Showing posts with label PRU-13. Show all posts
Showing posts with label PRU-13. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Janji Najib Mengenai Kadar Tol




UNTUK ‘sementara waktu’, kadar tol tidak akan dinaikkan, itu janji PM najib. Mungkin anda boleh menarik sedikit nafas lega ‘Sementara Waktu’. Setelah lulus ujian ‘makmal’ nanti (aku meneka)  pasti akan dilaksanakan juga bila bayaran BR1M dilaksanakan selepas Februari nanti. Dan Nafas akan kembali semput. Kita tunggu saja dengan cermat apakah tekaan aku itu tepat.

Kata PM, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol, dan pertimbangan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas kajian makmal secara mendalam dilakukan.

“Sebarang kenaikan kadar tol tidak akan dilakukan secara melulu, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah perimbangan agar bukan sahaja rakyat tidak terbeban malah syarikat konsesi juga dapat beroperasi tanpa masalah,” kata beliau. [baca sini]


Sebuah lagi janji... pakai lebuhraya, silalah bayar!

"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator. Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib Lapor themalaysianinsider


Baca pengalaman dari seorang pengembara asing Dan Gibas tentang Tol di Malaysia...

Malaysia's highways are very expensive compared to neighboring countries, where most roads are free to use. Thailand only has tolls in central Bangkok which normally cost THB 40 a time, whereas tolls in Malaysia can easily cost over RM25 just on one leg of the journey alone. As soon as you cross the border back to Malaysia - you get your travel documents processed, then at the very next booth a few meters away you will hear "Pay toll now please!" shouted out of a window. This is Malaysian for "Welcome back to Malaysia, nice to see you again!". No, actually its very rude and its overpriced and it's location is such that its a stealth tax on every car crossing the border. [baca sini].


Mengikut Laporan Ekonomi dan beritasemasa.com, hutang negara;
Tahun 1970 ialah RM3.5 bilion,
Tahun 2001 RM121.4 bilion
Tahun 2005 RM189 bilion,
Tahun 2007 RM247 bilion
Tahun 2009 RM348.6 bilion,
Tahun 2010 RM390.356 bilion
Tahun 2011 RM438.467 bilion
Suku kedua tahun 2012 RM476.68 bilion
Suku ketiga tahun 2012 RM484.621 bilion
Suku keempat tahun 2012 RM505.7 bilion dan
Suku pertama tahun 2013 RM547.79 bilion.
Menjadikan paurata hutang setiap rakyat Malaysia dalam linkungan RM17,500 seorang. Hutang negara sekarang menghampiri tahap maksimum 55% daripada KDNK.

Untuk memantapkan ekonomi Malaysia yang menanggung hutang semakin membengkak, talian hayat terakhir adalah kenaikan Tol di Malaysia RM0.50 – RM2.00.

Mana Satu Pilihan anda?
a] Naik Tol
b] Cukai Naik
c] Tol Naik, Cukai pun naik
d] Semua jawapan di atas adalah betul.

Contoh karangan Bahasa Malaysia yang lari tajuk...



Saturday, December 21, 2013

BR1M 2014 mula dibayar Februari





KUALA LUMPUR - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memberitahu, penerima BR1M sedia ada tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, sebaliknya boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.

"Bagi pemohon baharu, mereka boleh mendaftar secara dalam talian atau manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 bermula 23 Disember ini dan berakhir 31 Januari depan,'' menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati secara percuma mulai tarikh yang dijadualkan di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau memuat turun melalui laman sesawang LHDN

Menurut kenyataan kementerian itu lagi, kriteria program BR1M 2014 telah ditambah baik antaranya kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, nilai bantuan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650.

Sebagai tambahan, kategori bantuan juga diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan dengan jumlah bantuan RM450.

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan caruman i-BR1M bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan jumlah perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula akan menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 kepada RM650.

Sementara itu, bagi kategori bujang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000, bantuan akan ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian hotline 1-800-88-2716 dari pukul 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 23 Disember ini. –Utusan.

KLIK Gambar Untuk Daftar

https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx


Sunday, December 15, 2013

'Selamat Datang 2014 - Tahun BN'




Kemungkinan harga tambang pengangkutan awam naik tahun depan mengesahkan dakwaannya bahawa 2014 bakal dikenang sebagai "tahun barang naik".

Beliau pernah memberi amaran bahawa BN merancang menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang 2014, sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015.

Ini kerana, tambahnya, BN tahu bahawa GST akan melonjakkan inflasi dan kenaikan harga sukar dibuat selepas itu memandangkan pilihan raya umum perlu diadakan sekitar 2017-18.

"Pengumuman berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan," kata Rafizi.



Jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat semalam berkata, badan itu akan mengkaji terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan kepada operator perkhidmatan awam untuk menaikkan harga tambang, susulan kenaikan tarif elektrik.

Naik jangan tak naik..

Pengusaha bas sekolah mahu kenakan surcaj 40%
             
Kesatuan pengendali bas sekolah mengumumkan bahawa anggota akan mengenakan surcaj tambahan 40 peratus ke atas kadar tambang apabila penggal persekolahan bermula bulan depan, sekiranya kerajaan tidak mendedahkan kadar baru bagi perkhidmatan itu.

Lagi naik...

Ku Nan: Kenaikan cukai pintu DBKL tak ditangguh

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuatkuasa pada 1 Januari depan. 

Pun nal naik juga...

Menteri: Kenaikan tol dalam perjanjian konsesi

Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Kata-kata yang hanya menyedapkan hati...

TNB: Pelarasan tarif tak beban pengguna
           
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.

"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka tidak terbeban.


Antara yang dipetik sebagai berkata;

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.

Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.

"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.

"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

@Minum Tek Tarik (minuman kegemaran rakyat Malaysia) dah naik dari RM1 ke RM1.20 segelas. Jika ke Plaza Low Yatt, nak buang air kena bayar RM1 sekali masuk... Nasib baik Oksigen yang dihirup untuk bernafas dan kentut tidak dikenakan cukai..Mungkin tahun 2020 akan menjadi tahun muflis... huhu.

Thursday, September 5, 2013

Minyak Naik Lagi!, Hip! Hip! Horeyyy!






Langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak petrol RON 95 dan diesel bertujuan mengukuhkan ekonomi rakyat serta negara untuk jangka pendek dan panjang. Pengurangan subsidi kedua-dua bahan api itu telah 'menyelamatkan' duit serta peruntukan yang sepatutnya diterima oleh golongan sasar.

Apa katanya...

"Sebelum ini semua orang dapat jumlah subsidi minyak RON 95 dan diesel yang sama tidak kira kaya atau kurang berkemampuan. Perkara ini dilihat tidak adil kepada golongan yang kurang berkemampuan kerana apa yang diterima mereka turut diterima oleh golongan kaya.

Jadi, langkah kerajaan itu tepat memandangkan subsidi yang dikurangkan itu akan disalurkan pula menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan sasar," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. – katanya.

Menurut majalah perniagaan Forbes, Malaysia, sebagai pengeksport minyak dan gas, telah mendapat keuntungan daripada harga minyak dunia yang semakin tinggi, namun kenaikan kos petrol dan diesel di dalam negara serta kewangan kerajaan yang semakin lemah memaksa kerajaan mula mengurangkan subsidi kerajaan. Ikutnya [di sini].

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 RM2.10 seliter dan harga RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari. Berita lanjut [di sini].

Antara beberapa alasan yang popular diberikan setiap kali barang naik..
1.ringgit lemah berbanding euro/yen/etc
2.kenaikan harga minyak/gas dunia
3.kekurangan bekalan
4.kenaikan harga bahan mentah
5.kemerosotan permintaan

Apabila minyak naik!
1.Harga Barangan akan naik
2.Gas memasak pun akan naik juga
3.Tambang pengangkutan ikut naik
4.Harga rumah akan naik
5.Harga orang pun naik RM5k buat yang tak pas SPM, RM15k yang ada Diploma.   
6.Tarif Letrik akan naik jugak, tak untung katanya

Apa yang tak naik?
Konek pun dah malas nak naik!



Untuk menjimatkan kos, rakyat perlulah berhemah buat perbelanjaan katanya...
Ini salah satu cara nak jimatkan kos!
@Komen abadi;
Katanya BR1M untuk golongan sasar yang pendapatan isirumah di bawah RM3k. Jika tinggal diluar bandar mungkin mencukupi untuk sara hidup.

Cuba bayangkan nilai RM3k itu di kawasan Bandaraya seperti di Johore Bahru, Penang dan Kuala Lumpur? Itu yang layak. Yang tak layak Apa cer..
 
1.Minyak RM30 sehari, siap mengadap jem lagi hari-hari
2.Tol kena bayar
3.Parking RM3 untuk sejam, Silap parking, saman mari