ini.

“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal, iaitu selepas Chap Goh Meh,” kata Khalid (gambar) dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Menurut Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

“Tetapi, kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat,” kata Khalid lagi.
Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 28 April dan pilihan raya mesti diadakan 60 hari dari tarikh tersebut.

Pemerhati menjangkakan Najib akan mengadakan pilihan raya pada penghujung Mac selepas memberi kesemua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program pemimpin Barisan Nasional percaya akan meningkatkan peluang dalam pilihan raya akan datang.
Menteri besar Selangor sebelum itu berkata pembubaran tersebut bergantung kepada bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya, sama ada secara berasingan atau serentak dengan parlimen.

Abdul Khalid menerangkan keputusan tersebut dibuat kerana keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.

Kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan satu kajian peningkatan pengundi dalam daftar pemilih meningkat, pada 563,471, 600,406 dan 625,510 setiap suku tahun lalu.

Khalid berkata kerajaan negeri tidak boleh mengesan 28 peratus dari 497,084 pengundi yang didaftarkan pada suku terakhir tahun lalu.

Sementara itu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Selangor.

"Beritahu dia, dia hanya boleh menasihati Sultan untuk bubarkan DUN, tapi tarikh penamaan calon dan pilihan raya terletak kepada SPR," kata Abdul Aziz dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

"Kebanyakan negeri dia punya last day .. About March, April atau Mei.."

Beliau juga berkata keputusan pembubaran DUN terletak di tangan Sultan Selangor.

"Terpulang kepada tuanku, kalau tuanku setuju," katanya lagi.

@ Khas Untuk Rakyat Malaysia di Luar Negeri. Panduan mengisi borang KLIK SINI

Solat: Terapi mati pucuk



KUALA LUMPUR: Hasil kajian tiga pensyarah Jabatan Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkan secara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain.

Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucuk yang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selama sebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelaki normal.
 

“Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tiga kali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jika kurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Biomedical itu adalah dua lagi penyelidik iaitu Prof Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Naib Canselor Prof Mohd Amin Jalaludin.

Dr Fatimah berkata selain solat lima waktu, pesakit juga diminta bersolat sunat selama setengah jam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selepas itu mereka dibekalkan peralatan yang dapat mengukur isipadu ereksi. Alat itu dipasang sebelum tidur.