Saturday, March 30, 2013

Lihat Rupa Sebenar Artis K-Pop Wanita Tanpa MakeUp



MakeUp selalunya menjadi nombor wahid pada kebanyakan wanita. Tanyalah di negara mana-manapun, jawabnya mesti lebih kurang fotostat je. Lebih lagi artis yang sentiasa mahukan untuk kelihatan cantik menawan. Bagaimana rupanya jika mereka muncul dikhalayak dengan wajah asli tanpa makeUp?. Jawapannya hanya mereka yang lebih arif.. Seperti juga yang telah di posting terdahulu.

Lihatlah 5 bintang k-pop korea yang selalu dilihat cantik menawan dan ketika mereka tampil tanpa makeUp.

Scrool lagi ke bawah :

1)Personel After School dan Orange Caramel Nana selalunya kelihatan barbie dengan wajah cantik dan kaki jinjang. Lihatlah wajah Nana sebelum mengenakan makeup!


 2)Jiyeon ‘T-ara’
Personel T-ara Jiyeon hampir selalu berdiri di bahagian tengah kerana dianggap paling cantik di antara ahli T-ara. Gambar pertama menunjukkan Jiyeon tanpa make up. Bagaimana?



 
3. Hara ‘KARA’
Undian dari Doktor Pembedahan plastik, kecantikan Goo Hara dilihat sempurna. Lihat wajah comelnya tanpa mengenakan make up.


4. Ga In ‘Brown Eyed Girls’
Maknae Brown Eyed Girls Ga In selalu mengenakan eyeliner tebal untuk melindungi matanya yang sepet. 



5. Jessica ‘SNSD’
Princess Jessica ‘SNSD’ selalu kelihatan cantik. Gambar di atas adalah gambar lama dirinya sebelum menggunakan makeUp.



@

CHRISTIANO RONALDO MENGHAFAL SURAH AL-FATIHAH?



"Saya sudah mula menghafal Al-Fatihah..mungkin nanti saya akan meminta dia (Özil) untuk ajarkan saya berwudhuk." -Cristiano Ronaldo

"Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di bilik rehat..saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji."-Mesut Özil

Sekiranya Cristiano Ronaldo masuk Islam, ini akan dapat  mempengaruhi peminat-peminatnya untuk masuk Islam kerana  peminat kepada Cristiano Ronaldo pasti ingin mengetahui dan mengkaji mengapa Pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia itu menganuti agama Islam, dengan kajian itu pasti peminat akan tertarik dengan Islam serta menganuti agama Islam dengan sukarela kerana ALLAH. Sesungguhnya agama yang benar adalah ISLAM.

Semoga dibukakan pintu hati Cristiano Ronaldo untuk menerima Islam.


Video lelaki disembelih tiada kaitan dengan pencerobohan di Lahad Datu




Tersebar kebelakangan ini di Laman sosial facebook satu video yang menunjukkan seorang lelaki disembelih ketika masih bernyawa tiada kaitan dengan pencerobohan di Lahat Datu.

Video yang dimuatnaikkan di laman YouTube dikenalpasti sebagai rakyat Mexico.
Dalam satu artikel di Internet, lelaki berkenaan sebenarnya disembelih hidup-hidup oleh ketua pengedar dadah di Mexico, dan ia dimuat naik ke YouTube pada 22 Februari lalu.

Lihat dulu kronologi Krisis di Lahat Datu:
9 Feb - Kumpulan pencerohoh mula mendarat di Lahat Datu
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.



Ia bukanlah anggota pasukan keselamatan Malaysia yang diseksa seperti digembar-gemburkan. Ia langsung tiada kena mengena dengan krisis pencerobohan di Lahad Datu. Jadi usahlah percaya jika tidak pasti kesahihannya. Memanglah rasa tidak senang hati, geram dan marah memang ada dengan kekejaman yang dilakukan oleh pencerobohan tentera lahanat Syaitan Sulu Jamalul Kiram itu.

Video tersebut daripada Website bestgore.com dan kongsion9 tidak sarankan anda layari website itu kerana ada artikal yang boleh menggangu ketenteraman anda!.
Tapi sekiranya anda memang poyoo nak bukak jugak untuk kesahihan, itu hak anda.. sebab anda yang control mouse itu..

Friday, March 29, 2013

Pakar Photoshop: Tertipu Dengan Apa Yang Dilihat..




Kemahiran dalam menguasai teknologi pemprosesan imej, kadang-kadang berjaya menipu kita.. Jangan percaya dulu apa yang dilihat. Apa saja boleh terjadi samada kelakar, seram atau seksi. Ada juga yang berjaya membuatkan imej bertelanjang bogel...

Jom lihat apa yang mereka boleh buat...


@jangan pula salah guna nak buat fitnah tak abis-abis...

Lahad Datu: Militan Pengawal 'Imam Tua' Mati Ditembak Di Kampung Simunul




LAHAD DATU: Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16.

Imam Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya. - BERNAMA