Thursday, January 31, 2013

Mayat Hidup Mengamok di KL

"Zombi Mengamok"



KUALA LUMPUR: Warga kota dikejutkan dengan kemunculan zombi yang mengganas di lokasi2 utama Kuala Lumpur.

Kekecohan ini sempena mempromosikan musim ketiga siri popular Fox, "The Walking Dead".

Zombi-zombi ini membuat kemunculan di beberapa lokasi utama ibu kota seperti KL Sentral Transit Concourse, Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan dan Petaling Jaya.

Musim baru bakal memberi lebih debaran buat penonton.

Rick Grimes bersama kumpulannya berdepan cabaran baru apabila berdepan ancaman bukan saja dari zombi tetapi manusia lain.

Musim baru juga memperkenalkan watak-watak baru seperti Gabenor Dan Michonne.

'The Walking Dead" yang merupakan pemenang anugerah Emmy dibawa ke kaca televisyen berdasarkan komik karya Robert Kirkman.

No comments:

Post a Comment