Friday, March 1, 2013

Jambatan di Cyberjaya Sudah Runtuh





Oh Malaysia Ku..
Juta-juta akan melayang lagi..

**************************


PUTRAJAYA, 28 Feb: Sebuah jambatan di Cyberjaya di persimpangan bertingkat Taman Sains Selangor 2 menghala ke Lebuh Raya Elit runtuh petang tadi.

Difahamkan ianya runtuh kira-kira antara jam 1 hingga 2.30 petang tadi. Menurut laporan beberapa portal berita, polis Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Jambatan tersebut dikatakan didalam proses baikpulih kerana tanah dikawasan tersebut mendap. Jabatan Bomba dan Penyelamat menyebut tiada mangsa dilaporkan terlibat.





Pada tahun 2008, Jejambat MRR2 yang dibina dengan kos RM238 juta dan telah dibaik pulih menggunakan belanja tambahan sebanyak RM70 juta mengalami keretakan sekali lagi apabila tiga daripada 18 batang carbon fibre reinforced plastic (CFRP) prategasan yang dipasang pada struktur itu didapati putus secara tiba-tiba.



 @ Pak menteri sila jawab...

Ada Disini Peminat Kucing?? & Lihat 12 Foto Menarik




Info Tentang Kucing
Kucing dikenali sebagai mamalia karnivor kecil. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan mamalia lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari 1000 spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia.

Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing disayangi.

Antara lain kepintaran kucing yang mengalami sakit perut, ia akan mencari dan makan sejenis rumput jika tak silap namanya jarum mas. Rumput ini juga baik untuk merawat lemah tenaga batin lelaki katanya?

Jika terkena cakarnya tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Tapi jika terkena gigitannya, segeralah berjumpa doktor kerana giginya mempunyai bisa. Cerita yang Pernah berlaku di Terengganu satu ketika dulu, tentang seorang hamba Allah yang dalam kesamaran hendak mengambil wudhu solat subuh, terpijak dan terkena gigitan kucing. Beliau hanya menyapu minyak angin sahaja kerana menyangkakan tidak merbahaya. Akibatnya lama kelamaan luka itu merebak agak serius juga.

Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

Foto Kucing Comel ini bernama Daisy milik Benjamin Torode















 Abis dah....
 

Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN




Terang dan nyatalah yang kudis itu

telah membengkak dan bernanah...

Tidak dapat disorok-sorok lagi baunya

Membusuk sudah tersebar seantero dunia...



Hidup tak habis-habis kerjanya menipu!

Bukan hanya manusia sahaja...

Habis lembu, ayam dan itik tertipu sama.

Itulah akibat tulunjuk lurus, tapi kelingking berkait!


Seronok ke Jadi Pemimpin??
Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar r.a, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lantas ia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan mengkhianati rakyatnya kecuali Allah haramkan atasnya surga," (HR Bukhori [7150].

*****************************

Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN    
BACHOK: Bukan lagi omongan kosong Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan umpan menarik sokongan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Lebih dahsyat lagi apabila surat akuan bersumpah turut dikempilkan bersama baucer BR1M yang diberi kepada setiap penerima.

Akuan bertulis itu berbunyi...

“Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan bekerja dan Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Umno, bukan untuk berpecah sesama Islam”.

Akuan bersumpah itu diedarkan pada majlis penyampaian BRIM di Sekolah Menengah Beris Panchor baru-baru ini.

Mengulas taktik terdesak Umno Bachok itu Adun Tawang, Hassan Mohamood berkata, pemimpin utama Umno yang bermati-matian mempertahankan BR1M bukan tujuan politik pilihan raya ternyata meleset sama sekali.

Katanya, mereka tidak boleh hendak berdolak dalih lagi kerana apa yang berlaku di bawah jelas membawa mesej politik dengan menggunakan bantuan kerajaan.

“Umno dan BN ternyata sudah benar-benar terdesak sekarang. Mereka hanya dapat mengumpul rakyat di majlis pengagihan BR1M dan mesyuarat PIBG sahaja.

“Tanpa ada program BR1M Umno tidak mampu mengumpulkan orang ramai mendengar ceramah mereka menghentam kerajaan negeri dan PAS.

“Inilah taktik kotor Umno dengan berhempas pulas menggunakan segala kemudahan kerajaan bagi mempertahankan sisa-sisa kuasa,” katanya di sini.


Bagaimanapun beliau menganggap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan akuan sumpah tersebut kerana mereka faham talian hayat Umno berada di penghujung.

Sementara itu pada program penyampaian BR1M di sebuah sekolah di Dun Tawang semalam menyaksikan seorang penerima tiba-tiba pengsan kerana terlalu lama menunggu.

Yaakub Ibrahim dari Kampung Budi berkata, abang iparnya Nik Mahmud Nik Ismail datang awal lagi bagi 
menerima BR1M disampaikan seorang 
pemimpin Umno.

Bagaimanapun katanya, kerana terlalu lama diarah menunggu bagi mendengar ceramah politik pemimpin Umno menyebabkan dia jatuh pengsan.

“Nik Mahmud ada penyakit diabetis. Namun kerana terlalu lama menunggu pelbagai kerenah pemimpin Umno sebelum mendapat baucer BR1M menyebabkan dia tidak tahan sehingga terjatuh pengsan.

“Sekarang beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya sudah beransur pulih sekarang,” katanya. 


Makanan Segera Rosakkan Hati


Emmm.. Sedapnya!


LOS ANGELES : Satu kajian mendapati perbuatan memakan makanan segera yang kerap bukan sahaja menggemukkan tetapi juga boleh merosakkan hati seperti menghidap hepatitis.

Penulis buku Better in 7, Dr. Drew Ordon berkata, kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera dalam tempoh sebulan boleh memberikan kesan perubahan mendadak kepada hati.

Beliau berkata, makanan segera terutamanya kentang goreng sangat berbahaya kerana mempunyai bahan tambahan.

''Kita tahu kentang goreng ditambah garam dan digoreng dalam minyak yang berlemak, tetapi makanan ini juga ditambah gula. Kenapa gula? Kerana tindakan ini menjadikannya lebih garing,'' katanya dalam rancangan Amerika Syarikat (AS), The Doctors.

Beliau berkata, makanan seperti ayam goreng dan 'onion rings' pula sangat tidak baik kepada hati.

''Perubahan berlaku di dalam enzim hati seperti kesan jangkitan hepatitis. Penyakit ini boleh merosakkan hati,'' katanya.

Ordon memberi amaran sebarang produk yang ditandakan sihat atau segar di restoran makanan segera berkemungkinan tinggi mempunyai bahan kimia tambahan kerana tiada peraturan jelas tentang makanan berkenaan.

''Beberapa tempat menggunakan sejenis bahan dikenali sebagai propylene glycol yang merupakan sejenis bahan antibeku ke atas sayur-sayuran untuk mengelak daripada rosak.

''Walaupun jumlah itu kecil namun adakah anda mahu makan bahan antibeku,'' katanya. - AGENSI