Wednesday, August 28, 2013

Kekejaman di Syria: Doakan kejayaan para Mujahidin disana.




"Syam(Syria) bumi yang sering di sebut di mana akan berlaku pertempuran yang dasyat antara kaum Muslimin dan musuh2nya..."-Syaikh Al 'Arifi.

Seorang gadis remaja dilempar di tengah jalan, dibukakan pakainya, ditenjanginya, padahal dia dikenali seorang muslimah yang sopan dan berhijab. 100 makhluk jahat menganiaya memperkosanya.

Kebiasaannya orang hanya bersembunyi di sebalik tembok, seorang lelaki datang ingin menolongnya, lalu ditembak bertalu-talu oleh tentera syaitan sehingga beliau terbunuh.

..Dan lelaki yang dipaksa supaya berkata.. ‘Laa illa hailla Basyar” tetapi dia menolak, tauhidnya menolak.  Lalu berkata ia, ‘Laa illa haillallah’. Mereka manggali lubang dan menanamnya hidup-hidup!...

Lihat video [di sini]


Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Ke-56 2013




‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

“Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara,” kata kenyataan itu.
Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

Kata kementerian itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.

Kata kementerian itu, acara yang bermula pada jam 5 petang itu dimeriahkan dengan Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya.

Acara lain termasuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM juga akan mengisi acara pada sambutan hari kemerdekaan nanti.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di laman web www.malaysiamerdeka.gov.my.


@Komen nama abadi;
Banyak pihak yang pertikai mengatakan rakyat malaysia generasi baru kurang menghayati hari kemerdekaan. Ini kerana tidak (banyak) terdapat lagi individu yang memasang bendera di kenderaan mereka, seperti 7 tahun lalu.

Diperturunkan beberapa sebab kenapa fenomena itu berlaku. Pertamanya, banyak syarikat stesen petrol pump menghadiahkan satu bendera apabila pelanggan membeli petrol atau diesel minima RM20 di stesen mereka. Itu yang bagusnya. Yang tak bagusnya, di tahun-tahun yang berikutnya, banyak pula kedai yang menjual bendera ini dengan harga RM2. Apa yang menyedihkan, kualitinya amat mendukacitakan.

Jika anda melalui di jalan MR1 atau MR2, terdapat bergelimpangan bendera ini di tengah jalan. Tercabut ditiup angin. Inikah yang dikatakan penghormatan?. Melihat bendera Malaysia kebangganku dilenyek oleh berjuta tayar kenderaan hingga lunyai!

Sepatutnya pihak penganjur berfikir bagaimana orang muda berfikir. Ingin mencadangkan, Lantiklah stesen radio yang banyak pengaruhnya seperti Hot FM atau Era FM sebagai Duta Hari Kemerdekaan, kerana stesen radio swasta ini banyak pengikutnya. Jelajah disemua Shopping Complex di seluruh Malaysia. Mereka ini kreatif dengan menganjurkan berbagai kuiz atau umpanya. Yang bernasib baik hadiahkan T-Shirt yang ada logo ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’. Peruntukan berjuta-juta kemana perginya?.

Tema pada tahun 2012, langsung tak kena., kerana ada unsur politik. Apa temanya?. ‘Janji ditepati’. Siap ada lambang 1Malaysia lagi. Lambang 1Malaysia telah digunakan oleh sebuah parti politik dalam poster dan Baju semasa kempen pada PRU13 lepas. Mesti diingat bukan semua orang minat berpolitik!
Logo dan tema yang digunakan disemua negeri Pakatan Rakyat untuk tahun 2012 kali ke55.
 
Lihat bagaimana mereka cara mereka ini ‘menghormati’ bendera;


Gawat! Wanita Bersuamikan Dua Lelaki





Mungkin rasa pelik jika seorang wanita mempunyai dua suami. Tapi tidak di Nairobi, Kenya, kerana poliandri dibenarkan di negara itu. Bagi umat Islam perbuatan ini hukumnya haram.

Dua lelaki yang bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis untuk berkongsi seorang wanita yang sama. Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka. 

Mereka menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya. Mungkin ada satu keistimewaan pada wanita itu, hanya kedua mereka yang tahu jawapannya. Baca berita lanjut [di sini].

Lihat video [di sini]




Tuesday, August 27, 2013

Bapa berkeras tak mahu kebumikan mayat anaknya. Kenapa?




Seorang bapa tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya didapati mati akibat tersepit di palang besi di tinggap dapur rumah jirannya. Menurut laporan, rumah itu tiada berpenghuni dan aneh ketika pemeriksaan dijalankan mangsa didapati hanya memakai seluar dalam.


Bapa Aruah Sherul tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat yang menyimpulkan bahawa mangsa mati akibat sesak nafas. Lebih malang, mayatnya masih belum dikebumikan sejak 38 hari lalu dan masih tersimpan di bilik mayat HRPB. Bapanya tidak mempedulikan pandangan masyarakat sekeliling termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) supaya menyegerakan pengebumian jenazah anaknya itu. Baca lanjut disini.

Ikuti berita terdahulu;


 
Rumah Kejadian
@Banyak ibubapa tidak dapat menerima hakikat. sebab didepan orang.. pijak semut pun tak mati... wallahu a'lam.